Jen Datuk Zamrose Mohd Zain dilantik sebagai Panglima Tentera Darat yang ke-28 berkuat kuasa hari ini.
Beliau menggantikan Jen Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi yang bakal bersara wajib pada November tahun ini.
Pelantikan Zamrose memegang jawatan nombor satu dalam pasukan Tentera Darat Malaysia (TDM) itu, disaksikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen Tan Sri Affendi Buang di Wisma Pertahanan, di sini, hari ini.
Sel Perhubungan Tentera Darat dalam kenyataan berkata Kementerian Pertahanan dan ATM mengalu-alukan Zamrose untuk menerajui kepimpinan TDM yang bermula hari ini.
Zamrose dilahirkan pada 22 Sept 1962, di Seremban, Negeri Sembilan dan memulakan kerjaya dengan menyertai latihan sebagai Pegawai Kadet pada tahun 1980, seterusnya ditauliahkan sebagai Lt Muda pada 24 Jan 1981.
Sepanjang 39 tahun perkhidmatannya, beliau telah menyandang pelbagai jawatan penting dalam TDM dan jawatan terakhir beliau sebelum ini adalah Panglima Medan Timur.
Sementara itu, Ahmad Hasbullah merupakan anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak.
Kerjaya ketenteraan beliau bermula dengan mengikuti latihan Pegawai Kadet dan telah dipilih mengikuti latihan di Officer Cadet School, Portsea, Australia, sebelum ditauliahkan dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 11 Dis 1981 sebagai Ketua Platun dan berkhidmat di Batalion Ke-25 RAMD.
Sepanjang perkhidmatan selama 40 tahun dua bulan dalam TDM, beliau telah menyandang pelbagai jawatan penting dan berpengalaman terlibat secara langsung memerangi ancaman komunis serta melaksanakan tugas-tugas pemerintahan, staf dan jurulatih.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany dan Panglima Tentera Udara Jen Datuk Seri Ackbal Abdul Samad.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 11 2020
Jen Datuk Zamrose Mohd Zain dilantik sebagai Panglima Tentera Darat yang ke-28 berkuat kuasa hari ini. - BERNAMA
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Peruntukan tambahan RM200 juta diguna baiki kerosakan dalam rumah anggota tentera
Peruntukan tambahan RM200 juta bagi membaik pulih dan menyelenggara rumah anggota ATM, akan digunakan bagi pembaikan kerosakan rumah anggota.
Pasukan Starlight II selamat tiba di tanah air
Sepanjang tempoh operasi, Hospital Medan Malaysia telah merawat seramai 2,415 pesakit termasuk 83 kes pembedahan.
Abdul Rahman dilantik Panglima TLDM yang baharu
Datuk Abdul Rahman Ayob menggantikan Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany yang bersara wajib.
Tiada kompromi anggota terlibat jenayah, langgar disiplin - Panglima ATM
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan 20 anggotanya disiasat polis berhubung dua kes rompakan di Semporna, Sabah pada 15 dan 18 Ogos lepas.
SKN 2.0 dilancar, jadi dokumen strategi terkini ketenteraan
Panglima Angkatan Tentera melancarkan dokumen Strategi Ketenteraan Negara (SKN) 2.0 yang menjadi dokumen strategi terkini yang relevan, berkesinambungan dan praktikal.
Bajet 2023: Bajet pertahanan perlu ditingkatkan 1.5 peratus daripada KDNK - PAT
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memerlukan sekurang-kurangnya 1.5 peratus peruntukan daripada Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) bagi memastikan kesiapsiagaan aset pertahanan pada tahap tertinggi.
LIMA bakal buat kemunculan semula secara besar-besaran tahun depan - Affendi
Malaysia yakin LIMA 2023 bakal menjadi acara paling popular di rantau ini selepas edisi terakhir LIMA atau LIMA 19.
DEFTECH, FNSS Turki lanjut kerjasama bekal kenderaan perisai kepada Malaysia
DEFTECH telah bekerjasama dengan FNSS sejak 2011, bermula daripada pembekalan AV8 Gempita kepada Tentera Darat Malaysia.
Perlu keseimbangan antara tugas utama ATM dan peranan dalam CIMIC - Panglima ATM
Pertimbangan sewajarnya juga diberikan untuk melaksanakan peranan menangani cabaran keselamatan bukan tradisional yang dihadapi negara.
Lebih 700 anggota, keluarga ATM terjejas banjir terima sumbangan kerajaan UAE
Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang berkata sumbangan berkenaan disampaikan Duta Emiriah UAE ke Malaysia, Khalid Ghanim Mohammad Al-Ghaith.