Seorang peguam kecewa dengan laporan bahawa terdapat sekumpulan penipu yang menjadikan keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sebagai mangsa berhubung tuntutan ganti rugi.
Floyd Wisner dari Chicago, Amerika, yang telah mewakili penumpang dan keluarga mangsa dalam nahas udara berkata beliau berkongsi kesedihan dengan keluarga terbabit yang melalui pengalaman pahit sejak lima minggu lepas.
“Memang memalukan apabila ada orang yang cuba mengambil kesempatan daripada mereka yang sedang dilanda kesusahan dan saya berharap pihak penguat kuasa undang-undang akan menyiasat perkara ini.
“Sudah lima minggu keluarga terbabit menderita daripada mendapat maklumat salah dan maklumat sebenar, hinggalah kepada peguam yang membuat tuntutan yang tidak sewajarnya dan kini, komplot penipuan pula cuba menggelapkan wang mereka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau merujuk kepada laporan baru-baru ini bahawa satu emel yang didakwa daripada MAS dihantar kepada keluarga mangsa yang meminta mereka menghubungi sebuah bank Malaysia untuk urusan pembayaran ganti rugi.
E-mel itu bagaimanapun menyatakan bahawa 'caj pentadbiran" perlu dibayar sebelum bayaran ganti rugi dapat dijelaskan.
Wisner mengingatkan keluarga terbabit bahawa tiada bayaran dikenakan bagi mendapatkan ganti rugi dan menasihati mereka supaya "menggunakan khidmat peguam penerbangan profesional dan berpengalaman bagi melindungi hak mereka."
Baru-baru ini, peguam itu menyatakan beliau berbincang dengan keluarga terbabit yang berusaha untuk membentuk 'sebuah persatuan keluarga' bagi mewujudkan sebuah pasukan bersatu dan membincangkan tuntutan mereka sebagai satu kumpulan.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi, serta 12 anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang pada 8 Mac.
Bernama
Mon Apr 14 2014
![MH370: Peguam Amerika nasihat keluarga penumpang elak jadi mangsa komplot MH370: Peguam Amerika nasihat keluarga penumpang elak jadi mangsa komplot](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/81394362980_295x200.jpg)
![‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini ‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721200186_theexperts.jpg)
‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini
Filem rompakan tempatan nombor satu Malaysia, The Experts terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Cambodia bermula hari ini.
HRD Corp sudah tarik balik surat tuntutan kepada akhbar - Steven
Steven Sim menegaskan beliau tidak bersetuju dengan tindakan menyaman media kerana berpegang kepada kebebasan media.
Perundangan baharu diperkenal kawal selia BBP
Satu perundangan baharu akan diperkenalkan bertujuan mengawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) serta syarikat-syarikat di bawahnya.
PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan
Pertemuan itu adalah untuk meneliti memorandum tuntutan yang mahu disampaikan keluarga berkenaan kepada kerajaan dan menurutnya, jadual beliau pada minggu ini agak padat dan akan mengadakan pertemuan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
![Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721204433_tanahruntuh.jpg)
Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa
Abdul Muhari berkata bahawa agensi pengurusan bencana Mimika melaporkan terdapat 17 lokasi tanah runtuh di kawasan Tembagapura.
![HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720587505_tbStevenSim.jpg)
HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
HRD Corp menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan mengenai laporan PAC membabitkan agensi tersebut.
![Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720858652_tbKhaledNordin.jpg)
Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT
Menteri Pertahanan bersedia memberikan kerjasama sekiranya dipanggil PAC bagi prosiding LTAT yang akan datang.
Ikuti siaran langsung istiadat pertabalan Sultan Ibrahim sebagai YDPA ke-17
Tanggal 20 Julai 2024 bakal terlakar dalam lipatan sejarah Malaysia dengan pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 dalam istiadat gilang-gemilang di Istana Negara. Ikuti siaran langsung istiadat bersejarah ini di saluran 501, Live TV dan platform media sosial Astro AWANI.
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri." - DBP
#AgongKita
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri." - DBP
#AgongKita
"Kenapa sebut nama Arau, Arau tak perlukan mereka..," - YB Arau
YB Arau kemuka 'point of order' berikutan ada yang menyebut namanya.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
Saya baca tadi dalam Bahasa Melayu bukan Bahasa Arab - Dr Dzulkefly
"Saya sangat terkilan setelah berhempas pulas saya memberikan faham kepada Arau, rupa-rupanya tak faham," kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![QZ8501: 10 keluarga fail saman terhadap AirAsia, Airbus QZ8501: 10 keluarga fail saman terhadap AirAsia, Airbus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/51435636668_QZAIRASIA.jpg)
QZ8501: 10 keluarga fail saman terhadap AirAsia, Airbus
Sepuluh keluarga yang diwakili firma guaman Amerika Syarikat, Wisner Law Firm, telah memfailkan saman terhadap syarikat penerbangan AirAsia dan juga Airbus.