Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah mengarahkan semua rombongan sekolah ke Singapura dan Filipina dibatalkan berikutan penularan virus Zika.
Pengarahnya Mohd Salleh Mohd Kassim berkata arahan berkenaan dikeluarkan semalam kepada semua ketua Pejabat Pendidikan Daerah.
"Arahan pembatalan ini adalah untuk rombongan yang akan ke sana semasa tempoh cuti sekolah ini dan dalam masa terdekat.
"Bagaimanapun bagi rombongan yang akan ke kedua-dua negara berkenaan pada hujung atau awal tahun ini dinasihatkan menangguhkan program berkenaan sehingga virus ini dapat dikawal atau dibasmi," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan penutup program Bulan Kebangsaan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah yang diambil Jabatan Pendidikan Negeri bagi mengekang penularan virus Zika di sekolah.
Tambah Salleh, pihaknya juga telah mengarahkan agar sekolah dicuci sepenuhnya sebelum sesi persekolahan bermula pada 19 Sept nanti.
Katanya cuti sekolah seminggu yang bakal bermula Isnin ini memberi masa yang cukup untuk nyamuk membiak.
Sehingga hari ini, terdapat tiga kes jangkitan virus Zika direkodkan di seluruh negara, kes pertama yang dilaporkan merupakan kes import dari Singapura melibatkan seorang wanita berumur 58 tahun dari Klang manakala kes kedua merupakan kes jangkitan tempatan di Sabah dan kes ketiga melibatkan wanita mengandung di Johor Bahru.
Bernama
Fri Sep 09 2016
Petugas Jabatan Kesihatan Negeri Selangor melakukan kerja-kerja pencegahan pemusnahan tempat pembiakan dan larvaciding dengan penyemburan 'Water Base Fogging' di kawasan rumah pesakit virus Zika di Taman Botanik, pada 1 Sept. - Gambar Bernama
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
COVID-19: 79 sekolah di Selangor diarah tutup dua hari
Sebanyak 79 buah sekolah di Selangor diarah tutup selama dua hari selepas kes COVID-19 dilaporkan.
Jerebu: 138 sekolah di Selangor diarah tutup Selasa
Sebanyak 138 sekolah di Sepang, Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling Perdana dan Klang ditutup Selasa ekoran jerebu dengan paras IPU melebihi 200.
Zika: Semua sekolah di Selangor diarah batal rombongan ke Singapura, Filipina
Pengarahnya Mohd Salleh Mohd Kassim berkata arahan berkenaan dikeluarkan semalam kepada semua ketua Pejabat Pendidikan Daerah.