Kementerian Pendidikan akan membincangkan isu kenaikan yuran pengajian dengan Universiti Malaya (UM), kata Menterinya Dr Maszlee Malik.
Beliau berkata pihaknya telah berhubung dengan universiti itu bagi mengadakan perbincangan lanjut mengenai isu berkenaan.
"Saya maklum perkara itu dan sedang berhubung dengan UM. Cuma beberapa perkara berkaitan dengan universiti awam, mereka mempunyai autonomi berkaitan yuran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Keselamatan Kanak-Kanak Sahabat Bijak Selamat dan Lindung bersempena Hari Kanak-Kanak Sedunia 2018 di Dewan Bahasa dan Pustaka, hari ini.
Sekumpulan pelajar UM sebelum ini mendakwa kenaikan yuran pengajian itu dilakukan tanpa sebarang notis pemberitahuan awal atau surat pekeliling.
Terdahulu, dalam ucapan perasmian program tersebut, Maszlee berkata kementerian akan melaksanakan beberapa penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara menjelang tahun depan.
Katanya ini termasuk memastikan setiap bangunan sekolah yang dibina mempunyai Sijil Layak Menduduki (CF) serta Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) bagi menjamin keselamatan pelajar.
Beliau juga berkata kementerian akan memperkenalkan sukan renang dalam aktiviti kokurikulum sedia ada bermula di sekolah-sekolah yang terletak berdekatan dengan kemudahan kolam renang awam.
Menurutnya Kementerian Pendidikan juga kini lebih komited dalam usaha memastikan pelajar tidak dibebani masalah beg berat.
"Pegawai kementerian akan melakukan kajian supaya bermula tahun depan kita akan ringankan beg sekolah anak-anak semua. Kita tak mahu anak-anak jadi macam pramugari heret beg berat," katanya, menambah bahan-bahan pendidikan di media sosial turut akan diperbanyak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 20 2018
![Yuran pengajian naik, Maszlee akan bincang dengan Universiti Malaya Yuran pengajian naik, Maszlee akan bincang dengan Universiti Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/61496897456_UniversitiMalaya.jpg)
Menurut Maszlee, beliau maklum perkara itu dan sedang berhubung dengan UM. - Gambar fail
![Tercekik biji rambutan, warga emas maut sesak nafas Tercekik biji rambutan, warga emas maut sesak nafas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692702721_Rambutan.jpg)
Tercekik biji rambutan, warga emas maut sesak nafas
Kira-kira jam 8.30 malam, pihak polis dimaklumkan berkaitan kematian seorang wanita berusia 72 tahun di Klinik Kesihatan Lawin.
![Sektor pembuatan Malaysia dijangka kekal berkembang Sektor pembuatan Malaysia dijangka kekal berkembang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721029437_KualaLumpur.jpg)
Sektor pembuatan Malaysia dijangka kekal berkembang
Terdapat jangkaan pemulihan dalam eksport, dengan subsektor berkaitan teknologi mungkin dapat manfaat daripada kitaran mengembang teknologi.
Olimpik: Misi tersendiri atlet Palestin
Vallerie Tarazi menegaskan matlamat utamanya adalah mewakili jutaan rakyat Palestin yang tidak dapat bersuara.
Ikan paus jarang ditemui terdampar di New Zealand
Ia dipercayai ikan paus yang dikenali dengan nama spade-toothed whale.
Parti pimpinan Imran Khan diharamkan di Pakistan
Tehreek E-Insaf (PTI) iaitu parti yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri Pakistan yang dipenjara, Imran Khan diharamkan oleh kerajaan negara itu. Keputusan itu seperti yang dinyatakan oleh Menteri Komunikasi dan Maklumat, Ataullah Tarar pada isnin.
KP Sharma Oli angkat sumpah sebagai PM Nepal
Khadga Prasad Sharma Oli, pengerusi Parti Komunis Nepal (Unified Marxist Leninist) (CPN-UML), mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Nepal yang baharu pada Isnin. Beliau yang berusia 72 tahun melaksanakan ikrar di hadapan Presiden Ram Chandra Poudel, sekali gus menjadikan beliau empat kali memegang jawatan itu sepanjang penglibatannya dalam politik Nepal.
Keputusan Speaker: Kuasa speaker tidak diperjelas - Penganalisis
Kelompangan yang sangat jelas ketika ini ialah akta tersebut tidak menjelaskan dengan jelas bahawa kuasa speaker adalah secara pentadbiran sahaja dan bukan bertindak sebagai hakim.
![Pembersihan runtuhan di Gaza akibat serangan Israel makan masa 15 tahun - Agensi PBB Pembersihan runtuhan di Gaza akibat serangan Israel makan masa 15 tahun - Agensi PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713584546_KhanYounis.jpg)
Pembersihan runtuhan di Gaza akibat serangan Israel makan masa 15 tahun - Agensi PBB
UNRWA berkata pemindahan sisa perang di Gaza akan memerlukan lebih daripada 100 lori dan kos melebihi AS$500 juta.
Keputusan Speaker: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis
Parlimen perlu dipertanggungjawabkan kerana menggubal satu undang-undang yang lompang dan lemah untuk dicabar mana-mana pihak.
Pameran WIPO promosi industri kreatif dan produk harta intelek ASEAN
Malaysia amat komited untuk terus mengembangkan potensi harta intelek sebagai pemangkin dan enjin utama pertumbuhan negara.
![Nasihat Perdana Menteri perlu dilihat dalam konteks positif - Fadhlina Nasihat Perdana Menteri perlu dilihat dalam konteks positif - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718869778_tbFadhlinaSidek.jpg)
Nasihat Perdana Menteri perlu dilihat dalam konteks positif - Fadhlina
Warga pendidik perlu melihat nasihat daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan displin dan prestasi perkhidmatan mereka dalam konteks positif, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
![Murid Bumiputera di SJKC meningkat hampir sekali ganda dalam tempoh 10 tahun - KPM Murid Bumiputera di SJKC meningkat hampir sekali ganda dalam tempoh 10 tahun - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720678891_SJKC.jpg)
Murid Bumiputera di SJKC meningkat hampir sekali ganda dalam tempoh 10 tahun - KPM
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) menyaksikan peningkatan kemasukan murid Bumiputera hampir sekali ganda dalam tempoh 10 tahun.
![Pendidikan Islam: Daurah Hadis 40 Imam Nawawi pupuk kefahaman guru Pendidikan Islam: Daurah Hadis 40 Imam Nawawi pupuk kefahaman guru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720012916_TBHadis.jpg)
Pendidikan Islam: Daurah Hadis 40 Imam Nawawi pupuk kefahaman guru
Daurah Hadis 40 Imam Nawawi diharap dapat meningkatkan kefahaman guru pendidikan Islam berkaitan Hadis 40 Imam Nawawi.
![Gejala buli di sekolah: KPM pastikan tiada kes 'disembunyikan' - Fadhlina Gejala buli di sekolah: KPM pastikan tiada kes 'disembunyikan' - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61706959508_FadhlinaSidek.jpg)
Gejala buli di sekolah: KPM pastikan tiada kes 'disembunyikan' - Fadhlina
Kementerian Pendidikan akan memastikan agar tiada lagi kes yang disifatkan sebagai sweep under the carpet' atau disembunyikan, berkaitan gejala buli di sekolah.
![Rayuan dibuka, KPM dan KPT selaras penempatan matrikulasi pelajar cemerlang - Fadhlina Rayuan dibuka, KPM dan KPT selaras penempatan matrikulasi pelajar cemerlang - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718869778_tbFadhlinaSidek.jpg)
Rayuan dibuka, KPM dan KPT selaras penempatan matrikulasi pelajar cemerlang - Fadhlina
KPM akan bergerak secara agresif bersama KPT bagi menyelaraskan dengan segera, sekali gus memastikan penempatan semua pelajar cemerlang lepasan SPM dalam program Matrikulasi.
![Pelajar cemerlang SPM dijamin tempat matrikulasi atau program KPT - KPM Pelajar cemerlang SPM dijamin tempat matrikulasi atau program KPT - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719822702_Pelajar.jpg)
Pelajar cemerlang SPM dijamin tempat matrikulasi atau program KPT - KPM
KPM berkata tawaran tempat dan jurusan adalah bergantung kepada kelayakan calon dan kekosongan Program Matrikulasi KPM.
![Malaysia sedia jadi tuan rumah AUG 2026 - Mustapha Malaysia sedia jadi tuan rumah AUG 2026 - Mustapha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714789632_AnwarIbrahim.jpg)
Malaysia sedia jadi tuan rumah AUG 2026 - Mustapha
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersedia untuk menjadi tuan rumah bagi penganjuran temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2026, kata Timbalan Menterinya Datuk Mustapha Sakmud.
![Orang ramai disaran beri cadangan pelan pembangunan pendidikan baharu Orang ramai disaran beri cadangan pelan pembangunan pendidikan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709518609_kementerianpendidik.jpg)
Orang ramai disaran beri cadangan pelan pembangunan pendidikan baharu
Pelan baharu itu bertujuan mengantikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang hampir sampai ke penghujung pelaksanaannya.
![Keputusan permohonan ke IPTA, KK, ILKA bagi lepasan SPM diumum 28 Jun Keputusan permohonan ke IPTA, KK, ILKA bagi lepasan SPM diumum 28 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-03/51521104208_KeputusanSPM.jpg)
Keputusan permohonan ke IPTA, KK, ILKA bagi lepasan SPM diumum 28 Jun
Keputusan boleh disemak mulai 28 Jun 2024, jam 12 tengah hari hingga 7 Julai 2024, jam 5 petang melalui platform yang disediakan.
![Isu kekurangan profesional autisme akan diusulkan ke Kementerian Pendidikan - Nancy Isu kekurangan profesional autisme akan diusulkan ke Kementerian Pendidikan - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718444640_NancyShukri.jpg)
Isu kekurangan profesional autisme akan diusulkan ke Kementerian Pendidikan - Nancy
Isu kekurangan ahli profesional bertauliah dalam mengendalikan program untuk individu berkeperluan khas, khususnya autisme, akan diusulkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.