Selepas dibebaskan Isnin lepas, bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Yazid Sufaat dan pembantu kafeteria Muhammad Hilmi Hasim sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang, kali ini atas pertuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas Tanzim Al-Qaeda Malaysia.
Yazid, 49, pengusaha kafeteria di Kompleks Mahkamah Jalan Duta dan Muhammad Hilmi, 33, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah beralamat DL 11, Taman Bukit Ampang, Lorong Mutiara 2, Lembah Jaya antara 1 Ogos 2012 dan 7 Feb lepas mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan dicatat dan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan 7 Jun ini untuk sebutan kes.
Sejurus selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan, Yazid mempertikai pertuduhan terhadapnya yang disifatkan 'pendakwaan dua kali' bagi kesalahan sama.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria membantah tindakan Yazid namun peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili tertuduh berkata anak guamnya mempunyai hak untuk bersuara.
Mohamad Hanafiah kemudian memaklumkan pihaknya tidak menawarkan jaminan bagi kedua-dua tertuduh kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin dan memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan dalam tempoh dua minggu.
Amer Hamzah, yang turut mewakili Muhammad Hilmi, pula memaklumkan terdapat pertindihan berhubung tarikh dan tempat dalam pertuduhan terhadap kedua-dua anak guamnya sebelum ini.
"Segala bantahan akan dikemukakan selepas kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi," katanya.
Pada 20 Mei lepas, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Yazid dan Muhammad Hilmi serta Halimah Hussein daripada pertuduhan terlibat dalam aktiviti menggalakkan keganasan di Syria.
Hakim Kamardin Hashim membuat keputusan itu selepas berpuas hati terdapat merit dalam hujahan peguam berhubung isu pertuduhan dan pemakaian Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang digubal mengikut Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.
Bernama
Mon May 27 2013
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat pergolakan di Mozambique
Wisma Putra memaklumkan, tiada rakyat Malaysia di Mozambique terjejas akibat pergolakan yang berterusan yang kebanyakannya memberi kesan di kawasan bandar, termasuk ibu negara Maputo.
Pegawai pengurus gudang didakwa seleweng barang kawalan
Seorang pegawai pengurus gudang borong dan runcit sebuah pasar raya didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas atas pertuduhan memindahkan barang kawalan iaitu minyak masak berjumlah 2.41 tan dan gula pasir kasar berjumlah 480 kilogram pada 14 Januari lepas.
AWANI Ringkas: Dua beranak maut, empat cedera kemalangan di WCE
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir di Lipis pulih sepenuhnya
Mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit dan PPS Masjid Kampung Beletik dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sekitar 12.20 tengah hari tadi.
Dua Dekad Tsunami: Aceh bertafakur tiga minit
Majlis khas sempena memperingati 20 tahun tsunami Aceh dengan tema Aceh Thanks The World sekali gus mengangkat iltizam rakyat Aceh Beranjak dari Masa Lalu, Menuju Masa Depan Bersyariat.
Tragedi tukar pemandu, dua penuntut UTeM maut
Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu, mangsa Nurul Syafiqah Nasruddin dan Nurhanis Afryna Azizan, masing-masing berusia 19 tahun maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Dua Dekad Tsunami: Penduduk Kota Kuala Muda imbau tragedi, masih trauma
Biarpun sudah dua dekad berlalu, dia tidak pernah melupakan tragedi itu kerana kakak sulungnya menjadi antara 12 mangsa yang terkorban di Kota Kuala Muda.
OpenAI pertimbang bangunkan robot berbentuk manusia
OpenAI juga telah melabur dalam beberapa syarikat robotik seperti Physical Intelligence dan Figure.
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
Dua Dekad Tsunami: Aku, Aceh dan tsunami
Program Podcast Tsunami 20 tahun dan resensi buku "Aku, Aceh dan Tsunami" oleh Norazam Abu Samah menjadi tumpuan, menceritakan pengalaman dan semangat juang warga Aceh selepas bencana.
Yazid Sufaat di bawah pemerhatian polis - KPN
Abdul Hamid berkata polis juga akan terus berhubung dengan Yazid dalam proses pemulihan.
Keganasan: Mahkamah Rayuan keluarkan waran tangkap terhadap suri rumah
Mahkamah Rayuan keluarkan waran tangkap terhdapa suri rumah yang pernah didakwa bersama bekas tahanan ISA, Yazid Sufaat apabila dia gagal hadir ke mahkamah.
Yazid dan dua lagi bebas pertuduhan Sosma
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan bekas tahanan ISA Yazid Sufaat dan dua yang lain.
Yazid mengaku tidak bersalah
Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Yazid Sufaat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Isteri bekas tahanan ISA terkejut penahanan suami
Chomel Mohamad, 48, isteri kepada Yazid Sufaat, yang dituduh di mahkamah hari ini kerana disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan, masih terkejut dengan penangkapan suaminya.
Bekas tahanan ISA didakwa galakkan keganasan
Seorang bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang terhadap pertuduhan menggalakkan keganasan.
Bekas tahanan ISA ditangkap akta baru
Seorang bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA), Yazid Sufaat, telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengganas.