PUTRAJAYA: Negara perlu mencapai tahap imuniti kelompok seperti disasarkan sebelum ini, jika kerajaan mahu mempertimbangkan kebenaran perjalanan merentas negeri, khususnya untuk aktiviti menziarahi ibu-bapa di kampung.
Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Dr Chong Chee Keong berpendapat, dengan tahap imunisasi berkenaan, ia dapat mengurangkan risiko penularan COVID-19 daripada lebih melarat.
Malah, katanya lagi, imunisasi kelompok juga mampu mengekang tahap kemasukan hospital bagi mereka yang mempunyai penyakit-penyakit serius, dan dapat mengurangkan kematian.
“Keseluruhannya saya yakin negara kita akan mencapai imunisasi kelompok dalam masa terdekat ini. Tetapi yang penting kita kena mencapai herd immunity ini dahulu supaya penyakit serius dan juga jumlah kematian dapat dikawal sebelum kita boleh mencapai kejayaan ini,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad lepas, menzahirkan perasaan optimis dengan kadar keberjayaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Beliau berkata, jika situasi positif itu dapat dikekalkan, berkemungkinan orang ramai dapat kembali menziarahi ibu-bapa di kampung halaman, melancong dalam negara, serta anak-anak boleh kembali ke alam persekolahan.
Dalam pada itu Dr Chong berkata, yang juga Komander Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley berkata, buat masa ini kadar kemasukan ke hospital di sekitar Lembah Klang telah menurun.
Jelasnya lagi, berdasarkan statistik yang diperolehi, tiada keperluan untuk menambah bilangan katil Unit Rawatan Rapi (ICU), namun mereka akan terus bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
“Buat masa ini kita dapati bilangan pesakit masuk ke wad adalah stabil, dan kapasiti kita mencukupi. Oleh itu secara berperingkat, katil COVID-19 tambahan ini akan ditukarkan semula kepada katil COVID-19 untuk teruskan perkhidmatan bagi pesakit bukan COVID-19.
“Tetapi sekiranya kes COVID-19 kembali bertambah, kita akan naikkan kapasiti dan meneruskan apa yang kita buat sekarang ini,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Tue Aug 24 2021
Imunisasi kelompok mampu mengekang tahap kemasukan hospital bagi mereka yang ada penyakit serius, sekaligus dapat mengurangkan kematian. - Gambar fail/BERNAMA
Polis tahan enam lelaki disyaki terbabit sindiket jual air ketum
Polis menahan enam lelaki tempatan di sebuah rumah di Taman Pakatan Jaya kerana disyaki terbabit sindiket penjualan air ketum.
KPDN Pahang serbu dua premis jadi stor simpanan barang kawalan bersubsidi
KPDN Pahang melakukan serbuan terhadap sebuah restoran dan rumah yang disyaki dijadikan lokasi penyimpanan barang kawalan bersubsidi di Triang, Bera pagi tadi.
Seorang lagi wartawan terkorban dalam serangan Israel di Gaza, angka korban meningkat kepada 189
Mangsa, Wael Ibrahim Abu Quffa merupakan seorang wartawan dan pensyarah di Jabatan Kewartawanan dan Media, Universiti Islam Gaza.
10 Berita Pilihan - (23 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Pendidikan | Pencemaran | Ekonomi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel lakukan serangan udara di Beirut
Serangan udara itu menyasarkan sebuah bangunan kediaman di Jalan Fathallah, kawasan Basta Fawka yang padat penduduk.
AWANI 7:45 [23/11/2024] – Mangsa sindiran sejak jadi Perdana Menteri | Pelihara keharmonian negara | Tahan tiga suspek, keterangan 23 individu | Bercakap dengan lebah
Tak ambil gaji kena sindir, PM seloroh ambil gaji tahun depan.
Malaysia teguh kerana sepakat dalam perbezaan.
Bukan senyap, siasatan kes simbah asid Faisal Halim masih berlangsung.
Bunuh lebah, ancam bekalan makanan sedunia, laporan khas, Ridauddin Daud.
Malaysia teguh kerana sepakat dalam perbezaan.
Bukan senyap, siasatan kes simbah asid Faisal Halim masih berlangsung.
Bunuh lebah, ancam bekalan makanan sedunia, laporan khas, Ridauddin Daud.
Pilihan Raya Negeri India: BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
SPR India pada 15 Oktober mengumumkan bahawa negeri Maharashtra dan Jharkhand akan mengadakan pilihan raya DUN pada November.
Hadiah perpisahan sempurna Kim Swee, Sabah belasah PT Athletic 4-0
Skuad Badak bermula garang dengan membuka tirai jaringan menerusi Saddil Ramdani pada minit ke-12.
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI tingkat kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa, agama - Zulkifli
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI meningkatkan lagi kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa dan agama dalam memperkukuh perpaduan di negara ini.
Musim raja buah! Penggemar durian 'serbu' Balik Pulau
'Dendam' dua tahun tidak dapat merentas negeri, pesta durian kali ini bertambah meriah dengan kunjungan penggemarnya.
Berhimpun dalam ruang sempit yang jadi masalah, bukan rentas negeri - Dr Noor Hisham
KKM guna kaedah serampang dua mata iaitu pemberian vaksin dan dos penggalak kepada golongan tertentu dan kepatuhan terhadap SOP.
"Kalau boleh elak dulu naik Cameron Highlands, sesak teruk," kata netizen
Ada pengguna, mendakwa dirinya pekerja kesihatan, memaklumkan ramai orang yang baru balik bercuti dari kawasan itu membawa kit ujian yang tertera keputusan positif.
Masyarakat India di Gua Musang giat buat persiapan sambut Deepavali
Biarpun menyambutnya secara sederhana, pesta cahaya diraikan dalam suasana penuh kekeluargaan mengikut norma baharu.
Menyelami keindahan semula jadi Pulau Tuba
Siapa sangka tidak jauh dari Pulau Langkawi iaitu sekitar 5 kilometer dari Jeti Pelancongan Pekan Rabu, terdapat sebuah pulau yang berpotensi menjadi destinasi pelancongan dan dianugerahi dengan pelba
Rentas negeri: pastikan anak kecil dilindungi daripada COVID-19 - Pakar
Dalam keghairahan menikmati kelonggaran itu, perlu diingat bahawa ancaman COVID-19 belum berakhir.
27,059 pelancong kunjungi 14 lokasi di P.Pinang dalam tempoh sembilan hari
Seramai 27,059 pelancong melawat Pulau Pinang bermula pada 11 Okt lepas dengan 14 destinasi pelancongan negeri dikenal pasti menjadi tumpuan ramai.
Kadar penginapan hotel di Johor Bahru, Muar meningkat hingga 80 peratus
Keadaan sama turut berlaku di Desaru Coast dekat Kota Tinggi yang kadar penginapannya mencecah 65 peratus.
Rentas negeri: 1.4 juta kenderaan setiap hari di PLUS sejak Jumaat
Sejak rentas negeri dibenarkan bermula 11 Oktober, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk pulang ke kampung dan melancong bersama keluarga.
Cubaan rentas negeri tanpa vaksin gagal, suami isteri sudahnya dikompaun RM2,000
Sepasang suami isteri dikompaun RM2,000 setiap seorang kerana didapati merentas negeri tanpa sijil vaksinasi COVID-19 yang lengkap.