MELAKA: Kerajaan Melaka akan menubuhkan pasukan petugas khas bagi membendung aktiviti judi haram di Melaka termasuk penguatkuasaan bersepadu serta menjalankan kempen mengekang judi haram secara besar-besaran, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka diberitahu hari ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata jawatankuasa pasukan khas yang akan dipengerusikan Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi negeri itu akan diurusetiakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melibatkan antaranya Polis Diraja Malaysia, pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Pendidikan.
"Kerajaan negeri melalui Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 12 Feb lepas telah bersetuju agar satu kempen besar-besaran digerakkan dan satu pasukan petugas ditubuhkan bagi mengawal dan membendung aktiviti judi dalam talian di Melaka.
"Kita akan membuat penyelarasan lanjut penubuhan pasukan petugas itu pada kadar segera bagi memperinci dan memuktamadkan bidang tugas dan tanggungjawab termasuk tindakan bersesuaian yang akan diambil," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Rosli Abdullah (BN-Kuala Linggi) mengenai aktiviti judi siber yang berleluasa di Melaka dan Dewan Undangan (DUN) Kuala Linggi pada persidangan DUN ke-15 di Kompleks Seri Negeri di sini.
Sulaiman berkata selain itu, laporan kempen dan penguatkuasaan membendung judi haram di negeri itu akan dibentangkan jawatankuasa tersebut sebulan sekali bagi mengkaji keberkesanan pelaksanaan serta menambah baik tindakan sedia ada agar aktiviti itu dapat diperangi secara menyeluruh.
Beliau berkata dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat bermula di peringkat akar umbi, kempen akan dilaksanakan di 238 sekolah rendah, sekolah menengah (78) dan 45 institusi pengajian tinggi.
"PDRM juga akan membuka semula bilik gerakan khas 24 jam bagi membolehkan masyarakat menyalurkan aduan atau maklumat berkaitan aktiviti judi haram secara fizikal serta secara dalam talian agar tindakan segera dapat diambil.
Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 501 serbuan, tangkapan (513 orang), rampasan pelbagai peralatan komputer dan telefon bimbit (516 buah) serta rampasan wang berjumlah RM107,614 telah dilakukan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dalam usaha melumpuhkan kegiatan judi haram di negeri itu sepanjang tahun lepas.
Katanya selain itu, Tenaga Nasional Berhad turut mengambil tindakan ke atas 111 premis yang dikesan terlibat dalam akviti judi haram dengan melakukan pemotongan bekalan elektrik di premis terlibat.
"Antara punca individu terlibat dalam judi haram ialah tiada pekerjaan, menganggap aktiviti perjudian sebagai platform mudah menjana kewangan, terpedaya dengan tawaran hadiah lumayan yang diiklankan, terpengaruh dengan rakan sebaya dan aplikasi atau laman sesawang berkaitan judi mudah dimuat turun dan diakses," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 14 2023

Sulaiman berkata, jawatankuasa pasukan khas yang akan dipengerusikan Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi negeri itu akan diurusetiakan MCMC melibatkan antaranya PDRM, PBT dan Jabatan Pendidikan. - Fail/BERNAMA
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Polis Jasin potong bekalan elektrik di lima premis judi haram
Lima premis yang menjalankan kegiatan perjudian dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan TNB.

Melaka tubuh pasukan khas bendung aktiviti judi haram - KM
Kerajaan Melaka akan menubuhkan pasukan petugas khas bagi membendung aktiviti judi haram di Melaka termasuk penguatkuasaan bersepadu.

Tujuh individu didakwa miliki kereta mewah hasil kegiatan judi haram
Mengikut kertas pertuduhan, Chung Chee Yang dan isterinya telah menggunakan sebuah premis sebagai operator mesin judi.

Polis Perak sedia minta JIPS siasat dakwaan salah laku Ketua Polis Daerah Manjung
Siasatan itu perlu bagi mengenal pasti kesahihan maklumat yang ditularkan.

Tiga direman bantu siasatan rasuah penguat kuasa lindungi judi haram
Semua suspek berumur antara 23 hingga 57 tahun itu ditahan 11 pagi semalam di sebuah premis di Bandar Tawau.

34 ditahan terlibat judi lumba kuda di kedai makan
Polis menahan 33 individu termasuk seorang penganjur kerana disyaki terlibat dengan perjudian lumba kuda haram dalam satu serbuan di sebuah restoran di kawasan Sungai Buloh, pada Sabtu.

Remaja 17 tahun antara 30 individu dicekup terlibat judi haram
Remaja berusia 17 tahun antara 30 orang ditahan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1958 kerana terlibat aktiviti perjudian haram.

Ketua Polis KL tekad banteras judi haram dalam 30 hari
Mazlan berkata tempoh berkenaan diberi kepada setiap ketua polis daerah supaya mereka serius dan benar-benar fokus dalam menangani kegiatan perjudian di kawasan masing-masing.

Wujudkan aplikasi banteras premis judi, aktiviti haram - PPIM
Pengarah Unit Tindakan Khas (UTK) PPIM, Muhammad Yusuf Azmi berkata aplikasi itu akan menjadi platform bersepadu yang memudahkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.

Polis tahan 24 individu terlibat judi nombor ekor tidak berlesen
Polis menahan 24 orang termasuk dua wanita dalam 23 serbuan terhadap premis yang menjalankan judi nombor ekor tidak berlesen di sekitar Johor semalam.