Pas Kelantan mempertaruhkan 16 muka baharu bagi mempertahankan negeri berkenaan termasuk Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz yang bertanding bagi merampas kerusi Parlimen Pasir Mas.
Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat pula kekal mempertahankan Dun Chempaka yang dimenanginya sejak empat penggal lalu.
Kesemua nama calon diumumkan Timbalan Pesuruhjaya Pas, Datuk Ahmad Yakob bagi kerusi Parlimen dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah di Padang Majlis Daerah Machang.
Bagaimanapun, calon bagi kerusi Dun Guchil di Kuala Kerai dan Paloh di Gua Musang belum dapat diputuskan.
Kesemua Exco Kerajaan Kelantan dikekalkan untuk mempertahankan kerusi Dun masing-masing kecuali Datuk Takiyuddin Hassan berpindah dari Dun Bunut Payong ke Parlimen Kota Baharu.
Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa yang sebelum ini diumumkan bertanding di parlimen Putrajaya turut mempertahankan kerusi Dun Salor.
Manakala, PKR akan bertanding di tiga kerusi Parlimen iaitu Nik Mahmood Nik Hassan, Tanah Merah, Abdul Aziz Abdul Kadir, Ketereh dan Wan Zawawi Wan Ismail, Machang.
Bagi empat kerusi Dun yang akan ditandingi PKR ialah Shahrom Ibrahim, Pengkalan Kubor, Azihan Che Seman, Dun Nenggiri sementara Guchil dan Paloh belum diputuskan.
Astro Awani
Wed Apr 17 2013
![Pas perkenal 16 muka baru di Kelantan Pas perkenal 16 muka baru di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/71366241785_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Kemarau jejaskan hasil padi Kelantan tahun ini - Mohamad Kemarau jejaskan hasil padi Kelantan tahun ini - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723461785_tbMohamadSabu.jpg)
Kemarau jejaskan hasil padi Kelantan tahun ini - Mohamad
Kemarau yang berterusan telah menjejaskan pengeluaran hasil padi di Kelantan tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
![Kelantan optimis capai sasaran 2.5 juta pengunjung tahun ini Kelantan optimis capai sasaran 2.5 juta pengunjung tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722740520_KamarudinMdNor.jpg)
Kelantan optimis capai sasaran 2.5 juta pengunjung tahun ini
Sejak Januari hingga 30 Jun lepas, Kelantan dianggarkan menerima seramai 1.5 juta pengunjung.
![Keris Tok Chu tarikan Festival Keris dan Warisan Kelantan Keris Tok Chu tarikan Festival Keris dan Warisan Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721005054_FESTIVALKERIS.jpg)
Keris Tok Chu tarikan Festival Keris dan Warisan Kelantan
Pada pameran itu, 300 keris dipamerkan antaranya keris kusriwa, keris tajong, keris pandai saras, keris malela, keris Bugis, keris beko dan keris Pattani.
!['Aku tembak, aku tembak!' 'Aku tembak, aku tembak!'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720958173_TBTEMBAKTUMPAT.jpg)
'Aku tembak, aku tembak!'
Seorang anggota JKDM menceritakan kembali detik cemas ditembak sekumpulan penyeludup di Pulau Ular di Tumpat pada 19 Jun lalu.
![Kelantan sasar 56 pingat pada SUKMA Sarawak Kelantan sasar 56 pingat pada SUKMA Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720663235_sukmasarawak.jpg)
Kelantan sasar 56 pingat pada SUKMA Sarawak
Zamakhshari Muhamad berkata jumlah sasaran itu melibatkan 20 pingat emas, 10 perak dan 26 gangsa.
![Karnival Kebudayaan perkukuh jenama ATH Group sebagai pakar bina rumah atas tanah sendiri Karnival Kebudayaan perkukuh jenama ATH Group sebagai pakar bina rumah atas tanah sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719845859_TBKARNIVALATH.jpg)
Karnival Kebudayaan perkukuh jenama ATH Group sebagai pakar bina rumah atas tanah sendiri
Karnival Kebudayaan ATH Group 2024 #ADOMMENEY dianjur untuk memperkukuh jenama serta mengangkat seni budaya tradisi negeri Kelantan.
![90 peratus kenderaan disita diubah suai tangki seludup bahan api 90 peratus kenderaan disita diubah suai tangki seludup bahan api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719726636_diesel.jpg)
90 peratus kenderaan disita diubah suai tangki seludup bahan api
Sebanyak 90 peratus daripada 550 kenderaan yang disita dalam tempoh tiga tahun lepas, telah diubah suai tangki untuk digunakan dalam kegiatan penyeludupan bahan api seperti petrol dan diesel.
![Hampir 700,000 pelancong lawat Kelantan enam bulan pertama 2024 - Exco Hampir 700,000 pelancong lawat Kelantan enam bulan pertama 2024 - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719715467_DatukKamarudinMd.jpg)
Hampir 700,000 pelancong lawat Kelantan enam bulan pertama 2024 - Exco
Kerajaan negeri menyasarkan dua juta pengunjung ke Kelantan dalam tempoh setahun.
![Operasi pembenihan awan di Kelantan 21-23 Jun - TPM Zahid Operasi pembenihan awan di Kelantan 21-23 Jun - TPM Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711637369_PembenihanAwan.jpg)
Operasi pembenihan awan di Kelantan 21-23 Jun - TPM Zahid
Kerajaan akan melaksanakan Operasi Pembenihan Awan di Kelantan pada 21 hingga 23 Jun, bagi mengatasi penyusutan air Sungai Kelantan.
![Piala FA: JDT laung amaran, Sabah berpesta gol di Likas Piala FA: JDT laung amaran, Sabah berpesta gol di Likas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718466887_FernandoMartinFore.jpg)
Piala FA: JDT laung amaran, Sabah berpesta gol di Likas
Juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) melaungkan amaran dalam misi mempertahankan gelaran selepas menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) FC 4-0.