Ringkasan AI
- Zaidatul Husniah Zulkifli mencatat masa 11.49 saat dalam acara 100 meter di Kejohanan Olahraga Terbuka Perlis Cahya Mata, memecahkan rekod kebangsaan lama 11.50 saat yang dipegang oleh G Shanti sejak 1993.
- Atlet berusia 31 tahun ini mengukir sejarah tersendiri dengan pencapaian tersebut di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar.
- Zaidatul mengucapkan terima kasih kepada keluarganya yang hadir dan menyeru agar terus menyokong semua atlet.
Atlet berusia 31 tahun itu mencatat masa 11.49 saat (s) dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Perlis Cahya Mata di Stadium Tuanku Syed Putra.
Catatan masa tersebut sekali gus memadam rekod 11.50s milik bekas pelari pecut negara, G Shanti yang dilakukan di Kuala Lumpur pada 1993.
"Terima kasih kepada keluarga yang datang hari ini.
"Teruskan menyokong semua atlet. Terima kasih." katanya hiba. -Sinar Harian