Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau secara rapat aktiviti harian penceramah bebas, Dr Zakir Naik di negara ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata perkara itu bagi memastikan beliau bebas konflik serta tiada isu yang boleh menjejaskan ketenteraman awam serta keselamatan negara.
Malah tegasnya, PDRM juga tidak boleh melakukan proses ekstradisi ke atas penceramah bebas itu kerana tiada permohonan rasmi daripada kerajaan India.
"Untuk makluman, kita tiada menerima apa-apa permohonan ekstradisi secara rasmi. Macam mana kita mahu mengambil tindakan ekstradisi jika tiada permohonan dibuat.
"Apa yang PDRM lakukan sekarang adalah kita memantau secara rapat aktiviti harian beliau (Zakir). Kita pantau jika pergerakan beliau boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara," katanya.
Beliau berkata dalam sidang media selepas membuat lawatan kerja ke Unit Tindakan Khas (UTK) di Lapang Sasar, Bridged tengah Cheras di sini.
Mohamad Fuzi turut mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan rakyat baru-baru ini.
Dalam pada itu, beliau memberi jaminan PDRM akan mengambil tindakan ke atas penceramah bebas itu jika Zakir didapati mempunyai niat untuk mempromosikan aktiviti keganasan di negara ini.
Astro Awani
Sat Nov 11 2017

Mohamad Fuzi menegaskan PDRM memantau rapat aktiviti harian penceramah bebas itu. - Gambar fail
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Bersatu padu demi keselamatan, perpaduan rakyat Malaysia - PM Anwar
Perdana Menteri tegaskan bahawa kita tidak boleh memandang rendah terhadap pihak-pihak tertentu yang mengancam keselamatan dan perpaduan negara.

Ujian peluru berpandu antisatelit Rusia ancam keselamatan
Ujian peluru berpandu antisatelit Rusia ini menunjukkan pengabaian keselamatan, jaminan dan kelestarian ruang angkasa.

Liga Dunia Islam perkukuh kerjasama dengan Malaysia tangani ancaman terorisme
Al-Issa berkata kerjasama itu akan tertumpu kepada perkongsian kepakaran deradikalisasi dan memerangi ancaman pemikiran terorisme.

Huawei saman kerajaan Amerika Syarikat
Huawei menfailkan saman terhadap kerajaan Amerika Syarikat kerana didakwa menyekat perniagaannya untuk berkembang dalam pasaran global.

Penumpang ancam petugas kabin dengan pen, pesawat Air China terpaksa tukar haluan
Pesawat itu membuat pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Xinzheng Zhengzhou, di wilayah Henan, pada jam 9.58 pagi waktu tempatan.

Zakir Naik dipantau PDRM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat pemantauan rapat terhadap aktiviti harian penceramah bebas, Dr Zakir Naik di negara ini.