Sebanyak RM8 juta diperlukan 14 zoo dan 20 pusat Pameran Tetap Hidupan Liar (ZPT) di seluruh negara bagi meneruskan kelangsungan pengoperasian premis masing-masing sehingga Disember ini.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata kos itu bagi menampung bekalan makanan, perubatan dan pengurusan haiwan berikutan penutupan sementara premis zoo seluruh negara sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Pendapatan utama zoo dan pusat pameran bergantung kepada tiket pelawat dalam dan luar negara dan sepanjang tempoh PKP, mereka tak dapat pengunjung macam biasa menyebabkan kekurangan pendapatan.
"Susulan itu kementerian sedang membuat penilaian secara teliti (mengenai kos) dan mendapatkan maklum balas lengkap daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta Persatuan Taman Zoologi dan Aquaria Malaysia (MAZPA) untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan dana kepada Zoo Negara, di sini, hari ini.
Sementara itu, beliau berkata 34 permit pengendalian ZPT dikeluarkan Perhilitan bagi menguatkuasakan peraturan kepada pemilik atau pengendali ZPT supaya tidak mengabaikan aspek kebajikan, pemakanan, penjagaan kesihatan dan pembersihan kurungan hidupan liar.
Beliau berkata selain Zoo Negara, operasi ZPT lain di seluruh negara turut terjejas teruk kerana kos operasi premis tersebut bergantung sepenuhnya daripada hasil kutipan tiket.
Jelasnya, langkah kerajaan membantu ZPT adalah bagi menjamin kebajikan spesies hidupan liar yang ada di premis berkenaan dan memastikan kelangsungan operasi dan kebajikan kira-kira 1,058 pekerja di tempat tersebut.
Dalam pada itu, beliau mengalu-alukan sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk orang awam dan menyeru lebih banyak badan korporat membantu Zoo Negara, selain menyarankan kerajaan negeri untuk turut menyalurkan bantuan kepada zoo di negeri masing-masing.
Terdahulu, Shamsul Anuar menyerahkan sumbangan dana berjumlah RM1.3 juta kepada Zoo Negara sebagai langkah awal membantu meringankan masalah dihadapi terutama dalam menyediakan bekalan makanan kepada haiwan di premis tersebut.
Sementara itu, Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly @Rahmat Ahmat Lana berkata sambutan kempen haiwan angkat atau 'adoption' yang dilaksana pihak zoo tersebut baru-baru ini, adalah memberangsangkan, namun mereka masih memerlukan sumbangan perubatan.
"Ia amat menggalakkan terutama sumbangan bahagian makanan, tetapi tidak banyak sumbangan perubatan diterima ...kami memerlukan sekurang-kurangnya RM12,000 sehari untuk (kos) makanan dan perubatan," katanya.
Beliau berkata sehingga kini, hampir 99 peratus sumbangan diterima adalah daripada orang perseorangan. -BERNAMA
Bernama
Mon Apr 13 2020
Sebanyak 14 zoo dan 20 pusat ZPT di seluruh negara memerlukan dana bagi meneruskan kelangsungan operasi sehingga Disember. Gambar hiasan/ Bernama.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Walk The Doc 2024 fokus tarikan lama Kuala Lumpur
Nurashikin Zaharuddin berkata festival tahun ini menyasarkan untuk menerokai aspek baharu pembuatan filem dokumentari.
Imigresen selamatkan dua wanita Bangladesh disyaki mangsa eksploitasi seks
Jabatan Imigresen (JIM) menyelamatkan dua wanita warga Bangladesh berusia 30 dan 34 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks, dalam satu operasi di Kuala Lumpur semalam.
Legenda irama disko Boney M temui peminat Malaysia tahun depan
Kumpulan legenda popular era irama disko 1970-an, Boney M bakal membawa semula jalur muzik kegemilangannya ke Malaysia pada 12 Jan depan.
Beberapa laluan utama Lembah Klang dilanda banjir kilat
Beberapa laluan utama negeri ini menuju Kuala Lumpur dilaporkan mengalami kesesakan susulan banjir kilat serta kemalangan pada Selasa.
Satu taman, RM1 juta untuk hijaukan Kuala Lumpur - Datuk Bandar KL
RM1 juta akan diperuntukan untuk membuka taman di sekitar Kuala Lumpur sebagai usaha menghijaukan kota raya berkenaan.
Rangka kerja Bandar Pintar Malaysia capai hasil memberangsangkan - Gobind
Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia, yang bertujuan memacu bandar-bandar tempatan mencapai standard bandar pintar global, menonjolkan hasil yang memberangsangkan.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Cadangan bangunkan CUT perlu diteliti - Datuk Bandar KL
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, pihaknya perlu mengkaji dengan mendalam mengenai teknologi itu secara menyeluruh.
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di KL, Labuan, Terengganu serta enam negeri lain
MetMalaysia ramal ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang melanda Kuala Lumpur, Labuan, Terengganu dan enam negeri hingga 7 malam ini.
Orang ramai dinasihatkan peka perubahan cuaca - APM
Orang ramai dinasihatkan supaya lebih peka dengan perubahan cuaca yang menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan khususnya Kuala Lumpur selain banjir di beberapa negeri di seluruh negara.