KUALA LUMPUR: Presiden Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas), Laksamana Madya Datuk Zulhelmy Ithnain, dilantik sebagai Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang baharu berkuat kuasa semalam (Jumaat)
Markas TLDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan Zulhelmy, 55, mengambil alih jawatan itu daripada Laksamana Madya Datuk Sabri Zali, yang akan menggantikan Zulhelmy di Puspahanas.
Majlis serah terima tugas diadakan di Puspahanas Putrajaya, dengan disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang dan Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob.
Zulhelmy yang dilahirkan pada 2 Jan 1968 di Datuk Keramat, di sini menyertai perkhidmatan TLDM pada 6 Ogos 1986 dan ditauliahkan pada tahun 1988.
Beliau telah dilantik sebagai Presiden Puspahanas pada 6 Okt 2022 dan merupakan seorang submariner TLDM serta pernah menjadi Pegawai Memerintah Kapal Selam Pertama TLDM iaitu Kapal Diraja (KD) Tunku Abdul Rahman.
Beliau juga pernah melakarkan sejarah tersendiri, apabila berjaya belayar membawa pulang KD Tunku Abdul Rahman dari Perancis ke Malaysia, dengan mengambil masa hampir dua bulan.
Selain itu, Zulhelmy pernah berkhidmat di Markas Angkatan Kapal Selam TLDM dan memegang beberapa perjawatan termasuk Pegawai Memerintah Pusat Latihan Kapal Selam TLDM, Timbalan Panglima Angkatan Kapal Selam serta Panglima Angkatan Kapal Selam.
Antara perjawatan penting lain yang pernah disandang termasuk Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan, Markas Tentera Laut dan seterusnya Panglima Wilayah Laut 1 di Kuantan, Pahang.
Sementara itu, Sabri, 56, yang menjawat jawatan sebagai Timbalan Panglima TLDM sejak pada 27 Jan 2023 dan kini dilantik sebagai Presiden Puspahanas yang baharu, mula memasuki TLDM sebagai Pegawai Kadet pada 15 Dis 1984.
Beliau yang dilahirkan pada 4 Mac 1967 di Rawang, Selangor, ditauliahkan pada 21 Dis 1987 selepas menjalani kursus Midshipman Antarabangsa di Jerman Barat, selama tiga tahun. - BERNAMA
Bernama
Sat Aug 12 2023
Laksamana Madya Datuk Zulhelmy Ithnain (kanan) mengambil alih jawatan Timbalan Panglima TLDM daripada Laksamana Madya Datuk Sabri Zali (kiri). - Gambar Facebook TLDM
Rock In The Jungle bakal gegarkan Gunung Santubong
Berlangsung hujung minggu ini, acara Rock In The Jungle bakal menghimpunkan kumpulan-kumpulan rock terkemuka bukan sahaja dari Malaysia, juga negara jiran Singapura dan Indonesia.
TH larang syarikat haji, umrah promosi visa mujamalah, furada
Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesen di bawah Lembaga Tabung Haji tidak dibenarkan mempromosikan pakej visa mujamalah atau furada.
Kerani bank rugi lebih RM100,000 terperdaya 'phone scam'
Seorang kerani bank kerugian RM115,950 selepas terperdaya sindiket penipuan melalui telefon atau 'phone scam' yang menyamar sebagai polis dan pendakwa raya.
Kerja pembaikan SMK Lutong akan dilakukan segera
Kerja-kerja pembaikan asas SMK Lutong, Miri yang terjejas akibat ribut pada hujung minggu lalu akan dilakukan dengan segera.
Terus bersatu meraikan kepelbagaian dan kepercayaan - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mahu rakyat di negeri itu terus bersama-sama sebagai satu masyarakat bersatu dalam meraikan kepelbagaian dan kepercayaan
Hujan berterusan di timur Sabah hingga 30 Disember
MetMalaysia keluarkan amaran ramalan cuaca signifikan berdasarkan analisis model-model cuaca terkini, luruan monsun lemah dijangka berlaku pada 28 hingga 30 Disember 2024.
Penduduk perlukan penempatan lebih sistematik dan kukuh
Perancangan jangka panjang sedang dirangka bagi membantu mangsa insiden angin kencang di penempatan atas air di Semporna.
Utamakan keselamatan, rai dengan keceriaan - Bomba Sabah
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, Zainal@Jainal Madasin berkata, masyarakat perlu berwaspada terhadap sebarang risiko termasuk kebakaran, kemalangan, serta banjir.
14 barangan di bawah SHMMP bermula 23 hingga 27 Disember
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak telah mewartakan 14 jenis barangan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Sempena Hari Krismas.
Pengurus Besar Perak FC umum letak jawatan berkuat kuasa 1 Jan ini
Pengurus Besar Perak FC Neow Choo Seong mengumumkan peletakan jawatan dalam pasukan itu berkuat kuasa 1 Jan 2025.
Agong berkenan kurnia 100 pingat pada istiadat DKAT 2024
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) kepada Panglima Tentera Laut ke-19 Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain.
Pembawa pulang kapal selam pertama Malaysia kini Panglima Tentera Laut ke-19
Komander yang membawa pulang kapal selam pertama Malaysia KD Tunku Abdul Rahman dari Perancis pada 2009 Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain, dilantik sebagai Panglima Tentera Laut ke-19.
Zulhelmy dilantik Timbalan Panglima TLDM yang baharu
Presiden Pusat Pengajian Pertahanan Nasional, Laksamana Madya Datuk Zulhelmy Ithnain, dilantik sebagai Timbalan Panglima TLDM yang baharu berkuat kuasa Jumaat.