Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA ) akan menyediakan maklumat lanjut mengenai perbincangan dengan INMARSAT.

Kenyataan ini dijelaskan oleh DCA dan INMARSAT dalam satu kenyataan media bersama pada Selasa susulan permintaan data asal syarikat tersebut oleh ahli keluarga penumpang dan anak kapal MHM370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Perbincangan ini akan dibantu oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) untuk mendapatkan penghurai biasa bagi data satelit yang telah diberikan kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) selepas MH370 dilaporkan hilang.

"Ia perlu diambil perhatian bahawa sebelum ini di mana rujukan telah dibuat kepada 'log komunikasi data' dan 'data mentah' - mereka merujuk kepada set yang sama data," kata kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, mereka akan turut menyediakan log komunikasi data dan penjelasan berkaitan bagi membolehkan pembaca untuk memahami data yang disediakan.

"Sejajar dengan komitmen kami ke arah ketelusan yang lebih tinggi , semua pihak sedang berusaha untuk melepaskan log komunikasi data dan keterangan teknikal analisis untuk tatapan umum.

"Perlu diambil perhatian bahawa log komunikasi data hanyalah salah satu daripada unsur maklumat siasatan," kenyataan itu dipetik sebagai berkata.

Pesawat MAS MH370 yang membawa seramai 239 penumpang dan anak kapal dilaporkan hilang pada 8 Mac lepas dan susulan itu pelbagai usaha pencarian dilakukan oleh beberapa negara seluruh dunia.