YU CAI FOUNDATION akan melancarkan satu kutipan derma untuk menaja biasiswa pelajar sekolah menengah. Sumbangan RM50 daripada anda akan dapat membantu membiayai kos pelajaran seorang pelajar daripada keluarga B40.

Objektif Yu Cai Foundation adalah untuk memajukan, memartabatkan dan memberi manfaat kepada masyarakat Malaysia serta menggalakkan pembelajaran bahasa vernakular di Malaysia.

Sejak penubuhannya pada tahun 2015, Yu Cai Foundation telah menaja seramai 580 pelajar, 650 guru, 95 sekolah dan komuniti dengan biasiswa bernilai hampir RM20 juta.

Semua dana yang dikumpul melalui kutipan derma ini akan disalurkan untuk menaja kos pendidikan pelajar sekolah menengah daripada keluarga B40.

Sumbangan ikhlas anda amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Selamat menyambut Tahun Baru Cina 2023 dan semoga sihat selalu

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.ycf.org.my/ Untuk resit rasmi potongan cukai, sila isi maklumat anda di: https://www.ycf.org.my/en-us/donate