MARAN: "Yea laik yok vaksin!" Kata Kasemai Siput selepas menerima suntikan vaksin dos pertama bersama empat adiknya di Dewan Orang Ramai Kampung Paya Besar di sini menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan hari ini.
Menurut Kasemai, 68, 'yea laik yok' merupakan dialek atau loghat masyarakat Orang Asli yang sering digunakan suku kaum Semelai yang membawa maksud 'saya sudah ambil'.
Katanya, meskipun tinggal di rumah berlainan, beliau bersama adiknya Ongcong, 55; Mariana, 46; Norhayati, 41; dan Fahizul, 40, dapat 'berkumpul' di pusat pemberian vaksin (PPV) berkenaan pagi tadi bagi mendapatkan suntikan vaksin jenis Sinovac.
"Pada mulanya saya agak gementar kerana tengok di televisyen jarum nampak besar tapi bila datang sini kecil saja jarum yang digunakan. Saya akui mula-mula bimbang kerana menghidap penyakit tiga serangkai, tetapi pihak kesihatan menasihati untuk membawa kad rekod perubatan bagi disemak ketika hadir mengambil vaksin, mujur saya layak untuk terima suntikan," katanya kepada Bernama.
Perasaan gembira menerima suntikan vaksin bersama ahli keluarga turut dikongsi Norhayati yang menganggap mengambil vaksin adalah tanggungjawabnya untuk memutuskan rantaian COVID-19 dan beliau juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar semasa proses pemberian vaksin untuk memberi semangat kepada rakan dan saudara-mara.
"Saya ambil gambar untuk sebarkan dalam kumpulan WhatsApp, bagi kesedaran dan semangat kepada mereka, kerana banyak berita yang tidak betul dalam media sosial telah mempengaruhi mereka," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Maran Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata kira-kira 1,300 Orang Asli di kawasan Parlimen itu telah disenaraikan untuk divaksinasi secara berperingkat dan peringkat pertama bermula hari ini.
Ismail yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata lebih 60 masyarakat Orang Asli dijadualkan menerima vaksin hari ini dan mereka telah memberikan respons positif sejurus menerima suntikan.
"Kita ambil pendekatan untuk turun padang kerana dengan cara ini mereka tidak perlu fikir soal pengangkutan dan sebagainya, ia lebih mudah kerana mereka tidak perlu keluar dengan jarak yang jauh. Saya juga difahamkan bekalan vaksin terhad dan saya akan menulis surat memohon tambahan vaksin diberikan di kawasan Parlimen ini agar lebih ramai dapat divaksin," katanya.
Sementara itu di Port Dickson, Negeri Sembilan, penduduk kampung Orang Asli Bukit Kepong berterima kasih kepada pasukan petugas kesihatan yang sanggup menempuh perjalanan jauh semata-mata mahu memberikan suntikan vaksin di Balai Adat perkampungan itu.
Program pemberian vaksin bergerak itu merupakan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Negeri Sembilan dan Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Port Dickson untuk memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada 90 penduduk di situ.
Bubot Tahat, 84, yang ditemani cucu, Suzaina Kamil, 34, berkata kehadiran petugas kesihatan ke kampungnya itu dapat memberikan keyakinan serta galakan kepada penduduk kampung lain yang masih ragu-ragu untuk menerima vaksin.
"Terima kasih datang dari jauh ke kampung ini, mak cik tidak rasa sakit sangat, macam kena gigit semut sahaja," katanya sambil memberikan isyarat 'bagus' selepas menerima vaksin di Balai Adat.
Bagi Suzaina yang turut menerima vaksin memuji semangat 'gendoi' yang bermaksud nenek kerana secara sukarela hadir untuk disuntik tanpa paksaan daripada ahli keluarga.
Guru tadika, Norleela Mohd Kasim, 33, berkata pada permulaan ahli keluarganya tidak mahu menerima suntikan vaksin namun setelah beliau menjelaskan kebaikan dan kepentingan vaksin mereka mengubah fikiran dan bersetuju mendapatkan suntikan.
Ketua Kampung Orang Asli (Tok Batin) Omar Goming, 64, berkata penduduknya tidak perlu bersusah payah keluar untuk menerima suntikan dan mereka juga boleh mendapat maklumat yang tepat mengenai vaksin daripada petugas kesihatan menerusi program pemberian vaksin bergerak itu.
Sementara itu, Pengarah Jakoa Negeri Sembilan dan Melaka Shahrani Idderis berkata secara keseluruhan seramai 8,167 Orang Asli melibatkan 69 kampung di negeri itu layak menerima vaksin.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 16 2021
![Yea laik yok vaksin! Kata masyarakat Orang Asli Kampung Paya Besar Yea laik yok vaksin! Kata masyarakat Orang Asli Kampung Paya Besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81623836824_kampungpaya.jpg)
'Yea laik yok' merupakan dialek atau loghat masyarakat Orang Asli yang sering digunakan suku kaum Semelai yang membawa maksud 'saya sudah ambil'. - BERNAMA
![Keluarga Muhammad Nidza Afham reda, serah hal siasatan kepada polis Keluarga Muhammad Nidza Afham reda, serah hal siasatan kepada polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723731965_Afham.jpg)
Keluarga Muhammad Nidza Afham reda, serah hal siasatan kepada polis
Keluarga Muhammad Nidza Afham Mokhtar menyerahkan sepenuhnya urusan siasatan kematian Allahyarham kepada pihak berkuasa.
AWANI 7:45 [15/08/2024] – Nidza Afham selamat dikebumikan | Pembunuhan kejam | Sangkal dakwaan pengguna X | Srettha dilucut jawatan PM
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi langsung dari Johor Bahru;
- Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah, punca masih tunggu siasatan makmal
- Pemain bola bawa kerambit masa gaduh rupa-rupanya senarai 'wanted' polis
- Produk Malaysia mendunia, kerajaan sasar tembusi pasaran antarabangsa
- Lebih 24 jam terkandas di Jeddah, jemaah umrah tuntut penjelasan Malaysia Airlines
- Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah, punca masih tunggu siasatan makmal
- Pemain bola bawa kerambit masa gaduh rupa-rupanya senarai 'wanted' polis
- Produk Malaysia mendunia, kerajaan sasar tembusi pasaran antarabangsa
- Lebih 24 jam terkandas di Jeddah, jemaah umrah tuntut penjelasan Malaysia Airlines
AWANI Ringkas: Jenazah ibu MB Kedah selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jenazah Nidza Afham selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Pemecatan Srettha sebagai PM Thailand mengejutkan - Pemerhati politik Pemecatan Srettha sebagai PM Thailand mengejutkan - Pemerhati politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723628910_TBSretthaThavisin.jpg)
Pemecatan Srettha sebagai PM Thailand mengejutkan - Pemerhati politik
Pertempuran antara ideologi parti rakyat dan parti-parti gabungan semasa akan menjadi semakin sengit.
![MCMC bakal lancar Kempen Kesedaran Keselamatan Dalam Talian - Teo MCMC bakal lancar Kempen Kesedaran Keselamatan Dalam Talian - Teo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719727105_TeoNieChing.jpg)
MCMC bakal lancar Kempen Kesedaran Keselamatan Dalam Talian - Teo
Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bakal melancarkan Kempen Kesedaran Keselamatan Dalam Talian yang komprehensif dalam masa terdekat.
![Nenggiri miliki potensi jadi destinasi ekopelancongan Nenggiri miliki potensi jadi destinasi ekopelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723703023_DunNenggiriekope.jpg)
Nenggiri miliki potensi jadi destinasi ekopelancongan
Pemandangan suasana pergunungan dalam kawasan Nenggiri yang dihiasi landskap menarik sering mengundang kunjungan pelawat untuk menikmati keindahannya, kata Malim Gunung Mohamad Saifful Rizal Jusoh.
![Pemenang emas Olimpik Indonesia Rizki Juniansyah ditawar kerja kerajaan Pemenang emas Olimpik Indonesia Rizki Juniansyah ditawar kerja kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723726414_TBRizkiJuniansyah.jpg)
Pemenang emas Olimpik Indonesia Rizki Juniansyah ditawar kerja kerajaan
Rizki Juniansyah, yang memenangi pingat emas dalam acara angkat berat 73kg lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024 telah menerima tawaran pekerjaan daripada Kementerian Belia dan Sukan Indonesia.
![Rusia kosongkan lebih banyak kawasan di Kursk berikutan pencerobohan Ukraine Rusia kosongkan lebih banyak kawasan di Kursk berikutan pencerobohan Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723726901_TBMissile.jpg)
Rusia kosongkan lebih banyak kawasan di Kursk berikutan pencerobohan Ukraine
Daerah itu mempunyai lebih 17,500 penduduk berdaftar sebelum Rusia melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine pada Februari 2022.
![Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Data CPI AS untuk Julai turun kepada 2.9 peratus pada asas tahunan berbanding tiga peratus pada Jun.
![Tipu umur anak untuk daftar akaun media sosial satu kesalahan Tipu umur anak untuk daftar akaun media sosial satu kesalahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723589419_SirajJalil.jpg)
Tipu umur anak untuk daftar akaun media sosial satu kesalahan
Ia merupakan cabaran besar untuk kerajaan dalam melindungi golongan itu daripada berdaftar menggunakan platform media sosial.
![Saya masih memegang amanah sebagai Menteri Besar - Mohd Shukri Saya masih memegang amanah sebagai Menteri Besar - Mohd Shukri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713951430_MOHDSHUKRIRAMLIjp.jpg)
Saya masih memegang amanah sebagai Menteri Besar - Mohd Shukri
Mohd Shukri Ramli berkata beliau masih Menteri Besar Perlis dan menjalankan tugasnya seperti biasa.
![AI tidak dapat ganti wartawan di lapangan - Fahmi AI tidak dapat ganti wartawan di lapangan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723296146_FahmiFadzil.jpg)
AI tidak dapat ganti wartawan di lapangan - Fahmi
Kecerdasan buatan (AI) bukan pengganti manusia sebaliknya boleh dimanfaatkan untuk menjana kreativiti di lapangan tertentu terutama dalam bidang kewartawanan.
![Olimpik Paris 2024: Air mata Azizulhasni gugur di KLIA Olimpik Paris 2024: Air mata Azizulhasni gugur di KLIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723553613_TBAzizulhasni.jpg)
Olimpik Paris 2024: Air mata Azizulhasni gugur di KLIA
Tubuhnya kecil, semangatnya besar namun kerana negara, air matanya gugur juga, tidak langsung dapat ditahan.
![Cabaran debat: Fahmi enggan layan, sifatkan Wan Fayhsal 'attention seeker' Cabaran debat: Fahmi enggan layan, sifatkan Wan Fayhsal 'attention seeker'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723551465_TBJEJAKPANDA.jpg)
Cabaran debat: Fahmi enggan layan, sifatkan Wan Fayhsal 'attention seeker'
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil enggan melayan cabaran debat terbuka yang dibuka Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selain menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Machang itu sebagai attention seeker.
![Turkiye tarik balik larangan kepada Instagram Turkiye tarik balik larangan kepada Instagram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722593168_benderaturkiyelog.jpg)
Turkiye tarik balik larangan kepada Instagram
Turkiye pada Sabtu telah memulihkan akses kepada platform media sosial popular Instagram selepas lebih seminggu dengan menyatakan Meta menerima syarat Ankara mengenai pemadaman kandungan.
![Malaysia tidak boleh leka dalam aspek keselamatan - Ahmad Zahid Malaysia tidak boleh leka dalam aspek keselamatan - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723376400_AhmadZahidHamidi.jpg)
Malaysia tidak boleh leka dalam aspek keselamatan - Ahmad Zahid
Landskap ancaman keselamatan global yang tidak menentu menuntut Malaysia tidak leka walaupun tersenarai dalam negara ke-10 paling selamat mengikut GPI yang dikeluarkan baru-baru ini.
![Pengunaan media sosial tidak terkawal, risiko jejas nikmat perpaduan Pengunaan media sosial tidak terkawal, risiko jejas nikmat perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723349357_penggunaanmediasos.jpg)
Pengunaan media sosial tidak terkawal, risiko jejas nikmat perpaduan
Menjadi tanggungjawab semua untuk tidak menggunakan platform berkenaan bagi menyebarkan sebarang bentuk komen sensitif berbaur perkauman.
![Platform media sosial tidak serius halang kanak-kanak bawah umur miliki akaun - Fahmi Platform media sosial tidak serius halang kanak-kanak bawah umur miliki akaun - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722501850_TBFahmi.jpg)
Platform media sosial tidak serius halang kanak-kanak bawah umur miliki akaun - Fahmi
Pengendali plarform media sosial dikritik tidak serius dalam menghalang kanak-kanak bawah 13 tahun daripada memiliki dan menggunakan akaun media sosial media.
![Pemandu tidak sedar kucing tergantung ketika mahu bawa ke klinik haiwan Pemandu tidak sedar kucing tergantung ketika mahu bawa ke klinik haiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723191614_KucingTergantung.jpg)
Pemandu tidak sedar kucing tergantung ketika mahu bawa ke klinik haiwan
Pengadu hanya sedar haiwan berkenaan berada dalam keadaan tergantung selepas sampai di klinik dan bertindak membukakan ikatan di lehernya.