Ringkasan AI
- YTL AI Labs memperkenalkan model bahasa raya (LLM) mereka, Ilmu 0.1, yang telah melepasi ujian PT3 dan SPM dalam bahasa Melayu.
- Akses awam untuk Ilmu 0.1 masih belum diterbitkan, tetapi YTL bersama Universiti Malaya telah membangunkan penanda aras MMLU untuk menguji model bahasa Malaysia.
- Ilmu 0.1 dijangka menyokong pelbagai industri seperti kewangan, pendidikan, dan perkhidmatan awam.
Ketika artikel ini ditulis, akses awam untuk Ilmu 0.1 masih belum diterbitkan.
Namun, YTL bersama-sama Universiti Malaya telah bangunkan kaedah penanda aras untuk model berbahasa Malaysia, dinamakan MMLU, dan boleh diakses melalui Github – dalam usaha untuk menguji model bahasa raya berbahasa Malaysia, dan melihat prestasinya.
Melalui laman rasmi, Ilmu 0.1 turut dikatakan telah melepasi ujian PT3 dan juga SPM dalam bahasa Melayu.
Model ini juga dikatakan akan membolehkan sokongan lebih meluas untuk pelbagai industri, termasuk kewangan, pendidikan, perkhidmatan awam dan sebagainya.
Dengan perkembangan sihat ini, sama-sama kita nantikan apakah seterusnya untuk model bahasa raya Ilmu, dan apa lagi produk yang bakal ditawarkan di bawah YTL AI Labs. -Amanz