Kementerian Kesihatan tidak bercadang mengeluarkan larangan perjalanan masuk-keluar Singapura dan Filipina berikutan penularan virus Zika sekarang.
Menteri berkenaan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata larangan itu merupakan satu tindakan drastik yang dilihat boleh menimbulkan isu-isu sosial berikutan ramai rakyat Malaysia bekerja di Singapura.
"Susah untuk dilaksana (larangan) kerana lebih 200,000 rakyat Malaysia ulang alik dari Johor Bahru ke Singapura setiap hari kerana bekerja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bengkel pelajar mengenai keusahawanan, kepimpinan dan patriotisme di sini, hari ini.
Terdahulu, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam sidang media di Kota Tinggi, Johor hari ini berkata pihaknya mengarahkan sekolah-sekolah seluruh negara tidak mengadakan lawatan belajar ke Singapura dan Filipina buat sementara waktu bagi mengelakkan jangkitan virus Zika.
Dr Subramaniam berkata walaupun tiada arahan perjalanan dikeluarkan, namun rakyat Malaysia yang ingin melawat kedua-dua negara itu dinasihat supaya sentiasa berwaspada terutama jika mengalami simptom jangkitan termasuk demam.
"Pengetahuan rakyat di dalam perkara ini (Zika) memang tinggi tetapi penterjemahan dalam budaya kehidupan adalah satu isu yang belum boleh dikatakan memuaskan," katanya.
"Harapan saya, dengan peningkatan tentang kesedaran penyakit ini, rakyat melakukan aktiviti membasmi tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes untuk mengurangkan penularan Zika," katanya.
Setakat semalam, jumlah kes Zika yang disahkan di seluruh negara adalah sebanyak empat dengan yang terbaharu dikesan pada 7 Sept lepas di Johor Bahru. -Bernama
Bernama
Sat Sep 10 2016
Larangan itu merupakan tindakan drastik yang dilihat boleh menimbulkan isu-isu sosial berikutan ramai rakyat Malaysia bekerja di Singapura. -Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 25 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (24 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Alam sekitar: Kita ada wang yang banyak tapi dibazirkan untuk perang
Goodall berkata, beliau kecewa dan marah dengan situasi ketika ini, di mana wang dilaburkan dalam perang yang berleluasa, dan isu alam sekitar seolah-olah disisihkan.
“Ahmad Nawab mentor saya” - Datuk Ramli MS
Beliau menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor beliau, banyak perkara dipelajari sejak mereka mula bekerja bersama kira-kira empat dekad lepas.
Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - PM Anwar
Pemergian Seniman Negara Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan atau Ahmad Nawab adalah satu kehilangan buat industri muzik negara dan Allahyarham akan dikenang sebagai legenda yang tiada galang ganti.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pasangan kekasih ditahan cuba seludup lapan warga Myanmar
Sepasang kekasih ditahan ketika dipercayai cuba menyeludup lapan warga Myanmar dengan menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM 5.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Kayu Hitam pada Ahad
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit, tiada diskriminasi - Zambry
Kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan merit, terutama melibatkan kursus yang mendapat permintaan tinggi.
Khadijah Ibrahim akan terus nyanyikan lagu Ahmad Nawab
Penyanyi yang mesra dengan panggilan Ibu Kathy itu akan meneruskan perjuangan Allahyarham dengan terus menyanyikan lagu beliau. Beliau juga menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor dan guru yang terbaik buatnya.
Australia umum sekatan baharu terhadap Iran susulan serangan peluru berpandu ke atas Israel
Sekatan kewangan dan larangan perjalanan dikenakan terhadap lima individu Iran, selari dengan langkah serupa oleh AS dan UK.
Korea Selatan keluar larangan perjalanan ke kawasan 'segi tiga emas' di Laos
Amaran perjalanan Tahap 4 iaitu tahap tertinggi dalam sistem nasihat perjalanan empat peringkat itu akan berkuat kuasa pada 1 Feb.
Israel serbu rumah imam Masjid Al-Aqsa, larang lakukan perjalanan
Pendakwah Masjid Al-Aqsa itu menjadi sasaran kempen hasutan oleh kumpulan berhaluan kanan Israel.
AS kenakan larangan perjalanan terhadap dua tentera Rusia
Kerajaan Amerika Syarikat mengenakan larangan perjalanan ke atas dua pegawai tentera Rusia yang dituduh "terlibat dalam pencabulan hak asasi manusia" di timur Ukraine.
Israel larang imam Masjid al-Aqsa lakukan perjalanan ke luar negara selama sebulan
Imam Masjid Al-Aqsa Syeikh Dr. Ekrima Sabri dikenakan larangan perjalanan ke luar negara selama sebulan oleh rejim Israel.
Varian baharu: Perancis, Arab Saudi, beberapa negara lain larang perjalanan dari Afrika
Pengembara dari Afrika Selatan, Lesotho, Botswana, Zimbabwe, Mozambique, Namibia dan Eswatini, tidak dibenar masuk ke Perancis.
Varian baharu: WHO bimbang tindakan kenakan larangan perjalanan
WHO berpendapat, kerajaan perlu mengambil risiko berdasarkan pendekatan saintifik.
F1: Grand Prix Turki dibatalkan
Aksi itu akan digantikan dengan perlumbaan kedua di Austria.
AS kenakan larangan perjalanan ke atas India
Ia dilaksanakan susulan nasihat daripada Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (CDC) Amerika Syarikat.
COVID-19: Perubahan sekatan perjalanan di UK
Mana-mana individu yang tiba di England dan didapati berbohong mengenai lawatan ke negara dalam senarai larangan perjalanan kerajaan Britain akan berdepan hukuman penjara hingga 10 tahun.