Bernama
Sun Apr 06 2014
PERTH: Pesawat C-130 Hercules ketiga milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) Pearce pada Ahad untuk membantu operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang.
Pesawat tambahan itu adalah sebahagian daripada usaha Malaysia untuk mempertingkatkan pencarian pesawat MH370 selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rancangan untuk menghantar lebih banyak aset ketenteraan semasa lawatan dua hari beliau ke Australia pada Khamis lepas.
Pegawai Pemerintah Skuadron Ke-20 TUDM Mejar Muhammad Jafri Suboh berkata pesawat C-130 itu tiba pada 12.30 tengah hari bersama-sama 33 pegawai dan anggota tentera.
"Kami sudahpun mempunyai dua pesawat C-130 yang menyertai operasi pencarian sejak 29 Mac lepas dan pesawat tambahan itu akan melengkapi pasukan kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pangkalan udara Pearce hari ini.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac sebelum hilang dari radar kira-kira sejam kemudian semasa berada di ruang udara Laut China Selatan.
Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Usaha pencarian yang disertai pelbagai negara dilancarkan untuk menjejaki MH370 yang bermula di Laut China Selatan sebelum di koridor utara yang menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand serta koridor selatan yang meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
Analisis data satelit oleh firma telekomunikasi satelit United Kingdom, Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB) UK merumuskan Penerbangan MH370 melintasi koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi, di barat Perth.
Pada 24 Mac lepas, setelah 17 hari pesawat Boeung 777-200ER itu hilang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".
Pencarian itu semakin kesuntukan masa berikutan hayat bateri kotak hitam pesawat itu dianggarkan mampu bertahan antara 30 dan 45 hari -- BERNAMA
Malaysia pintu gerbang sempurna ke pasaran Asia Tenggara - Tengku Zafrul
Malaysia merupakan pintu gerbang yang sempurna ke dalam Asia Tenggara, lebih-lebih lagi dengan penyertaan United Kingdom dalam CPTPP yang turut disertai Malaysia.
Sudah lima hari Siew Hat hilang, lokasi pencarian diperluas
Operasi mencari dan menyelamat lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas memasuki kebun kelapa sawitnya pada Rabu lalu, diteruskan pada hari kelima.
“Itu antara saingan yang positif” - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri berkata kecergasan dan disiplin adalah keutamaan bagi pasukan penguatkuasa undang-undang terbesar.
“Sebagai pasukan penguatkuasa undang-undang yang terbesar. Fitness dan disiplin adalah satu keutaman kita disamping kepakaran profesional yang lain”
#AWANInews
“Sebagai pasukan penguatkuasa undang-undang yang terbesar. Fitness dan disiplin adalah satu keutaman kita disamping kepakaran profesional yang lain”
#AWANInews
300,095 laporan polis dibuat oleh orang awam sebulan
Menteri Dalam Negeri berkata polis menerima 300,095 laporan polis sebulan oleh orang awam dan menyatakan orang awam mempunyai hak untuk membuat laporan sekiranya hak individu dilanggar.
“Mereka wajar datang ke balai polis dan membuat laporan, tiada apa yang akan menyekat mereka”Katanya
#AWANInews
“Mereka wajar datang ke balai polis dan membuat laporan, tiada apa yang akan menyekat mereka”Katanya
#AWANInews
"Biar SUHAKAM juga faham dalam konteks tugasan polis" - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri mencadangkan SUHAKAM mencari masalah dari sudut hak asasi dan berbincang untuk membantu mendidik masyarakat berkenaaan undang-undang pemeriksaan telefon bimbit.
#AWANInews
#AWANInews
Bagaimana pameran AISSE tingkatkan usaha menambah baik keselamatan?
Menteri Dalam Negeri berkata pameran AISSE 2025 mampu meningkatkan usaha menambah baik keselamatan secara dinamik.
“Kita cuma perlu sesuaiakan dimana ada ubah suaian dari segi polisi. kita akan laksanakan”Kata Saifuddin
#AWANInews
“Kita cuma perlu sesuaiakan dimana ada ubah suaian dari segi polisi. kita akan laksanakan”Kata Saifuddin
#AWANInews
Bayi perempuan ditemukan di hadapan rumah di Simpang Empat
Seorang bayi perempuan ditemukan di hadapan sebuah rumah di Jalan Kampung Rama, Kuala Sanglang, Simpang Empat dekat Kangar pagi ini.
Skuad Speedy Tigers perlu pamer 'hasil terbaik' tahun ini - Mirnawan
Pasukan hoki lelaki kebangsaan perlu mempamerkan 'hasil terbaik' menerusi setiap kejohanan antarabangsa yang bakal disertai tahun ini.
Jepun catat 5,400 kematian akibat tekanan sejak bencana 1995
Lebih 5,400 orang di Jepun meninggal dunia dalam tempoh 30 tahun lepas akibat tekanan dan keletihan serius disebabkan oleh proses pemindahan selepas gempa bumi dan bencana alam lain.
Ribuan turun protes lantikan Trump sebagai presiden
Ribuan orang berkumpul di Washington pada hari Sabtu untuk memprotes pelantikan Presiden AS yang baru dipilih, Donald Trump, bagi penggal kedua.
Maghribi mulakan penghantaran bantuan melalui udara ke Gaza
Operasi Maghribi seiiring dengan langkah enam negara lain dan dijalankan di bawah arahan Raja Mohammed VI.
Diusik memori basikal arwah bapa, 25 tahun Azizan kumpul koleksi 'legend'
Nostalgia menunggang basikal 'tua' ketika ke sekolah pada zaman remaja menyebabkan seorang warga emas mengambil keputusan menyimpan koleksi basikal 'legend' berkenaan.
113 penumpang pesawat Hercules dipercayai terkorban dalam tragedi di Medan
Pesawat yang sepatutnya menuju ke Pangkalan Udara Tanjung Pinang, Kepulauan Riau itu terhempas di atas rumah awam dan kedai termasuk sebuah pusat spa yang terkenal di kawasan itu.
Pesawat Hercules tentera Indonesia terhempas di Medan, 45 disahkan maut
Pesawat itu berangkat pada jam 12.08 tengah hari waktu tempatan dan terhempas dua minit kemudian selepas melalui jarak lima kilometer.
MH370: Cuaca buruk dan taufan, cabaran getir operasi - Juruterbang
Cuaca buruk tiba-tiba diikuti taufan kencang adalah antara cabaran getir dan cukup menyukarkan dialami kru pesawat C-130 Hercules TUDM dalam misi pencarian pesawat MAS MH370 di Lautan Hindi.
MH370: Pesawat Hercules ketiga TUDM tiba di Pangkalan Pearce
Pesawat tambahan itu adalah sebahagian daripada usaha Malaysia untuk mempertingkatkan pencarian pesawat MH370.