PUTRAJAYA: Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir akan mewakili Perdana Menteri untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara dan Kerajaan Kumpulan 77 dan China (G77+China) dari 15 hingga 16 Sept di Havana, Cuba.
Beliau dijangka menyampaikan Kenyataan Negara Malaysia semasa Perbahasan Umum yang antara lain akan mengetengahkan pemacu dan minat Malaysia dalam bidang Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), perubahan iklim, jurang digital, serta kerjasama Selatan-Selatan dalam sains, teknologi dan inovasi.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, sidang kemuncak bertemakan "Current Development Challenges: The Role of Science, Technology and Innovation" itu akan menjadi peluang bagi Malaysia untuk bertukar-tukar pandangan mengenai cabaran utama dan isu pembangunan teras di Selatan.
"Penyertaan Malaysia dalam Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara dan Kerajaan G77+China ini menunjukkan komitmennya terhadap kerjasama Selatan-Selatan, dalam usaha bersama untuk masa depan generasi akan datang yang mampan," menurut kenyataan itu.
Zambry juga dijangka mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya dari beberapa Negara Anggota G77+China.
G77+China ialah organisasi antara kerajaan terbesar dalam kalangan negara membangun di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menyediakan platform bagi negara-negara Selatan untuk menyuarakan, mempromosi dan memajukan kepentingan ekonomi secara kolektif serta kerjasama untuk pembangunan.
Malaysia adalah antara ahli pengasas kumpulan itu.
Semasa Sidang Kemuncak itu, dokumen bertajuk "Havana Declaration on Current Development Challenges: The Role of Science, Technology and Innovation" dijangka diterima pakai. - BERNAMA
Bernama
Fri Sep 15 2023
Datuk Seri Zambry Abdul Kadir akan mewakili Perdana Menteri untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara dan Kerajaan Kumpulan 77 dan China (G77China) dari 15 hingga 16 Sept di Havana, Cuba.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
KPT serah kepada polis siasat kes pelajar IPT ditahan bersama ganja
Zambry berkata pihak polis akan mengambil langkah mengikut undang-undang terhadap pelajar IPT berkenaan sekiranya dipercayai terlibat dalam jenayah itu.
Universiti perlu ekosistem seimbang sebagai penanda aras, bukan hanya ranking - Zambry
Setiap universiti perlu memastikan keseimbangan ekosistem secara keseluruhan sebagai penanda aras dan bukan hanya menjadikan pencapaian ranking (kedudukan) sebagai matlamat terpenting.
KPT teliti garis panduan untuk semak semula Akta 605
Kementerian Pendidikan Tinggi akan meneliti garis panduan untuk menyemak semula Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2020 (Akta 605).
Pengurniaan profesor diraja jadi pemangkin, inspirasi kepada ahli akademik - Zambry
Pengurniaan bersejarah gelaran profesor diraja kepada Pengasas ISTAC Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas akan menjadi pemangkin dan inspirasi kepada ahli akademik.
Kerajaan tak sokong tindakan kekang kebebasan bersuara ahli akademik - Zambry
Kebebasan bersuara golongan ahli akademik tetap akan dipertahankan selagi ia berasaskan kepada fakta yang tepat, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Sasaran 250,000 pelajar antarabangsa turut melibatkan IPTS - Zambry
Sasaran kemasukan kira-kira 250,000 pelajar antarabangsa tidak hanya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT) awam tetapi juga IPT swasta yang memenuhi piawaian.
12 resolusi MPSM akan dikemukakan kepada PM - Zambry
Sebanyak 12 resolusi yang dicadangkan oleh MPSM bagi menambah baik kualiti sistem pengajaran di sekolah akan dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dipertimbangkan.
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
Kementerian Pendidikan Tinggi minta IPT buat persediaan hadapi banjir
Beliau yakin IPT di kawasan sering terjejas banjir seperti di pantai timur mempunyai keupayaan terbaik untuk berbuat demikian.