CHROMECAST adalah ciri yang kini ramai kenali. Ia membenarkan kandungan skrin telefon atau tablet pengguna dikongsi pada skrin lain seperti televisyen pintar atau monitor pintar.
Kebanyakan pengeluar yang menyokong ciri ini akan memaparkan label Chromecast built-in dan ini akan berubah kerana Google telah menjenamakannya semua kepada Google Cast.
Google Cast bukanlah nama baharu. Pada bulan Mac 2016, Chromecast pernah ditukar kepada Google Cast tetapi ditukar kembali kepada Chromecast kerana populariti dongel keluaran Google yang mampu milik ketika itu.
Semasa pengumuman Android Automotive OS beberapa minggu lepas, Google telah menggunakan terma Google built-in untuk pengeluar kenderaan yang mengintegrasikan perkhidmatan Google pada sistem inforia mereka dan salah satu ciri adalah Google Cast.
Malah laman web Android.com dan laman Google Support turut telah menggunakan terma Google Cast secara rasmi.
Dalam semakan saya sendiri, Google hanya mengubah nama bagi ciri ini dan tiada sebarang perubahan pada ciri dan fungsi.
Buat masa ini, majoriti produk dengan ciri berkongsi kandungan skrin telefon/tablet ke skrin lain masih menggunakan Chromecast built-in.
Perubahan nama mungkin akan berlaku secara berperingkat. -Amanz
Amanz
Mon May 27 2024
![Google kembali guna jenama ‘Google Cast’ sebagai pengganti Chromecast Google kembali guna jenama ‘Google Cast’ sebagai pengganti Chromecast](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716784671_TBChromecastGoogle.jpg)
Kebanyakan pengeluar yang menyokong ciri ini akan memaparkan label Chromecast built-in dan ini akan berubah kerana Google telah menjenamakannya semua kepada Google Cast. -Amanz
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
![Google kembali guna jenama ‘Google Cast’ sebagai pengganti Chromecast Google kembali guna jenama ‘Google Cast’ sebagai pengganti Chromecast](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716784671_TBChromecastGoogle.jpg)
Google kembali guna jenama ‘Google Cast’ sebagai pengganti Chromecast
Google Cast bukanlah nama baharu. Pada bulan Mac 2016, Chromecast pernah ditukar kepada Google Cast tetapi ditukar kembali kepada Chromecast kerana populariti dongel keluaran Google yang mampu
![10 perkara mengenai Chromecast yang anda perlu tahu 10 perkara mengenai Chromecast yang anda perlu tahu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-04/81430365666_295x200.jpg)
10 perkara mengenai Chromecast yang anda perlu tahu
Chromecast adalah peranti kecil yang membenarkan media streaming apabila dipasangkan ke televisyen