Bekas peserta program realiti ‘Rockanova’, Zarith Sofia didenda RM27,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana menyimpan dan mengurung anak beruang matahari di rumahnya, Jun tahun lepas.
Zarith Sofia atau nama sebenarnya, Zarith Sofia Mohd Yasin, 28, didenda RM20,000 atau penjara enam bulan bagi pertuduhan menyimpan manakala denda RM7,000 atau penjara empat bulan bagi pertuduhan mengurung haiwan itu.
Hakim Manira Mohd Nor menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah ketika sebutan semula kes itu.
Penyanyi itu didakwa menyimpan seekor beruang matahari (Helarctos Malayanus) tidak matang iaitu hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 tanpa permit khas di kediamannya di Sentrio Pandan, Jalan 3/76D, Desa Pandan, di sini pada 8 malam, 6 Jun tahun lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 69(1) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 69(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua tertuduh didakwa mengurung anak beruang matahari itu di dalam premis yang tidak sesuai atau kondusif bagi keselesaan atau kesihatan hidupan liar berkenaan, di tempat dan masa sama.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 86(1)(c) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 86(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
BACA: Penyanyi mengaku tidak bersalah simpan, kurung anak beruang
Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Nik Muammer Hurrie Mohamad Sukri merayu hukuman berbentuk denda dengan alasan itu merupakan kesalahan pertama tertuduh dan dia tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.
“Niat tertuduh hanyalah untuk menyelamatkan haiwan berkenaan dan tiada niat untuk mendapatkan sebarang keuntungan.
“Ketika haiwan berkenaan dijumpai oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) ia berada dalam keadaan sihat,” katanya.
Pegawai Pendakwa Jabatan Perhilitan Nazarudin Kamarudin memohon mahkamah mengenakan hukuman berbentuk pengajaran.
“Ia bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat bahawa jenayah membabitkan hidupan liar adalah kesalahan yang dipandang serius oleh mahkamah di negara ini,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 15 2020
Pertuduhan ke atas Zarith Sofia dibuat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. - BERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Gadis 'pokok' ...
Kehilangan gadis jelita itu telah menyebabkan kira-kira 400 orang menyertai gerakan bagi mencarinya pada petang Selasa minggu lalu.
Zarith Sofia didenda RM27,000 simpan dan kurung anak beruang matahari
Peguam Nik Muammer Hurrie Mohamad Sukri merayu hukuman berbentuk denda dengan alasan itu merupakan kesalahan pertama tertuduh dan dia tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.
Nampak comel, tetapi berbahaya - Pakar beruang matahari
Pengasas Pusat Konservasi Beruang Matahari Borneo (BSBCC) Dr Wong Siew Te, berpendapat spesies itu tidak sesuai dijadikan sebagai haiwan peliharaan memandangkan ia sukar dijinakkan.
Penyanyi wanita ditahan kerana simpan anak beruang matahari
Wanita berusia 27 tahun itu ditahan pada kira-kira jam 8 malam selepas pihak Perhilitan membuat pemeriksaan mengejut di rumahnya selepas menerima maklumat awam.
Aksi Khabib lawan anak beruang cukup 'power' ...
Siapa sangka juara Lightweight dunia, Khabib Nurmagomedov rupa-rupanya mempunyai bakat semula jadi di dalam sukan tinju kerana sudah mula berkecimpung di dalam dunia tinju sejak kecil lagi.