PUTRAJAYA: Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir menyifatkan lawatan kerjanya ke New Zealand baru-baru ini berhasil dan berjaya mengukuhkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara.
Katanya, lawatan kerja yang berlangsung dari 2 hingga 4 Mei itu juga merupakan lawatan bersejarah bagi kedua-dua negara kerana beliau dan rakan sejawatnya Nanaia Mahuta telah bersama-sama menyaksikan pemeteraian dokumen Kerjasama Strategik (Strategic Partnership-SP) Malaysia-New Zealand.
"Kerjasama Strategik ini akan memberi manfaat yang tinggi kepada kedua-dua negara dari segi peningkatan kerjasama dan kolaborasi dua hala yang lebih meluas dalam pelbagai sektor termasuk kerjasama dalam sektor industri halal dan pertanian," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau dan Mahuta juga telah mengadakan sesi perbincangan mengenai pelbagai isu berkepentingan bersama.
Selain itu, Zambry berkata lawatan itu juga berjaya mengekalkan momentum hubungan dua hala Malaysia yang sedia erat dengan New Zealand dan sekaligus menyelesaikan isu-isu tertunggak, menjelaskan dasar Kerajaan semasa di bawah kepimpinan baharu dan membuka peluang-peluang pelaburan baharu ke Malaysia dan New Zealand.
Ini merupakan lawatan peringkat tinggi Menteri Luar Malaysia ke New Zealand selepas 18 tahun (kali terakhir adalah pada 2005).
"Lawatan kerja ini juga melambangkan usaha berterusan Malaysia untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala dengan New Zealand," katanya.
Dalam rangka lawatan itu, Zambry juga berpeluang meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitiri bersama rakyat Malaysia di New Zealand.
Dianggarkan seramai 18,000 warga Malaysia berada di New Zealand yang terdiri daripada pelajar, golongan profesional serta pelabur-pelabur.
New Zealand merupakan antara rakan dagangan penting buat Malaysia, sejak hubungan diplomatik ditubuhkan pada 1957.
Jumlah dagangan pada 2022 bernilai RM11.3 bilion (US$2.56 bilion), meningkat 49.6 peratus berbanding RM7.55 bilion (US$1.82 bilion) pada 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 05 2023
![Zambry sifatkan lawatan kerja ke New Zealand berjaya Zambry sifatkan lawatan kerja ke New Zealand berjaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683296236_TBzambry.jpg)
Zambry mengadakan pertemuan dan sesi perbincangan dengan Mahuta mengenai pelbagai isu berkepentingan bersama, di Wellington, 4 Mei 2023. - Foto Facebook Wisma Putra
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![Pemeriksaan kesihatan termasuk ujian HIV pelajar baharu sudah dilaksanakan Pemeriksaan kesihatan termasuk ujian HIV pelajar baharu sudah dilaksanakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719390587_DrZambryAbdulKadi.jpg)
Pemeriksaan kesihatan termasuk ujian HIV pelajar baharu sudah dilaksanakan
Keperluan pemeriksaan kesihatan termasuk ujian HIV terhadap pelajar baharu untuk melanjutkan pengajian di universiti tempatan sudah dilaksanakan dan ia bukan sesuatu yang baharu.
![KPT peruntuk RM50,000 anjur aktiviti kesusasteraan KPT peruntuk RM50,000 anjur aktiviti kesusasteraan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720800056_TBZambry.jpg)
KPT peruntuk RM50,000 anjur aktiviti kesusasteraan
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memperuntuk RM50,000 bagi penganjuran aktiviti berkaitan kesusasteraan di peringkat institusi pengajian tinggi.
![Ibu mentua Menteri Pendidikan Tinggi meninggal dunia Ibu mentua Menteri Pendidikan Tinggi meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720196296_TBTakziah.jpg)
Ibu mentua Menteri Pendidikan Tinggi meninggal dunia
Ibu mertua kepada Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Sariyah Amir, 75, meninggal dunia petang tadi.
![PRK Sg Bakap: Gabungan gerak kerja BN-PH beri peluang cerah kepada Cikgu Joohari PRK Sg Bakap: Gabungan gerak kerja BN-PH beri peluang cerah kepada Cikgu Joohari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717849402_JOHORBAHRU.jpg)
PRK Sg Bakap: Gabungan gerak kerja BN-PH beri peluang cerah kepada Cikgu Joohari
Jentera BN-PH telah bergerak secara menyeluruh di kawasan DUN Sungai Bakap, untuk mendekati seramai mungkin pengundi bagi membantu kempen calon PH itu.
![Kerajaan pasti akan tunaikan penempatan matrikulasi, tidak perlu risau - Zambry Kerajaan pasti akan tunaikan penempatan matrikulasi, tidak perlu risau - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714903462_ZambryAbdulKadir.jpg)
Kerajaan pasti akan tunaikan penempatan matrikulasi, tidak perlu risau - Zambry
Kerajaan pasti akan menunaikan jaminan yang diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penempatan pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dalam program matrikulasi
![Kuota Bumiputera di Matrikulasi kekal, pelajar cemerlang SPM akan ditawar Asasi UA - Zambry Kuota Bumiputera di Matrikulasi kekal, pelajar cemerlang SPM akan ditawar Asasi UA - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719808655_ZambryKptMatriku.jpg)
Kuota Bumiputera di Matrikulasi kekal, pelajar cemerlang SPM akan ditawar Asasi UA - Zambry
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi jaminan kuota bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi adalah kekal.
![PRK Sungai Bakap: Rakyat boleh nilai retorik pembangkang - Zambry PRK Sungai Bakap: Rakyat boleh nilai retorik pembangkang - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719645635_DatukSeriDrZambry.jpg)
PRK Sungai Bakap: Rakyat boleh nilai retorik pembangkang - Zambry
Pengarah Pilihan Raya BN bagi PRK Sungai Bakap Datuk Seri Zambry Abd Kadir yakin rakyat semakin bijak menilai isu dibangkitkan pembangkang.
![Buka untuk bukan bumiputera? 'Dasar UiTM masih kekal' - Zambry Buka untuk bukan bumiputera? 'Dasar UiTM masih kekal' - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719377267_ZambryAbdulKadir.jpg)
Buka untuk bukan bumiputera? 'Dasar UiTM masih kekal' - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan dasar Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk kaum Melayu, Orang Asli dan anak negeri Sabah dan Sarawak masih dikekalkan.
![PRK Sungai Bakap: BN atur strategi menangkan calon Kerajaan Perpaduan - Zambry PRK Sungai Bakap: BN atur strategi menangkan calon Kerajaan Perpaduan - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718445835_ZambryAbdKadir.jpg)
PRK Sungai Bakap: BN atur strategi menangkan calon Kerajaan Perpaduan - Zambry
BN akan mengatur strategi bagi membantu calon Kerajaan Perpaduan merampas semula kerusi Sungai Bakap, pada PRK bulan depan.
![KPT perlukan usaha sama berterusan kerajaan negeri tingkat kualiti pendidikan tinggi KPT perlukan usaha sama berterusan kerajaan negeri tingkat kualiti pendidikan tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718031022_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT perlukan usaha sama berterusan kerajaan negeri tingkat kualiti pendidikan tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mempunyai perancangan jangka panjang dalam meningkatkan kualiti pendidikan tinggi negara dan memerlukan usaha sama berterusan pihak kerajaan negeri.