KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu isteri Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad layak menerima wang pengenalan RM2.8 juta memandangkan pelakon itu memperkenalkan suaminya untuk Felcra membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Perunding unit amanah Norhaili Ahmad Mokhtar, 45, berkata bayaran wang pengenalan yang diberikan kepada Zizie Izette itu merupakan strategi pemasaran pihaknya apabila wanita itu turut memperkenalkan seorang pegawai kanan Felcra untuk membuat pelaburan sama.
"Saya menghubungi Datin Seri (Zizie Izette) mengatakan pelaburan dibuat Felcra (RM150 juta) telah berjaya dan pada masa sama, saya mendapat komisen daripada pelaburan tersebut. Saya kemudian beritahu kepada Datin Seri yang saya ingin memberikannya wang pengenalan itu.
"Saya pakar (pelaburan) dalam menceritakan kepada rakyat Malaysia tentang kehebatan unit amanah tetapi saya tidak boleh masuk ke dalam syarikat-syarikat besar yang tidak tahu tentang apa saya buat," katanya.
Saksi pendakwaan ke-25 itu berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How pada perbicaraan kes rasuah dihadapi Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette di hadapan Hakim Rozina Ayob.
Menyentuh mengenai komisen yang diperoleh selepas berjaya mendapatkan pelaburan (RM150 juta) itu, Norhaili berkata beliau dan Madhi Abdul Hamid, 43, yang merupakan ejen (Public Mutual) masing-masing memperoleh komisen RM2.9 juta.
"Apabila mendapat komisen itu, saya dan Madhi berbincang tentang pengurusan komisen itu dengan mengambil kira faktor seperti pengurusan pelaburan Felcra dan kos operasi jangka panjang kerana pelaburan ini mengambil tempoh lebih tujuh tahun untuk matang dan kami juga ambil kira kos cukai untuk diuruskan dalam tempoh berkenaan," katanya.
Semasa disoal Law mengapa Zizie Izette perlu dibayar RM2.8 juta, saksi itu berkata Zizie Izette layak menerima wang pengenalan itu setelah mengambil kira segala perbelanjaan kos, cukai dan faedah bulanan selagi pelaburan Felcra di bawah jagaannya.
"Kalau saya...saya tidak nampak jumlah itu besar tetapi saya melihat penjagaan akaun Felcra untuk jangka panjang. Ia (wang pengenalan) layak untuk Datin Seri Zizie Izette.
"Seingat saya pembayaran wang pendahuluan RM2.2 juta itu dalam bentuk cash di Public Bank di Melawati telah diuruskan oleh Madhi, selebihnya RM800,000 dimasukkan semula ke dalam Public Mutual Berhad atas nama Datin Seri Zizie Izette," kata Norhaili.
Ditanya Law mengapa pihak Public Bank hanya membayar RM2.2 juta sedangkan RM2.8 juta sepatutnya dibayar Zizie Izette, saksi itu berkata: "Pada waktu itu Public Bank tidak mempunyai wang tunai yang mencukupi dan saya juga telah menasihatkan Datin Seri (Zizie Izette) untuk membuat pelaburan di Public Mutual Berhad.
"Saya juga menasihatkan Datin Seri Zizie Izette untuk melabur antara RM600,000 hingga RM800,000 dan ia diuruskan oleh Madhi dan seorang lagi konsultan Public Mutual," kata Norhaili.
Bagaimanapun, saksi itu tidak dapat mengingati berapa jumlah cek yang telah dikeluarkan namun cek tersebut tertera nama Public Mutual Berhad dan nombor kad pengenalan Zizie Izette.
Dalam prosiding itu, Norhaili berkata tiada elemen rasuah dan permintaan rasuah daripada Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette manakala wang RM2.8 juta yang diberikan kepada pelakon itu bukan rasuah, sebaliknya adalah wang pengenalan.
Norhaili akan menyambung keterangannya pada 14 Feb ini. Pada prosiding itu, peguam Datuk K. Kumaraendran mewakili Zizie Izette dan M. Athimulan bertindak bagi pihak Bung Moktar.
Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Bung Moktar, 64, yang merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra ketika itu, didakwa menerima rasuah daripada Madhi menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang, 12 Jun 2015.
Beliau juga mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai RM335,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.
Zizie Izette, 44, pula mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 27 2022
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin bersama isterinya Datin Seri Zizie Izette A Samad hadir di Kompleks hari ini, bagi menyambung perbicaraan kes berhubung kes rasuah yang dihadapi mereka. - Foto BERNAMA
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Bung Moktar, isteri diperintah bela diri tiga tuduhan rasuah
Bung Moktar Radin dan Zizie Izette diperintah membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.
Rasuah RM2.8 juta: Bung Mokhtar, Zizie Izette tiba di mahkamah
Bung Moktar dan Zizie yang sebelum ini menghadapi tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, dilihat memasuki kamar mahkamah jam 8.45 pagi ini.
Keputusan rayuan kes rasuah Bung Moktar, isteri diketahui esok
Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan berhubung rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette daripada tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, esok.
Peguam Bung Moktar sakit jantung, prosiding tangguh 9 Oktober
Prosiding pendengaran rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Bung Moktar dan Zizie Izette daripada pertuduhan rasuah ditangguhkan ke 9 Oktober depan.
Hakim terkhilaf bebaskan Bung Moktar, Zizie Izette - Pendakwaan
Pendakwaan berkata, hakim itu terkhilaf dalam menjalankan bidang kuasa semakan, selepas keputusan prima facie Mahkamah Sesyen yang memberikan penilaian maksimum di peringkat pendakwaan.
Pengurusan kes rayuan terhadap pembebasan Bung Moktar dan Zizie Izette pada 29 Dis
Mahkamah Rayuan menetapkan 29 Dis untuk pengurusan kes berhubung pembebasan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri daripada tiga pertuduhan rasuah.
Pendakwaan fail rayuan terhadap pembebasan Bung Moktar dan isteri
Peguam Teh See Khoon yang mewakili Zizie Izette semasa dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan.
Bung Moktar, Zizie Izette lepas bebas kes rasuah RM2.8 juta
Susulan keputusan itu, Hakim, Datuk Azhar Abdul Hamid melepas dan membebaskan pasangan suami isteri itu daripada tuduhan berkenaan.
Bicara bela diri Bung Moktar, Zizie Izette tangguh
Prosiding bela diri Bung Moktar dan Zizie Izette, yang didakwa atas tiga pertuduhan rasuah dan dijadualkan selama sembilan hari bermula hari ini, ditangguhkan oleh Mahkamah Sesyen.
Mahkamah Rayuan hantar semula permohonan semakan Bung Moktar, Zizie Izette ke Mahkamah Tinggi
Mahkamah Rayuan mengembalikan semula permohonan semakan yang difailkan Bung Moktar Radin dan Zizie Izette Abdul Samad ke Mahkamah Tinggi.