Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan mengadakan perjumpaan dengan menteri besar dan ketua menteri bagi membincangkan mengenai masalah judi haram yang semakin berleluasa.
Katanya tindakan melawat negeri-negeri itu bagi mendapatkan sokongan terhadap usaha kementerian itu memerangi judi haram, antaranya dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak lagi mengeluarkan lesen pusat hiburan keluarga (PHK).
"Saya yakin mereka (menteri besar dan ketua menteri), termasuk yang dikuasai pembangkang, akan memberi sokongan kepada KDN (Kementerian Dalam Negeri) dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) untuk membanteras judi haram yang akhirnya akan merosakkan akhlak penduduk di negeri berkenaan.
"Masalah (judi haram) ini terlalu serius. Dan saya fikir Selangor yang paling 'hebat'," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama warga KDN Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini Ahad.
Hadir sama Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Mohamad Khalid Sharif, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid berkata pasukan petugas yang diwujudkan bagi menangani kegiatan judi haram itu akan mengadakan kerjasama dengan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) Jabatan Perdana Menteri selain Jabatan Peguam Negara, PBT, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
"Ini semua bagi membanteras judi haram termasuk penyitaan premis perjudian, aset perjudian, perkakasan perjudian dan harta benda dipunyai oleh mereka yang menjalankan kegiatan perjudian haram," katanya.
Beliau berkata ada undang-undang berkaitan yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat tetapi beberapa pindaan tambahan diperlukan untuk memperkuatkan pelaksanaan pencegahan dan pembanterasan.
"KDN amat mengalu-alukan usaha Jabatan Peguam Negara untuk membantu membentangkan pindaan itu. Kita harap akan dapat dilakukan dalam sidang Parlimen pada Oktober depan," katanya.
Beliau berkata iltizam politik dan komitmen kerajaan amat jelas dalam membendung serta membanteras kegiatan judi haram dan beberapa mesyuarat penyelarasan antara agensi persekutuan yang terlibat telah diadakan dan akan diperluaskan di peringkat negeri.
"Ada yang mencadangkan supaya KPI (petunjuk prestasi utama) ditekankan bagi menentukan penguatkuasaan ini dilaksanakan. KPI ini adalah prestasi yang akan diukur bukan hanya untuk KDN dan PDRM tetapi juga mengukur pencapaian semua agensi pusat dan negeri apabila pelaksanaan penuh dilakukan kelak," katanya.
Bernama
Sun Jul 06 2014
ZAHID: Tindakan melawat negeri-negeri itu bagi mendapatkan sokongan terhadap usaha kementerian itu memerangi judi haram
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Nelayan jatuh laut ditemui lemas di Pulau Ketam
Seorang nelayan berusia 59 tahun ditemukan lemas di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam, semalam.
Kepimpinan MADANI bentuk era baharu pembangunan, ekonomi inklusif - KSN
Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial.
Polis Jasin potong bekalan elektrik di lima premis judi haram
Lima premis yang menjalankan kegiatan perjudian dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan TNB.
Melaka tubuh pasukan khas bendung aktiviti judi haram - KM
Kerajaan Melaka akan menubuhkan pasukan petugas khas bagi membendung aktiviti judi haram di Melaka termasuk penguatkuasaan bersepadu.
Tujuh individu didakwa miliki kereta mewah hasil kegiatan judi haram
Mengikut kertas pertuduhan, Chung Chee Yang dan isterinya telah menggunakan sebuah premis sebagai operator mesin judi.
Polis Perak sedia minta JIPS siasat dakwaan salah laku Ketua Polis Daerah Manjung
Siasatan itu perlu bagi mengenal pasti kesahihan maklumat yang ditularkan.
Tiga direman bantu siasatan rasuah penguat kuasa lindungi judi haram
Semua suspek berumur antara 23 hingga 57 tahun itu ditahan 11 pagi semalam di sebuah premis di Bandar Tawau.
34 ditahan terlibat judi lumba kuda di kedai makan
Polis menahan 33 individu termasuk seorang penganjur kerana disyaki terlibat dengan perjudian lumba kuda haram dalam satu serbuan di sebuah restoran di kawasan Sungai Buloh, pada Sabtu.
Remaja 17 tahun antara 30 individu dicekup terlibat judi haram
Remaja berusia 17 tahun antara 30 orang ditahan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1958 kerana terlibat aktiviti perjudian haram.
Ketua Polis KL tekad banteras judi haram dalam 30 hari
Mazlan berkata tempoh berkenaan diberi kepada setiap ketua polis daerah supaya mereka serius dan benar-benar fokus dalam menangani kegiatan perjudian di kawasan masing-masing.
Wujudkan aplikasi banteras premis judi, aktiviti haram - PPIM
Pengarah Unit Tindakan Khas (UTK) PPIM, Muhammad Yusuf Azmi berkata aplikasi itu akan menjadi platform bersepadu yang memudahkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.
Polis tahan 24 individu terlibat judi nombor ekor tidak berlesen
Polis menahan 24 orang termasuk dua wanita dalam 23 serbuan terhadap premis yang menjalankan judi nombor ekor tidak berlesen di sekitar Johor semalam.