Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menghargai media Malaysia bagi pelaporan berita secara bertanggungjawab sejak pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang pada 8 Mac.
Beliau berkata tragedi itu menunjukkan perlunya memastikan pelaporan berita tidak dibuat secara sembarangan dalam usaha memberikan maklumat kepada awam tentang insiden itu.
"Ini amat penting kerana pelaporan berita secara sembarangan, terutamanya perkara-perkara berkaitan keselamatan negara dan perkara-perkara sensitif, boleh membawa kepada spekulasi.
"Ia akan membawa kepada kekeliruan dan tidak dipercayai dalam kalangan orang ramai, sering kali dengan akibat yang tidak dapat dipulihkan. Begitu besar kuasa yang ada pada media," katanya.
Teks ucapan beliau dibacakan timbalannya Datuk Abdul Rahim Bakri pada majlis makan tengah hari bagi menghargai peranan media sempena Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.
DSA 2014, yang akan berlangsung sehingga esok merupakan pameran teknologi dan peralatan statik pertahanan, serta bagi penyelesaian keselamatan generik dan sistem persenjataan terkini untuk memenuhi keperluan pasukan keselamatan negara dan negara rantau Asia Pasifik.
Mengakui media amat berkuasa, Hishammuddin dipetik sebagai berkata kuasa itu datang dengan tanggungjawab besar.
"Anda (media) amat penting dalam memaparkan kedudukan dan kemajuan Malaysia secara positif di mata dunia, yang juga boleh dilihat dalam siri pameran DSA," katanya.
Berhubung pameran itu, Hishammuddin berkata sokongan diberikan media Malaysia sekali lagi meletakkan Malaysia secara positif dalam peta dunia.
"Tidak dinafikan, mata dunia kini bertumpu kepada kita, dan kita, sebagai sebuah negara, memang memerlukan kekuatan dan sokongan media untuk membolehkan Malaysia menyinar sebagai penyuluh kepada seluruh dunia," katanya.
Bernama
Thu Apr 17 2014
Kaca mata akan jadi platform perkomputeran utama seterusnya - Mark Zuckerberg
Meta dilihat menerajui arena ini buat masa ini, sementara yang lain masih jauh di belakang.
Tular lelaki lari dari polis, rupanya bawa syabu
Suspek turut didapati memiliki 18 rekod jenayah lampau selain pemeriksaan menemui paket plastik dipercayai dadah jenis syabu.
Jual Saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, hari ini menyatakan bantahan tegas terhadap cadangan penjualan saham Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada pihak luar.
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Penganjur mohon maaf, dikompaun RM10,000
Penganjur majlis makan malam sebuah syarikat perlombongan yang didakwa menampilkan persembahan tarian mencolok mata di Tanah Merah, Sabtu lalu, dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 oleh Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM).
Kerajaan mulakan kajian semula anti lambakan ke atas import besi
Kerajaan telah memulakan kajian semula pentadbiran terhadap duti anti lambakan yang dikenakan terhadap import besi atau keluli bukan aloi gegelung gulungan sejuk.
Agong, Permaisuri ucap selamat Hari Krismas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.
Suri rumah rugi RM147,753 terperdaya kerja dalam talian
Seorang suri rumah kerugian RM147, 753 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan menerusi aplikasi media sosial.
Tsunami 20 tahun: Aceh siap siaga dengan ilmu bencana dan kearifan lokal
Tsunami yang melanda aceh pada 26 Disember 2004 meragut lebih 130 ribu jiwa, menghancurkan rumah-rumah, infrastruktur awam, serta merta mengubah cara hidup masyarakatnya.
Encyclopedia Britannica kini menjadi sebuah syarikat AI
Britannica kini menawarkan perisian pendidikan dan telah memasuki arena AI untuk terus relevan, dengan chatbot AI yang menyokong Bahasa Inggeris.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.
Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.
'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.
Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.
Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.