Ketika negara berkabung atas tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) - kehilangan MH370 dan MH17 yang telah ditembak di timur Ukraine - Malaysia masih dianggap sebagai destinasi menarik oleh ejen pelancongan Amerika Syarikat (AS).
Ini merupakan hasil kajian yang dijalankan Tourism Malaysia beribu pejabat di New York, agensi yang mempromosikan pelancongan ke Malaysia, ke atas agensi pelancongan AS dan pantai timur negara itu.
Persepsi amat menggagumkan diperoleh, iaitu Malaysia dan MAS tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kedua-dua tragedi berkenaan.
"Ketika berlaku insiden kedua membabitkan pesawat penerbangan MH17, kami telah menjalankan kaji selidik dalam kalangan ejen pelancongan yang memaklumkan kita bahawa ia bukan kesalahan syarikat penerbangan Malaysia, MAS. Malah, ia boleh berlaku kepada mana-mana syarikat penerbangan lain.
MAS berada di tempat dan waktu yang salah. Mereka yang disoal selidik berkata, insiden berkenaan tiada kaitan dengan Malaysia atau MAS yang boleh menjejaskan sektor pelancongan.
"Ini adalah maklum balas yang kami peroleh daripada ejen pelancongan tempatan. Tetapi selepas kejadian berkenaan, ramai orang takut untuk terbang dengan syarikat penerbangan," kata Naib Presiden Tourism Malaysia di New York, Ahmad Johanif Mohd. Ali kepada Bernama dalam satu temu bual.
Katanya, pemain industri pelancongan AS berpendapat bahawa Malaysia sebenarnya harus memperhebatkan usaha mempromosi sektor pelancongan, bukan sahaja kerana ia sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014, tetapi juga kerana kedua-dua insiden tragis yang melibatkan pesawat MAS.
Sejak MAS tidak melakukan penerbangan ke AS, Tourism Malaysia bekerjasama dengan syarikat penerbangan lain seperti Singapore Airlines, Emirates dan Turkish Airlines.
Pada Jun, sebelum kejadian pesawat MH17 ditembak jatuh, Johanif telah mengiringi sekumpulan 32 ejen pelancongan ke Malaysia sebagai sebahagian daripada kerjasama Tourism Malaysia dan majalah Travel & Leisure.
Tiket perjalanan kumpulan berkenaan telah ditaja oleh Korea Airlines manakala penginapan hotel ditaja oleh hotel Majestic dan hotel Grand Hyatt di Kuala Lumpur dan Hotel Datai di Langkawi.
"Majalah Travel & Leisure mengendalikan seminar melibatkan beberapa operator tempatan di Malaysia.
Selepas lawatan ejen pelancongan itu, kami mengadakan satu seminar dengan agensi pelancongan dan mendapatkan maklum balas mereka mengenai tanggapan terhadap Malaysia. Maklum balas yang diterima adalah positif," kata Johanif.
Naib Presiden Tourism Malaysia New York itu juga mendedahkan bahawa pihaknya merancang untuk menjalankan kempen taktikal mempromosikan pakej pelancongan Malaysia pada suku keempat tahun ini.
Kempen taktikal itu diatur antara Tourism Malaysia dan operator pelancongan di pantai timur.
"Kami akan berkongsi kos pengiklanan di akhbar-akhbar, majalah, televisyen, dan lain-lain. Peranan kami adalah untuk memberikan publisiti kepada pengusaha pelancongan, " katanya.
Walaupun berlaku dua insiden yang melibatkan pesawat MAS, jumlah pelancong dari Amerika Syarikat yang melawat Malaysia, meningkat secara sederhana, menggesahkan persepsi ejen pelancongan dan pengusaha pelancongan, bahawa Malaysia masih merupakan destinasi yang baik.
"Kami yakin, boleh mencapai sasaran menghantar 250,000 pelawat dari Amerika Syarikat ke Malaysia pada tahun 2014. Kami mencatat sebanyak 245,000 pelawat dari AS di Malaysia pada tahun 2013, walaupun pada hakikatnya tiada penerbangan terus dari Malaysia ke Amerika Syarikat," kata Johanif.
Pejabat Tourism Malaysia di New York telah mengambil bahagian dalam beberapa acara promosi, terutamanya dengan tajaan terbaharu pasukan Drive M7 Aspar pasukan dan Ajo Moto Sports yang bersaing dalam kejohanan perlumbaan kereta lumba MotoGP dan Moto3, di Indianapolis.
Kedua-dua pasukan ini, di bawah tajaan Tourism Malaysia, memaparkan logo TMM 2014 pada pakaian penunggang, motosikal, petak pit dan kenderaan pengangkutan pasukan.
Kedua-dua pasukan telah bersetuju bekerjasama dengan Tourism Malaysia untuk mengukuhkan promosi TMM 2014 di semua acara perlumbaan yang akan datang.
Terdapat sembilan perlumbaan yang berlangsung di sekitar Amerika Syarikat, Republik Czech, Great Britain, Itali, Sepanyol, Jepun dan Australia. Pasukan akan menganjurkan 'sesi bertemu dan beramah mesra' dengan penunggang dan lawatan ke petak pit semasa perlumbaan.
"Tourism Malaysia New York juga sedang mempromosikan Grand Prix Malaysia yang akan diadakan di Sepang pada 26 Okt 2014. Kami sedang mengenal pasti dan bekerjasama dengan operator pelancongan di Amerika Syarikat yang menjual pakej MotoGP Malaysia.
Pengusaha pelancongan juga boleh menawarkan nilai tambah untuk pakej mereka, sebagai contoh dengan menganjurkan sesi bertemu dan beramah mesra dengan penunggang, lawatan ke petak pit, cenderamata pasukan dan hadiah serta barang-barang peribadi penunggang misalnya, hadiah cabutan bertuah," kata Johanif.
Pejabat Tourism Malaysia New York bekerjasama dengan pasukan pelumba Red Bull KTM AJO Motor Sport yang mempamerkan logo TMM 2014. KTM adalah nama motosikal dan pasukan diketuai, Marc Markesh.
Johanif berkata pejabatnya berurusan dengan Aki Ajo daripada Finnland yang memiliki Ajo Motor Sports menguruskan pasukan pelumba.
Bernama
Mon Aug 25 2014

Persepsi amat menggagumkan diperoleh, iaitu Malaysia dan MAS tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kedua-dua tragedi berkenaan - Gambar Fail
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Belanda hadkan penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol untuk kurangkan pencemaran bunyi
Kerajaan Belanda pada Jumaat mengumumkan rancangan untuk mengurangkan jumlah penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam bagi menangani pencemaran bunyi yang menjejaskan komuniti sekitar.

Amsterdam gesa penjawat awam henti gunakan Telegram
MAJLIS Perbandaran Amsterdam menggesa anggota Kabinet serta kakitangan peringkat tertinggi untuk berhenti menggunakan aplikasi Telegram.

Pesawat KLM berpatah balik selepas alami masalah teknikal
Sebuah pesawat Boeing 777 yang dikendalikan syarikat penerbangan Belanda, KLM berpatah balik ke Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam sejurus berlepas selepas dipercayai mengalami masalah teknikal.

Pesawat MH17 ditembak jatuh peluru berpandu buatan Rusia - Mahkamah Belanda
Mahkamah Belanda memutuskan pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014 oleh peluru berpandu buatan Rusia.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

COVID-19: Penunjuk perasaan bantah langkah sekatan kerajaan Belanda
Pihak berkuasa tempatan melarang perhimpunan berkenaan dan mempunyai petunjuk bahawa penunjuk perasaan merancang keganasan.

Banjir di Belanda, rakyat Malaysia selamat - Kedutaan
Semua rakyat Malaysia yang berada di bandar Maastricht dan Valkenburg, Belanda yang dilanda banjir, dilaporkan selamat, kata Kedutaan Malaysia di The Hague.

Negara anggota JIT memperingati ulang tahun ke-7 nahas MH17
Pasukan penyiasat bersama (JIT) MH17 merangkumi lima negara umum kekal komited mencari keadilan dan membawa ke muka pengadilan.

Wartawan jenayah Belanda cedera parah ditembak
Peter R De Vries ditembak selepas membuat kemunculan dalam sebuah rancangan bual bicara di televisyen.

Euro 2020: Lapan negara sah benarkan penonton
Venue di Amsterdam, Baku, Bucharest, Budapest, Copenhagen, Glasgow, London dan St Petersburg akan membenarkan kemasukan penonton dengan tahap kapasiti yang berbeza.