Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah selesai membuat persiapan terakhir untuk menerajui perjuangan menentang pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), manakala Barisan Nasional (BN) pula kini bersiap sedia untuk menurunkan mereka yang cukup berpengalaman serta muka baharu yang penuh bertenaga sebagai calonnya.
BN akan menampilkan muka baharu yang merangkumi satu pertiga daripada jumlah calonnya untuk bertanding di kerusi parlimen dan hampir separuh daripada jumlah calon untuk kerusi negeri, dengan kebanyakan mereka diletakkan di negeri dikuasai pembangkang sebelum ini.
Tidak akan berlaku pertukaran pada saat-saat akhir, kata Najib, yang pertama kali menerajui BN untuk menghadapi pilihan raya umum sebagai perdana menteri, selepas beliau menyerahkan dokumen pencalonan dan aku janji parti gabungan itu kepada para pemimpin parti komponen dan pengerusi perhubungan negeri BN di sini hari ini.
Ditanya tidakkah beliau bimbang untuk menghadapi kesan daripada kekecewaan yang mungkin dirasai mereka yang tidak terpilih sebagai calon, Najib berkata: "Saya lebih bimbang tentang kekecewaan rakyat."
Spekulasi tentang perang besar yang akan berlaku di Gelang Patah, Johor antara Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dan penasihat DAP Lim Kit Siang, kini menjadi bertambah sahih apabila kawasan parlimen itu tidak terdapat dalam senarai calon yang dikeluarkan MCA hari ini.
Gelang Patah dimenangi MCA pada PRU 2008 dan parti itu dilaporkan merancang untuk meletakkan ketua bahagiannya Jason Teoh bertanding di kawasan berkenaan berikutan perkembangan yang berlaku selepas Lim mengumumkan keputusannya untuk bertanding bagi kerusi majoriti kaum Cina itu.
MCA dan Gerakan merupakan parti komponen BN paling awal mengumumkan senarai penuh calon masing-masing, manakala Parti Progresif Penduduk (PPP) pula menamakan empat daripada calonnya.
Esok, Umno, MIC dan parti komponen BN di Sabah dan Sarawak dijangka mengumumkan calon mereka.
Kali ini, MCA akan bertanding di 37 kerusi parlimen dan 90 kerusi negeri, berbanding 40 kerusi parlimen dan 90 kerusi negeri pada PRU lepas. Selain Gelang Patah, parti itu juga tidak meletakkan calonnya bagi kerusi parlimen Kuantan dan Wangsa Maju.
Bekas presidennya Datuk Seri Ong Tee Keat digugurkan daripada mempertahankan kerusi parlimen Pandan di sini, manakala dua naib presidennya Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, yang juga ketua Wanita MCA, dan Gan Ping Sieu, juga tidak disenaraikan sebagai calon.
Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang terlibat dalam pemilihan parti menentang dua presiden sebelum beliau, Ong Tee Keat dan Tan Sri Ong Ka Ting, untuk merebut jawatan presiden pada 2010, tidak akan bertanding, seperti yang beliau umumkan awal-awal lagi.
Kerusi parlimen Pandan kali ini akan ditandingi penasihat undang-undang MCA bahagian itu Garry Lim.
Presiden PPP Datuk Seri M. Kayveas muncul sebagai presiden parti komponen BN terbaru dan keempat yang tidak akan bertanding. Kayveas, yang menang kerusi parlimen Taiping pada 2004, tetapi kalah pada 2008, tidak tersenarai sebagai calon parti itu kali ini.
Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Peter Chin Fah Kui merupakan dua lagi pemimpin yang sejak awal lagi mengumumkan bahawa mereka tidak akan menjadi calon.
Gerakan diperuntukkan 11 kerusi parlimen dan 31 kerusi negeri, kurang satu kerusi parlimen berbanding pada 2008. Parti ini mengalami kecederaan teruk apabila ia hanya menang dua kerusi parlimen dan lima kerusi negeri pada PRU lepas.
Bagaimanapun, hasrat parti ini untuk kembali bertanding di Taiping, tercapai. Naib presiden dan ketua wanitanya Datuk Tan Lian Hoe, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebelum ini, akan bertanding di kawasan situ - kali ketiga beliau bertanding bagi kerusi parlimen selepas mencatat kemenangan di Bukit Gantang pada 2004 dan Gerik pada 2008.
PPP, yang diberi peluang bertanding di kawasan parlimen Taiping serta kerusi negeri Pasir Bedamar di Perak pada 2008, kali ini akan bertanding bagi kerusi parlimen Kepong, dengan ketua penerangannya Datuk A. Chandrakumanan dipilih sebagai calon. Parti itu juga akan meletakkan calonnya di empat kerusi negeri - Pasir Bedamar, Guchil (Kelantan), Kota Laksamana (Melaka) dan Kota Alam Shah di Selangor.
Najib, yang juga pengerusi BN Selangor, dijadual mengumumkan calon Umno yang akan bertanding di negeri itu esok, dalam usaha BN untuk memenangi semula negeri berkenaan daripada pakatan PKR-DAP-PAS.
Calon BN bagi 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi negeri akan menerima surat pelantikan masing-masing daripada ketua perhubungan negeri BN esok.
Najib berkata sebagai pengerusi BN, beliau mengambil kira sentimen dan harapan pemilih sebelum membuat keputusan untuk mengemukakan 33 peratus muka baharu bagi kerusi parlimen dan 49 peratus untuk kerusi negeri.
Najib berkata beliau yakin mereka yang dipilih sebagai calon mampu mengotakan aku janji BN seperti yang terkandung dalam manifestonya, yang dikeluarkan pada 6 April.
Beliau menggesa mereka yang tidak terpilih sebagai calon supaya terus memberi sokongan kepada parti itu kerana ia bukan kerana mereka gagal menunaikan tanggungjawab atau bermasalah, tetapi untuk memenuhi harapan pengundi dan masyarakat untuk menikmati perubahan.
Penamaan calon akan diadakan Sabtu ini, manakala hari mengundi ialah pada 5 Mei.
Sementara itu, pembangkang terus kehilangan sokongan apabila lebih 200 anggota PKR dan DAP berketurunan India di Paya Besar, Lunas, Kedah, menyertai MIC.
Di Pasir Puteh, Kelantan, setiausaha PAS Cawangan Danan Timur Ibrahim Ismail, 63, mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi negeri Selising kerana membantah keputusan parti itu meletakkan Saiful Baharin Mohamad untuk mempertahan kerusi berkenaan.
Bernama
Mon Apr 15 2013
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.
PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.
PRK Pelangai: Bapa ingatkan Amizar jangan tabur janji bulan bintang
"Usah berjanji bulan bintang semata-mata untuk meraih undi", itu pesan bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.
BN hilang 27,000 undi Melayu pada PRK - Isham Jalil
BN kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung pada Sabtu.