Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendedahkan kegiatan kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang meminta wang perlindungan daripada para kontraktor sehingga menyebabkan projek-projek pembinaan terbengkalai.
Katanya, kegiatan terancang kumpulan-kumpulan kongsi gelap ini dikesan bukan sahaja di bandar-bandar malah di pekan-pekan kecil dan sasaran mereka ialah kontraktor yang mengendalikan projek besar kerajaan dan swasta.
Menurut Zahid, daripada laporan yang beliau terima, satu dua kes tangkapan telah dibuat oleh pihak polis setelah menerima pengaduan daripada pihak kontraktor bahawa pejabat projek mereka dibakar manakala barang binaan dicuri kerana gagal membayar wang perlindungan.
“Ini (memeras wang) akan membunuh para kontraktor berkenaan ataupun jika wang perlindungan itu tidak dibayar atau dibayar sedikit daripada jumlah yang diminta, maka projek ini ditangguhkan menjadi projek terbengkalai.
“Saya ingin memberi jaminan mana-mana projek yang dijalankan oleh mana-mana kontraktor supaya membuat laporan dan memberikan maklumat kepada pihak kami serta pihak PDRM bagi tindakan segera dilakukan,” ujar beliau.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-38 Persatuan Kontraktor Melayu Negeri Perak di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh Pada Khamis.
Hadir sama Pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Perak, Datuk Wira Jamaludin Abd Rahim.
Menurut Ahmad Zahid, kegiatan kongsi gelap telah menjadi satu trend di seluruh negara dan kegiatan pasaran gelap itu tidak boleh diizinkan.
Sehubungan dengan itu beliau berharap para kontraktor tidak akan tunduk terhadap ugutan dan tekanan yang dibuat kumpulan kongsi gelap ini sebaliknya melaporkannya kepada pihak PDRM supaya tangkapan dapat dibuat terhadap mereka yang terbabit.
Katanya, walaupun tidak ada statistik jumlah sebenar terhadap kes wang tebusan ini tetapi pihak KDN mendapat tahu ada aduan dibuat oleh para kontraktor bahawa wang tebusan terpaksa dibayar kepada kongsi gelap.
Astro Awani
Thu Apr 16 2015
![Zahid dedah kegiatan kumpulan kongsi gelap peras wang perlindungan Zahid dedah kegiatan kumpulan kongsi gelap peras wang perlindungan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/71391526667_295x200.jpg)
ZAHID: Kegiatan kongsi gelap telah menjadi satu trend di seluruh negara dan kegiatan pasaran gelap itu tidak boleh diizinkan. - Gambar Fail
![Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705870474_WanAhmadFayhsalP.jpg)
Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkemungkinan bakal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
Chelsea siasat laungan perkauman Enzo terhadap Perancis
Kelab bola sepak Chelase pada Rabu mengumumkan prosedur tatatertib ke atas pemain tengah mereka, Enzo Fernandez, susulan dakwaan telah mengeluarkan laungan bersifat perkauman terhadap Colombia, selepas memenangi Piala Copa America 2024 bersama skuad Argentina.
Lebih daripada 60 kanak-kanak ditahan, dipukul, diseksa di El Salvador
Lebih 60 kanak-kanak di El Salvador ditahan, diseksa dan dipukul secara rambang semenjak kerajaan mengisytiharkan darurat lebih dua tahun lalu untuk membanteras amalan gangsterime.
Datuk Bandar Paris berenang, yakin sungai Seine bersih
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo berenang di Sungai Seine menjelang acara olimpik sebagai usaha menyakinkan orang ramai bahawa kualiti sungai tersebut cukup bersih dan bersedia untuk digunakan.
Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata beliau akan menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden jika doktor mendedahkan beliau mempunyai masalah kesihatan.
Wanita racun lima orang kemudian bunuh diri
Seorang wanita berusia 56 tahun dipercayai meracuni lima pelancong Vietnam dengan sianida yang dihidangkan dalam cawan kemudian meminum racun itu sendiri di sebuah hotel mewah di Bangkok, menurut polis pada Rabu.
Sarawak tarik pelaburan RM4.2 bilion
Sarawak berjaya menarik RM4.2 bilion dalam pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2024, bahagian penting dalam Agenda Pertumbuhan Negara berikutan pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
RUU Perubatan (Pindaan) 2024 diluluskan
Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 bertujuan menambah baik peruntukan untuk melaksanakan proses kelulusan dan kepakaran pengamal perubatan, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis
Seorang pekebun lelaki yang direman bagi membantu siasatan kes dua beradik maut akibat termakan keropok beracun minggu lalu, akan tamat pada Khamis dan tidak akan disambung semula.
![Lesen cetak al-Quran batal jika langgar APTQ Lesen cetak al-Quran batal jika langgar APTQ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721037284_WargaEmas.jpg)
Lesen cetak al-Quran batal jika langgar APTQ
Mana-mana pihak yang telah dibatalkan lesen tidak boleh memohon lesen baharu selama tempoh dua tahun dari tarikh dibatalkan.
![Guna teknologi AI perkukuh kawalan sempadan negara Guna teknologi AI perkukuh kawalan sempadan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Guna teknologi AI perkukuh kawalan sempadan negara
Cadangan itu adalah langkah strategik KDN bagi meningkatkan kawalan sempadan di Malaysia menggunakan teknologi terkini, selari dengan perkembangan semasa dunia.
![KDN bersedia keluarkan pasport untuk tempoh sah laku 10 tahun KDN bersedia keluarkan pasport untuk tempoh sah laku 10 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720790586_pejabatpasportLapa.jpg)
KDN bersedia keluarkan pasport untuk tempoh sah laku 10 tahun
Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersedia untuk mengeluarkan pasport bagi tempoh sah laku selama 10 tahun, kata Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
![KDN rampas penerbitan, alat permainan seks bernilai RM1.2 juta KDN rampas penerbitan, alat permainan seks bernilai RM1.2 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719992825_TBNikYusaimiYussof.jpg)
KDN rampas penerbitan, alat permainan seks bernilai RM1.2 juta
Sejumlah 19,924 hasil penerbitan dan alat permainan seks dirampas dalam Ops Cetak 1.0 yang dilaksanakan oleh KDN di seluruh negara.
![Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing diguna lebih enam tahun tanpa kontrak – PAC Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing diguna lebih enam tahun tanpa kontrak – PAC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719987501_TBMasErmieyati.jpg)
Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing diguna lebih enam tahun tanpa kontrak – PAC
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen mengenal pasti berlaku pertindihan fungsi antara agensi dalam membangunkan sistem pengurusan pekerja asing dan pembaziran wang awam.
![Peniaga didenda RM10,000 miliki bahan al-Quran tanpa kelulusan KDN Peniaga didenda RM10,000 miliki bahan al-Quran tanpa kelulusan KDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719896366_TBCourtHammer.jpg)
Peniaga didenda RM10,000 miliki bahan al-Quran tanpa kelulusan KDN
Seorang peniaga didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah memiliki bahan al-Quran yang tiada kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
![KDN bangunkan pelan induk kawalan keselamatan sempadan KDN bangunkan pelan induk kawalan keselamatan sempadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694084663_KDN.jpg)
KDN bangunkan pelan induk kawalan keselamatan sempadan
KDN sedang membangunkan Pelan Induk KDN Berhubung Kawalan Keselamatan Sempadan Negara dalam usaha mengukuhkan lagi keselamatan di sempadan.
![Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 dibentang pada sesi Parlimen ini Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 dibentang pada sesi Parlimen ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719406100_tbHariAntidadah.jpg)
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 dibentang pada sesi Parlimen ini
Pindaan terhadap akta sedia ada itu dibuat bagi memberi peluang kepada golongan penagih menawarkan diri untuk mendapatkan rawatan dan pemulihan secara sukarela.
![KDN beri keutamaan selesai permohonan kewarganegaraan anak tidak sah taraf, anak angkat KDN beri keutamaan selesai permohonan kewarganegaraan anak tidak sah taraf, anak angkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712213384_SaifuddinNasutionI.jpg)
KDN beri keutamaan selesai permohonan kewarganegaraan anak tidak sah taraf, anak angkat
Ia berikutan permohonan dua kategori tersebut adalah paling tinggi setakat ini.
![PRK DUN Sungai Bakap: KDN Jamin keselamatan pengundi, 600 polis dikerah bertugas PRK DUN Sungai Bakap: KDN Jamin keselamatan pengundi, 600 polis dikerah bertugas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718362085_SaifuddinNasution.jpg)
PRK DUN Sungai Bakap: KDN Jamin keselamatan pengundi, 600 polis dikerah bertugas
Semua pihak dinasihat supaya mematuhi undang undang agar sepanjang kempen tidak berlaku perkara yang boleh mencetus ketidaktenteraman awam.