KUALA LUMPUR: Zoo Negara mencatatkan hampir 600,000 pengunjung sehingga Disember ini sekali gus melepasi sasaran ditetapkan sebelum ini sebanyak 450,000 pengunjung sepanjang 2022.
Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly@Rahmat Amat Lana berkata peningkatan jumlah pengunjung itu berikutan ketibaan cuti sekolah selain keistimewaan Zoo Negara yang memiliki Pusat Konservasi dan Pameran Panda Gergasi.
"Lazimnya, memang ramai pengunjung datang ke Zoo Negara setiap hujung tahun dan Zoo Negara paling beruntung sebab kita ada panda gergasi.
"Kami juga menawarkan tiket masuk percuma sebagai hadiah hari lahir khas untuk semua warganegara Malaysia dan ia boleh diperoleh dalam tempoh 30 hari selepas tarikh hari jadi," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian selepas menerima sumbangan RM200,000 daripada FoodPanda Malaysia kepada Pusat Konservasi dan Pameran Panda Gergasi di Zoo Negara di sini hari ini.
Rosly@Rahmat berkata Pusat Konservasi dan Pameran Panda Gergasi mempunyai empat ekor panda iaitu Xing Xing, Liang Liang, Sheng Yi dan Yi Yi.
Bagaimanapun, Yi Yi yang kini berusia hampir empat tahun akan dihantar pulang ke Pusat Konservasi Panda di China pada 20 Disember ini.
"Biasanya, anak panda hanya akan berada di Zoo Negara dalam tempoh dua tahun. Namun, disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan China yang masih belum membuka sempadan, Yi Yi tidak dapat dihantar pulang pada masa ditetapkan," katanya.
Sementara itu, beliau menghargai sumbangan RM200,000 daripada FoodPanda Malaysia kepada Pusat Konservasi dan Pameran Panda Gergasi serta berharap agar badan korporat lain turut mengikut jejak mereka.
"Kami gembira dapat terus bekerjasama dengan foodpanda Malaysia dan sumbangan ini memberi peluang kepada kami melindungi spesies haiwan ini sekali gus membolehkannya meninggalkan legasi untuk generasi akan datang," katanya.
Pengarah Kanan Komersial FoodPanda Malaysia, Jay Ar Juan berkata ini adalah tahun ketiga berturut-turut pihaknya memberi sumbangan kepada Zoo Negara sebagai tanggungjawab sosial korporat mereka.
"Walaupun beralih kepada fasa endemik dan pengunjung zoo kembali meningkat, kami tetap komited untuk terus memberi sumbangan kepada panda gergasi kerana haiwan itu melambangkan jenama foodpanda dengan sifatnya periang, mesra dan bersemangat. Tiada cara lebih baik untuk kami melahirkan penghargaan terhadap panda ini selain membantu dan menyokong usaha pemuliharaannya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 14 2022

Selain faktor cuti sekolah, tarikan ke Zoo Negara turut disebabkan kewujudan Pusat Konservasi dan Pameran Panda Gergasi. - Bernama
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

MAQIS serah 417 kotak keratan ayam sejuk beku kepada Zoo Negara
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menyerahkan 417 kotak keratan ayam sejuk beku seberat 5,004 kilogram (kg) yang dilucut hak kepada Zoo Negara semalam.

Tiada haiwan di Zoo Negara terjejas akibat banjir
Tiada haiwan di Zoo Negara terjejas banjir akibat hujan lebat pada Selasa lepas.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 Januari 2024.

Zoo Negara rai pencapaian 60 tahun penubuhan
Zoo Negara menyambut ulang tahun ke-60 dengan sambutan Jubli Intan pada Jumaat yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zoo Negara terima peruntukan RM10 juta - Perdana Menteri
Kelulusan RM5 juta itu juga ditambah dengan dana terkumpul menerusi program CSR oleh syarikat terlibat berjumlah RM5 juta.

Jubli Intan: Zoo Negara tawar tiket percuma buat kanak-kanak, warga emas
Zoo Negara akan menawarkan tiket masuk percuma kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah bersempena dengan sambutan Jubli Intan Ulang Tahun ke-60, esok.

NRECC akan dapatkan laporan lengkap insiden banjir kilat di Zoo Negara
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan mendapatkan laporan lengkap berhubung kejadian banjir kilat di Zoo Negara pada 18 Okt lepas bagi mengelakkan insiden berulang.

Selamat jalan panda Yi Yi dan Sheng Yi
Dua ekor anak panda gergasi yang dilahirkan di negara ini iaitu Yi Yi dan Sheng Yi dihantar pulang ke China, semalam.

Kepulangan Yi Yi, Sheng Yi ke China ditangisi penjaganya
Azrennizam memanggil nama kedua-duanya sambil menepuk sangkar haiwan itu bagi memastikan ia tenang semasa proses pemunggahan.

Pasangan panda gergasi sambut hari jadi ke-17
Pasangan panda gergasi, Fu Wa dan Feng Yi yang ditempatkan di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) Zoo Negara sejak 2014, menyambut ulang tahun ke-17 hari ini.