Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad yakin Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat, bukan lagi penyumbang kepada kemenangan PAS di negeri itu.
Sebaliknya beliau melihat, kepimpinan dan ketokohan Nik Aziz tidak lagi relevan kerana sudah ketandusan idea untuk mentadbir Kelantan.
Dalam temuramah eksklusif dengan Astro AWANI, Mustapa memaklumkan, pandangan umum bahawa PAS akan terus berkuasa di Kelantan, selagi ada Nik Aziz, tidak benar.
“Ini persepsi dan tanggapan, kita akui di peringkat awal 90 an, ramai yang akui ketokohan beliau, sebab itu kita kalah di Kelantan, kalau tiada beliau, kita (Barisan Nasional) dah lama menang,”
“Tetapi setelah begitu lama diberi peluang, rakyat dapat nilai, terlalu lama, sampai bila nak pimpin negeri ini, ketandusan idea, kita mahu yang cerdas, yang boleh berubah seiring dengan perubahan di seluruh negara,” ujar Mustapa.
Mustapa sementara itu berkongsi penilaian beliau mengenai peluang BN menguasai Kelantan, pada pilihan raya umum ke-13.
Menurut beliau, dua faktor memungkinkan kemenangan parti ialah keberkesanan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dapat dinilai sendiri oleh rakyat. Ini melibatkan transformasi kerajaan, ekonomi dan politik, termasuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta keterbukaan kerajaan membenarkan demonstrasi dengan syarat-syarat tertentu.
Kelemahan PAS dalam beberapa isu, hujah Mustapa, turut memberikan kelebihan kepada BN.
“Banyak masalah timbul, isu kalimah Allah, pendirian PAS berubah-ubah, parti itu tolak mereka yang tegakkan Islam, seperti Datuk Hassan Ali, ini menyebabkan rakyat Kelantan tak puas hati,” kata Mustapa.
Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr Mahmud Zuhdi Abd Majid menyifatkan ketaksuban penyokong terhadap Nik Aziz, hingga membenarkan keceluparan pemimpin ini, boleh membawa padah kepada PAS.
“Mereka anggap siapa yang tentang, akan dijatuhkan, bila dalam keadaan begitu, Nik Aziz tidak dapat nasihat menyeluruh sebab orang bawahan menganggap , siapa melanggar keputusan dia (Nik Aziz), ada kemungkinan akan jadi mangsa macam Nasarudin,”
“Keceluparan Tuan Guru ini kadang-kadang, boleh bangkitkan isu di kalangan pengundi atas pagar,” kata Profesor Datuk Dr Mahmud Zuhdi Abd Majid.
Dr Mahmud juga berhujah, pertarungan di Kelantan banyak ditentukan oleh BN, berdasarkan rekod hampir rampas Dewan Undangan Negeri (DUN), pada pilihan raya umum ke 11 (2004), di bawah kendalian Datuk Seri Mustapa Mohamad.
“Persoalannya BN jika betul-betuk nak menang di Kelantan, parti itu boleh susun strategi untuk menang, namun agak malang pasukannya tak teratur,” ujar beliau.
Marlina Manaf
Sat Mar 02 2013

InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Kita perlu tingkatkan penyertaan di pasaran utama Eropah - Mustapa
Misi perdagangan dan pelaburan ke Eropah, diterajui Datuk Seri Mustapa Mohamed diteruskan ke Amsterdam dan Brussels.

TPP tidak akan cabul kedaulatan negara - Mustapa
Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik ia tidak mengehadkan kerajaan untuk mengawal selia atau mengambil langkah perlu untuk melindungi hak dan kedaulatan tanah air.

Dekati masyarakat dengan peribadi - Tokpa
Datuk Seri Mustapa Mohamad yakin gerak kerjanya selama 20 tahun lalu meningkatkan sokongan penduduk Jeli ke atasnya.

Pas kekal di Kelantan selagi Nik Aziz ada, hanya persepsi
Datuk Seri Mustapa Mohamad yakin Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat, bukan lagi penyumbang kepada kemenangan PAS di negeri itu.

Kerajaan lulus program bantu perniagaan
Kerajaan meluluskan program baru untuk membina upaya syarikat sederhana besar meningkatkan produktiviti, kecekapan pengurusan.