Kerajaan memberi jaminan akan meneruskan usaha mencari warga Malaysia yang menjadi mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kabinet baru-baru ini memutuskan supaya pasukan penyiasat dan pihak keselamatan Malaysia kembali ke lokasi nahas untuk mencari mangsa tragedi.
"Ini memberi harapan kepada keluarga yang tidak disenaraikan termasuk diri saya dan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak)," katanya, merujuk kepada Puan Sri Siti Amirah Kusuma, yang juga nenek tirinya dan seorang daripada mangsa nahas pesawat itu.
Siti Amirah Kusuma, 83, merupakan isteri kedua Allahyarham Tan Sri Mohammad Noah Omar, iaitu datuk kepada Hishammuddin dan juga Najib. Allahyarham Mohammad Noah meninggal dunia pada 1990.
"Kita terus berdoa bakinya (warganegara Malaysia) yang mungkin masih di lokasi nahas," kata Hishammuddin dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya di sini hari ini.
Sidang media bersama itu disertai Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup dan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi.
Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.
Sebanyak 43 warga Malaysia berada dalam pesawat Boeing 777-200 dan setakat ini, 24 jenazah warga Malaysia telah dihantar pulang ke tanah air.
Hishammuddin bersyukur dengan tindakan proaktif dalam membawa pulang jenazah warga Malaysia dan kotak hitam.
"Kalau tiada tindakan proaktif memandangkan perkembangan peperangan di Ukraine, kemungkinan besar jika tidak ambil kesempatan dan ambil kotak hitam, usaha membawa jenazah keluar dari lokasi nahas, mungkin mustahil kita dapat mengaturkan istiadat seperti ini.
"Kita berusaha sedaya upaya untuk memberi penghormatan kepada mereka yang berada dalam tanggungjawab kita," katanya.
Hishammuddin berkata kerajaan berjanji untuk meneruskan usaha menuntut keadilan bagi mangsa dan keluarga tragedi yang tidak berdosa.
"Peguam Negara dan agensi risikan antarabangsa sedang mengumpul bukti. Kita pastikan apa yang dijanji perdana menteri, kita akan bawa mereka yang terlibat dan dalang menembak jatuh pesawat MH17 ke muka pengadilan diteruskan," katanya.
Sementara itu, Liow berkata setakat ini 32 mangsa tragedi warga Malaysia dikenal pasti.
Beliau berkata 587 bahagian badan telah dibawa ke Kem Perubatan Tentera Hilversum, Belanda manakala 183 jenazah telah dikenal pasti.
"Sebanyak 115 jenazah masih dalam siasatan dan proses mengenal pasti identiti," katanya.
Liow berkata jenazah Tambi Jiee yang berada dalam pesawat MH17 bersama lima lagi anggota keluargnya, akan dibawa pulang dalam sesi seterusnya. Sebelum ini, jenazah isteri, Ariza Ghazalee dan anak sulungnya Mohd Afif telah dibawa pulang pada 22 Ogos.
"Kita memerlukan lima dokumenasti. Asalkan ia mendapat pelepasan, kami akan maklumkan. Kami tidak tahu selama mana tempoh masa akan diambil. Kami tidak tunggu untuk bilangan, walaupun satu jenazah," katanya.
Liow berkata selepas mengenal pasti semua jenazah, keluarga akan dimaklumkan mengenai proses membawa balik jenazah dalam sesi-sesi seterusnya.
"Kementerian Pengangkutan akan terus bekerjasama dengan semua kementerian untuk memastikan semua urusan jenazah MH17 dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya," katanya.
Mengenai kotak hitam, Liow berkata hasil siasatan akan diumumkan pasukan penyiasat antarabangsa bulan ini namun ia bergantung kepada pihak Belanda yang mengetuai siasatan untuk mengumumkannya.
Bernama
Mon Sep 01 2014
Kerajaan beri jaminan teruskan usaha mencari mangsa tragedi MH17 - Hishammuddin
Pemandu kereta nyaris maut, kereta dihempap pokok tumbang
JBPM Pulau Pinang terima panggilan pada 9.07 malam memaklumkan sebuah kereta dihempap sebatang pokok di Jalan Tasek Mutiara 2, Sungai Bakap.
Rakyat Palestin alu-alukan waran tangkap ICC ke atas Netanyahu, Gallant
Menurut Hamas, waran untuk pemimpin Israel "langkah penting ke arah keadilan dan boleh membawa kepada pembebasan mangsa secara umum."
Amerika Syarikat tolak waran tangkap ICC untuk Netanyahu, Gallant - White House
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS, luah kebimbangan Amerika terhadap sikap tergesa-gesa Pendakwa Raya mendapatkan waran tangkap dan kesilapan proses yang membawa kepada keputusan ini.
Napie Spider meninggal dunia pada usia 51 tahun
Pemain gitar utama kumpulan Spider menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh pada pukul 3.54 pagi tadi.
Bersih puji reaksi positif Perdana Menteri terima gred D
Maklum balas positif yang disusuli iltizam untuk memperbaiki gred di masa akan datang, adalah gambaran keterbukaan Perdana Menteri.
10 projek berkaitan aeroangkasa bernilai RM500 juta diluluskan sehingga 2023 - MITI
Syarikat industri aeroangkasa Malaysia juga telah berjaya membida pakej kerja baharu untuk sektor pembuatan aeroangkasa.
Duta Palestin ke UK alu-alukan waran tangkap terhadap Netanyahu, gesa akauntabiliti penuh
Duta Husam Zomot menyifatkan waran tangkap itu sebagai langkah ke arah pertanggungjawaban dan keadilan untuk Palestin.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB sokong ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Kami menghormati kebebasan dan kompetensi Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Statut Rom, kata Jeremy Laurence.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Amsterdam gesa penjawat awam henti gunakan Telegram
MAJLIS Perbandaran Amsterdam menggesa anggota Kabinet serta kakitangan peringkat tertinggi untuk berhenti menggunakan aplikasi Telegram.
Pesawat KLM berpatah balik selepas alami masalah teknikal
Sebuah pesawat Boeing 777 yang dikendalikan syarikat penerbangan Belanda, KLM berpatah balik ke Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam sejurus berlepas selepas dipercayai mengalami masalah teknikal.
Pesawat MH17 ditembak jatuh peluru berpandu buatan Rusia - Mahkamah Belanda
Mahkamah Belanda memutuskan pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014 oleh peluru berpandu buatan Rusia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
COVID-19: Penunjuk perasaan bantah langkah sekatan kerajaan Belanda
Pihak berkuasa tempatan melarang perhimpunan berkenaan dan mempunyai petunjuk bahawa penunjuk perasaan merancang keganasan.
Banjir di Belanda, rakyat Malaysia selamat - Kedutaan
Semua rakyat Malaysia yang berada di bandar Maastricht dan Valkenburg, Belanda yang dilanda banjir, dilaporkan selamat, kata Kedutaan Malaysia di The Hague.
Negara anggota JIT memperingati ulang tahun ke-7 nahas MH17
Pasukan penyiasat bersama (JIT) MH17 merangkumi lima negara umum kekal komited mencari keadilan dan membawa ke muka pengadilan.
Wartawan jenayah Belanda cedera parah ditembak
Peter R De Vries ditembak selepas membuat kemunculan dalam sebuah rancangan bual bicara di televisyen.
Euro 2020: Lapan negara sah benarkan penonton
Venue di Amsterdam, Baku, Bucharest, Budapest, Copenhagen, Glasgow, London dan St Petersburg akan membenarkan kemasukan penonton dengan tahap kapasiti yang berbeza.
Suspek serangan kereta api Paris dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
Tertuduh, Ayoub El Khazzani, 31 tahun, yang berasal dari Maghribi, dipenjara seumur hidup dengan jaminan 22 tahun.