KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah kepada keluarga kanak-kanak autism berusia enam tahun, Zayn Rayyan Abdul Matiin pada Khamis.
Menerusi hantaran di platform X, Ahmad Zahid berharap agar ahli keluarga ZaynRayyan tabah menghadapi ujian dan menerima ketentuan Ilahi.
“Semalam usai pulang daripada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO saya telah membaca perkhabaran duka tentang kanak-kanak autistik berusia enam tahun, anak syurga Zayn Rayyan Bin Abdul Matiin yang dilaporkan hilang sejak Selasa ditemukan dalam keadaan meninggal dunia di sebuah sungai, berhampiran lokasi hilang di Apartment Idaman, Damansara Damai.
“Difahamkan bahawa usaha pencarian telah dilakukan oleh pasukan polis, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Unit Anjing Pengesan (K9) dan penduduk setempat,” katanya.
Mayat mangsa Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan kediamannya pada jam 10 malam, Rabu.
Mayat ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencari mangsa.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, yang berada di lokasi kejadian turut mengesahkan penemuan mangsa.
Astro Awani
Thu Dec 07 2023
Ahmad Zahid berharap agar ahli keluarga Zayn tabah menghadapi ujian dan menerima ketentuan Ilahi.- FB Ahmad Zahid Hamidi
'Zhuhai Airshow' kembali menemui pencinta aeronautik
Pertunjukan penerbangan dan pameran aeroangkasa antarabangsa terbesar China kembali menemui peminat industri aeronautik yang membuka tirainya pada Selasa. Pertunjukan udara Zhuhai yang kembali bagi tahun ke-15 itu mempamerkan pelbagai jenis pesawat berteknologi tinggi yang dihasilkan oleh China dan pelbagai negara lain, termasuk aset ketenteraan.
Tumpuan Rabu – 13 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
China terus beri tekanan kepada Filipina
Isu laut China Selatan terus memuncak antara Filipina dengan China. Filipina mendakwa China tidak berhenti memberi tekanan untuk menyerahkan hak kedaulatannya di lautan itu.
10 Berita Pilihan - (12 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aktor Korea Selatan, Song Jae Rim, meninggal dunia
Punca kematian masih disiasat, namun polis memaklumkan tidak menemui sebarang unsur jenayah setakat ini.
New Zealand buat permohonan maaf
New Zealand menawarkan permohonan maaf kepada mangsa dan keluarga ratusan ribu orang muda dan golongan rentan yang mengalami penderaan fizikal dan seksual di institusi jagaan sejak 70 tahun lalu.
Israel bawa bencana alam sekitar di Gaza - Erdogan
Erdogan menuntut agar mereka yang bertanggungjawab dibicarakan di mahkamah antarabangsa dan diberi hukuman setimpal.
Anugerah usaha tegas cungkil bakat kesenian artis muda
Seni bukan hanya sekadar karya perhiasan semata-mata tetapi ia adalah simbol mengungkap banyak mesej tersirat dalam setiap coretan lukisan.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Siasatan kerugian pelaburan diguna tambah baik tatakelola
Dapatan audit dalaman dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), akan digunakan untuk menambah baik tatakelola Khazanah Nasional Bhd (Khazanah)
Pengamal media bantu bendung elemen negatif di media sosial - Fadillah
Pengamal media sebagai rakan komunikasi strategik kerajaan perlu bersama membantu membendung elemen negatif di media sosial termasuk buli siber dan menangkis berita palsu.
FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit.
Roblox akan mula halang kanak-kanak melepak dalam permainan mereka
Roblox menyatakan bahawa langkah-langkah keselamatan baharu ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk memastikan keselamatan pemain, terutamanya kanak-kanak.
Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka.
Fokus pendidikan kanak-kanak Gaza, bukan gantikan UNRWA - Lazzarini
Kanak-kanak di Gaza kehilangan tahun kedua pendidikan mereka akibat perang yang berterusan dengan Israel, dengan lebih 625,000 kanak-kanak kini hidup dalam keadaan trauma.
Lebih 50 kanak-kanak terbunuh di Jabalia, kakitangan UNICEF diserang
UNICEF menyeru Israel untuk menjalankan siasatan segera terhadap serangan ke atas kakitangannya dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.
WHO pindah 1,000 wanita, kanak-kanak dari Gaza ke Eropah untuk rawatan kecemasan
Langkah ini diambil berikutan keadaan kesihatan yang semakin meruncing di wilayah Palestin yang dilanda perang.
Warganegara: RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 lulus sokongan dua pertiga
RUU tersebut yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada Mac lalu, diluluskan dengan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen.
Lebih 400,000 kanak-kanak di Lubnan hilang tempat tinggal dalam tempoh tiga minggu - UNICEF
Keadaan di tempat perlindungan sangat sesak dan tidak mencukupi, dengan banyak kemudahan kesihatan tidak berfungsi, menyebabkan kesan besar kepada kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak.
Fasa kedua vaksinasi polio di Gaza bermula Isnin ini
Vaksin akan diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 10 tahun selama tiga hari, dengan kemungkinan dilanjutkan untuk tambahan satu hari lagi.
GISB: Ibu bapa perlu kemukakan dokumen sah pertalian dengan anak - Nancy
JKM bersedia menyerahkan kanak-kanak dikaitkan dengan GISB kepada ibu bapa masing-masing sekiranya penjaga mengemukakan dokumen pengesahan.