SATU gerakan solidariti dimulakan di media sosial susulan penawanan kapal layar Zaytouna-Oliva berserta tiga krew dan 10 orang anak kapal oleh rejim Israel pada malam Rabu.

Turut berada di dalam kapal berkenaan ialah wakil tunggal Malaysia, Dr Fauziah Mohd Hasan.

Lebih-lebih dengan hadirnya seorang anak Malaysia, netizen mula membanjiri media sosial dengan doa keselamatan bagi Dr Fauziah serta aktivis kemanusiaan yang lain.

Netizen juga meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berunding dengan Israel dengan segera bagi membawa pulang Dr Fauziah ke Malaysia.

Sebuah mesej video dari Dr Fauziah yang dirakam sebelum penahanannya turut dimuat naik di YouTube oleh Freedom Flotila Coalition.

Beliau antara lain menyeru dunia menggunakan segala pengaruh dan kekuatan bagi membantu pembebasan mereka.



Berikut adalah antara reaksi yang dikongsi oleh netizen;









Kapal Zaytouna yang dalam misi 'Women's Boat To Gaza' (WBG) itu dilaporkan ditunda oleh tentera Israel menuju ke pelabuhan Ashdod.

Ketika kejadian, kapal Zaytouna sudah melepasi garisan 100 batu nautika ke arah pantai Gaza, dan pada kedudukan itu, kapal berkenaan telah memasuki garisan perairan yang dikawal oleh tentera Israel.