Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan manifesto pembangkang satu penipuan besar kepada rakyat.
Selain menyifatkannya sebagai janji kosong, pengumuman yang dibuat juga akan menyebabkan negara mengalami defisit sehingga lapan peratus.
Dengan kadar itu, ia akan menyebabkan negara mengalami masalah kewangan yang teruk sehingga pelabur luar hilang kepercayaan.
Kesannya lebih buruk apabila Bank Dunia akan melabelkan Malaysia sebagai negara yang bankrap.
Berdasarkan kajian yang dibuat, dasar yang dilaksanakan kerajaan akan cuba mengekalkannya di bawah empat peratus.
Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika Majlis Pelancaran Gelombang Biru peringkat negeri Johor di Pasir Gudang.
Astro Awani
Tue Mar 05 2013


Mangsa banjir di Sabah meningkat sedikit pagi ini
Lima pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Telupid yang menempatkan 340 orang daripada 100 keluarga.

Majlis Media Malaysia mampu jamin integriti pengamal media
Dengan adanya usaha baik itu, integriti pengamal media boleh dijamin kerana ia akan diselia oleh pengamal media sendiri.

Kinoshi puji semangat juang skuad Red Giants
Katsuhito Kinoshi memuji anak buahnya yang mampu bertahan hingga wisel penamat untuk terikat tanpa jaringan di Stadium MBPJ malam tadi.
Inisiatif Cegah Pembaziran Makanan Ramadan | Bersama Wan Emir Astar
Ramadan sering dikaitkan dengan peningkatan pembaziran makanan, terutama dari bazar dan hotel. Bagaimana ReMeal, sebuah inisiatif inovatif, berusaha mengurangkan pembaziran dengan memastikan lebihan makanan sampai kepada mereka yang memerlukan? Pengasas bersama ReMeal, Wan Emir Astar, berkongsi pendekatan unik mereka dalam menangani cabaran logistik, isu keselamatan makanan, serta peranan dasar kerajaan dalam menggalakkan sumbangan makanan. Saksikan perbincangan eksklusif ini untuk memahami bagaimana ReMeal membawa perubahan dalam menangani pembaziran makanan di Malaysia.

"Titah Adendum di bawah proses undang-undang, sila hormati" - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah meminta semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum.
AWANI Ringkas: Akaun TikTok media tempatan digantung
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia mahu jayakan perjanjian ATIGA, DEFA
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri
Keyakinan Perniagaan 2025: Apa Yang SME Perlu Tahu?
Keyakinan perniagaan di Malaysia meningkat sebanyak 3.2% pada suku pertama 2025, namun masih lebih rendah berbanding suku sebelumnya. Bersama Datuk William Ng, Pengerusi SAMENTA, kita membincangkan faktor yang mempengaruhi keyakinan sektor perniagaan, cabaran yang dihadapi oleh SME, serta strategi untuk terus berdaya saing dalam ekonomi yang tidak menentu.
Bursa Malaysia Merosot: Apa Punca & Jangkaan Pergerakan Pasaran?
Bursa Malaysia ditutup lebih rendah pada Khamis apabila pelabur mengambil pendekatan berhati-hati akibat ketidaktentuan luaran yang meningkat. FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.11 mata kepada 1,586.60. Bagaimana prestasi pasaran sepanjang minggu ini, sektor mana yang terkesan, dan apakah jangkaan pergerakan seterusnya? Ikuti analisis bersama Syed Muhammed Kifni dari MIDF Research.
AWANI Pagi: Caj hospital swasta 'melampau', apa solusi?
Susulan Kementerian Kewangan sahkan wujud kes hospital swasta caj tinggi pesakit guna GL, AWANI Pagi hari ini membincangkan bersama Persatuan Pengguna untuk mencari solusi berhubung isu tersebut

Muhyiddin: Manifesto pembangkang satu penipuan besar
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan manifesto pembangkang satu penipuan besar kepada rakyat.