Mayat mangsa MH17, Karamjit Singh Karnail Singh akan dibawa pulang untuk upacara pembakaran mayat di Malaysia, demikian menurut anaknya Amarpal Singh.
Beliau berkata keputusan itu telah dibuat oleh keluarga lebih awal sebelum dimaklumkan mayat mendiang dikenal pasti menerusi ujian Asid Deoksiribonukliek (DNA) di Belanda, baru-baru ini.
"Saya belum lagi dimaklumkan bila mayat mendiang akan tiba di Malaysia. Apabila tiba masanya, abu mayat mendiang akan ditaburkan berdekatan Pelabuhan Klang.
"Kami berharap untuk mengadakan upacara sembahyang secara kecil-kecilan dengan hanya ahli keluarga dan rakan-rakan," kata pemuda berusia 22 tahun itu kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata keluarganya lega dan tenang apabila mendengar khabar tersebut dan berharap tragedi dapat menemukan penyelesaian sepenuhnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Amarpal memuji usaha dan kejayaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam membawa pulang mayat rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian 17 Julai itu di timur Ukraine.
"Saya tahu dia (Najib) sedang melakukan apa yang terbaik. Kami sekeluarga sebenarnya menjangka mayat paling awal dibawa pulang ialah akhir tahun ini," katanya.
Pelajar bidang perubatan di Universiti Monash Malaysia di Johor Baharu itu turut memuji tindakan pantas Najib untuk memastikan keluarganya menerima bantuan kewangan dengan secepat mungkin.
Amarpal berkata Perdana Menteri bertindak segera untuk memastikan beliau menerima biasiswa penuh di bawah Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) bagi baki dua tahun pengajiannya.
"Adik lelaki saya mendapat biasiswa penuh dengan Universiti Teknologi Petronas dan akan ke United Kingdom untuk latihan industri tidak lama lagi. Kami semua amat bangga dengannya," katanya.
Mengenai ibunya, Harbinder Kaur, 52, beliau berkata ibunya merupakan sumber kekuatan untuk beliau dan adiknya kerana mahu mereka meneruskan tumpuan kepada pelajaran dan bukan terjejas oleh tragedi itu.
Harbinder kini tinggal di rumah keluarga di Setiawangsa di sini dan lebih suka bersendirian dan kadang-kadang beberapa anggota keluarganya bermalam untuk menemaninya.
"Pada mulanya, seperti pasangan lain, ibu berada dalam keadaan histeria tetapi doa membantu kami. Tiada sanak-saudara atau sesiapa sahaja yang boleh membantu kami dengan kesedihan ini melainkan doa. Sekarang ibu adalah wira saya," katanya.
"Walaupun saya kehilangan ayah, mungkin saya boleh menemui sesuatu yang boleh membantu dan menyelamatkan nyawa orang lain pada masa akan datang," katanya.
Karamjit, 54, seorang pekerja ExxonMobil, merupakan antara 43 rakyat Malaysia yang menaiki pesawat malang itu yang terhempas di Donestk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia.
Pesawat jenis Boeing 777-200ER itu, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu di wilayah bergolak di situ.
Bernama
Sat Aug 16 2014

Keluarga ambil keputusan untuk bakar mayat mendiang Karamjit di Malaysia
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Juru arah rali, Jagdev Singh meninggal dunia
Juru arah rali terkenal tempatan, Jagdev Singh yang meraih banyak kejayaan bersama pemandu legenda Karamjit Singh meninggal dunia pada Isnin ketika usia 55 tahun.

'Flying Sikh' tinggalkan Proton, pilih Perodua Myvi
Katanya, keputusan tersebut terpaksa dibuat selepas tidak mendapat sokongan daripada pengeluar kereta pertama Malaysia itu.

Karamjit bawa pulang 12 trofi pada usia 60 tahun
Karamjit Singh merangkul tiga kejuaraan pada pelumbaan di Muara Bungo, Jambi, Indonesia yang berlangsung pada Jumaat hingga Ahad lepas.

'Flying Sikh' kembali beraksi, janji kembalikan kegemilangan rali
Legenda sukan permotoran negara, Karamjit Singh berjanji untuk mengembalikan semula kegemilangan rali Malaysia dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Kes bunuh Tapah: Anak mangsa terpaksa dipujuk duduki SPM
Isteri Jasbeer tidak berhenti menangis, anak-anak pula tidak mahu pergi ke sekolah, kata Karamjit Singh, abang Jasbeer yang dipercayai dibunuh empat sekeluara.

Keluarga ambil keputusan untuk bakar mayat mendiang Karamjit di Malaysia
Mayat mangsa MH17, Karamjit Singh Karnail Singh akan dibawa pulang untuk upacara pembakaran mayat di Malaysia.