KUALA LUMPUR: Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) bercadang menubuhkan sebuah sekolah Islam antarabangsa pertama di negeri tersebut dengan berpandukan konsep sama seperti The International Modern Arabic School (IMAS) di Putrajaya.
Pengurus Besarnya, Mohd Fitri Ibrahim berkata, kerajaan negeri telah memberi sebidang tanah di Sungai Ara untuk dibangunkan institusi pendidikan yang akan merangkumi Sekolah Islam Antarabangsa dan pusat perniagaan berkaitan pendidikan.
Tambah beliau, dengan termeterainya memorandum persefahaman antara YIPP dan IMAS, ia akan membolehkan usaha pembangunan dimulakan selepas ini.
“Sekolah Islam Antarabangsa merupakan sekolah yang mengaplikasikan silibus International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) yang merupakan kelayakan yang diiktiraf oleh United Kingdom.
“Uniknya pengajian akan ditawarkan Sekolah Islam Antarabangsa di Pulau Pinang ini adalah gabungan sukatan pelajaran yang bertaraf antarabangsa dan pendidikan Islam yang merangkumi al-Quran dan pengajian Syariah Islamiyah.
“Bahasa utama yang akan digunakan adalah Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Untuk pengetahuan, IGCSE dibangunkan oleh Universiti Cambridge kini telah digunakan seluruh dunia,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
BACA: YIPP gerakkan usaha pastikan pelajar tahfiz duduki peperiksaan SPM
Tambah beliau, Pulau Pinang telah menarik minat pelbagai operator sekolah antarabangsa dan sehingga kini dianggarkan lebih daripada 10 buah sekolah antarabangsa beroperasi di negeri berkenaan.
Jelasnya, situasi itu menunjukan potensi besar dalam bidang pendidikan bertaraf antarabangsa di Pulau Pinang dan YIPP melihat perkembangan itu merupakan peluang dan potensi yang sangat baik untuk diteroka.
“YIPP percaya dan yakin usaha itu tidak terhad kepada penduduk Pulau Pinang malah menjangkau penduduk utara tanah air dan luar negara untuk mengikuti pengalaman pendidikan Islam bertaraf antarabangsa dengan silibus diiktiraf dunia,” ujarnya.
Media pada Selasa melaporkan YIPP menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Yayasan Alnoor yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Waleed Almuallimi.
Majlis menandatangani MoU itu disaksikan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Pengerusi YIPP, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman.
Menerusi kerjasama itu, kedua-dua pihak bertukar kepakaran dalam bidang pendidikan dan pembelajaran terutamanya dalam pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
Astro Awani
Wed Aug 10 2022

Mohd Fitri (dua dari kanan)percaya dengan termeterainya memorandum persefahaman antara YIPP dan IMAS, ia akan membolehkan usaha pembangunan dimulakan selepas ini. - Foto Yayasan Islam Pulau Pinang

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

YIPP bakal bangunkan Sekolah Islam Antarabangsa pertama di Pulau Pinang
Kerajaan negeri telah memberi sebidang tanah di Sungai Ara untuk dibangunkan institusi pendidikan yang akan merangkumi sekolah Islam Antarabangsa dan pusat perniagaan berkaitan pendidikan.