Usianya sahaja sudah hampir dua dekad dan tidak lama lagi ia tidak lagi menemui pengguna dunia kerana ia bakal digantikan dengan sistem operasi baharu. Itulah pelayar web Internet Explorer (IE).
Microsoft telah mengesahkan bahawa pada tahun ini, pelayar baharunya yang kini masih menggunakan nama kod Project Spartan, akan diperkenalkan. Microsoft tidak lagi menggunakan nama IE.
“Kami sekarang ini sedang menjalankan penyelidikan mengenai jenama atau nama baharu yang akan ditawarkan dalam Windows 10,” kata Ketia Pemasaran syarikat berkenaan, Chris Capossela.
IE pernah mendominasi pasaran dan memiliki lebih daripada satu bilion pengguna namun lama-kelamaan ia gagal menyaingi pelayar Firefox dan Google Chrome. Kedua-dua pelayar itu dilancarkan dengan fungsi teknologi yang lebih pantas dan pakej reka bentuk lebih menarik.
Microsoft dipercayai mahu ‘melupakan’ jenama IE bagi memadamkan sama sekali persepsi negatif yang diterimanya sepanjang IE beroperasi. Selama ini, perisian berkenaan disifatkan sebagai perlahan dan mempunyai pelbagai masalah keselamatan.
Seorang pengguna telah secara berjenaka mengingatkan orang ramai tentang IE melalui akaun Twitternya dengan menyatakan: “Masih ingat pada IE? Itulah pelayar web yang selama ini kalian gunakan untuk memuat turun pelayar web lain.”
Berikut adalah pelbagai reaksi humor daripada pengguna media sosial di seluruh dunia tentang pelayar tersebut:
Astro Awani
Fri Mar 20 2015
![Masih ingat pada pelayar web Internet Explorer? Masih ingat pada pelayar web Internet Explorer?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-03/71426845131_295x200.jpg)
Microsoft sedang menjalankan penyelidikan mengenai jenama atau nama baharu yang akan ditawarkan dalam Windows 10. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Masih ingat pada pelayar web Internet Explorer? Masih ingat pada pelayar web Internet Explorer?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-03/71426845131_295x200.jpg)
Masih ingat pada pelayar web Internet Explorer?
Microsoft mahu melupakan jenama IE bagi memadamkan sama sekali persepsi negatif yang diterimanya sepanjang pelayar web itu beroperasi.
![10 ciri-ciri Mozilla yang anda perlu tahu 10 ciri-ciri Mozilla yang anda perlu tahu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/61393654816_120x90.jpg)
10 ciri-ciri Mozilla yang anda perlu tahu
Bagi mereka yang mempunyai bajet yang terhad, Mozilla bakal mengeluarkan telefon pintar dengan sistem operasi Firefox OS di Malaysia.
![Telefon pintar $25 oleh Mozilla boleh laris di Malaysia - pakar IT Telefon pintar $25 oleh Mozilla boleh laris di Malaysia - pakar IT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/71393317914_295x200.jpg)
Telefon pintar $25 oleh Mozilla boleh laris di Malaysia - pakar IT
Telefon pintar berharga $25 yang bakal dikeluarkan Mozilla disambut baik oleh pakar IT tempatan kerana ia bakal membuka pasaran yang baharu.