Rata-rata kaum hawa masih lagi malu dan teragak-agak untuk menjalani pemeriksaan pap smear bagi mengesan kanser serviks.
Bagi memudahkan kaum hawa di negara ini untuk menjalani ujian saringan kanser serviks dengan lebih mudah, Yayasan dan Makmal ROSE (Removing Obstacles to Cervical ScrEening) dilancarkan sekali gus meletakkan Malaysia sebagai peneraju dalam matlamat global untuk mencegah kanser serviks.
Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Perubahan Iklim dan Persekitaran (MESTECC), Isnaraissah Munirah Majilis berkata menerusi pelancaran Yayasan dan Makmal ROSE, Malaysia boleh diletakkan seiring dengan negara-negara lain yang telah menerima dan mengguna pakai ujian HPV yang lebih efektif untuk saringan serviks di peringkat penjagaan kesihatan primer.
“Kanser serviks merupakan antara ancaman terbesar yang boleh menyebabkan kematian dalam kalangan wanita dan merupakan kanser ketiga yang sering dihidapi oleh golongan wanita di Malaysia.
“Pada 2018, Persatuan Kesihatan Dunia (WHO) membuat pengumuman global di mana tindakan perlu diambil dalam mencegah kanser serviks secara menyeluruh.
“Bagi mencapai matlamat ini, kami memerlukan strategi pencegahan dan teknologi yang inovatif. Program ROSE merupakan satu inisiatif yang penting dalam usaha Malaysia mencapai matlamat global ini,” kata Isnaraissah pada majlis pelancaran Yayasan dan Makmal Rose di Hotel Armada, Petaling Jaya pada Isnin.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian MESTECC, Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia, Michael Growder, Penasihat Perubatan Teknikal Yayasan ROSE, Prof Dr Woo Yin Ling dan Pengarah Eksekutif Yayasan VCS, Professor Dr Marion Saville.
Isnaraissah juga berkata Yayasan ROSE telah menggabungkan prinsip sains, teknologi dan reka bentuk dalam menyampaikan pemeriksaan serviks yang inovatif dan telah disahkan melalui kajian saintifik.
Sementara itu, menurut Penasihat Perubatan Teknikal Yayasan Rose, Prof Dr Woo Yin Ling, yayasannya memberikan fokus untuk membekalkan ujian saringan tersebut secara percuma kepada komuniti B40 di seluruh Malaysia.
“Setakat ini, 8,000 wanita menjalani ujian saringan ROSE dan tujuh peratus daripada mereka disahkan positif dan telah menerima rawatan susulan.
“Kami bersyukur apabila Etiqa Insurance & Takaful rakan kongsi korporat kami yang pertama, telah menaja saringan serviks untuk 6,000 wanita daripada komuniti B40 di seluruh Malaysia,” kata Dr Woo.
Yayasan dan Makmal Rose merupakan usahasama antara Universiti Malaya dan Yayasan VCS di Australia.
Pada 14 Januari 2019, program ROSE dirasmikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Dalam perkembangan lain, Isnaraissah berkata kerajaan dalam proses meneliti keperluan untuk merangka perundangan baharu berhubung import plastik bagi mengelakkan Malaysia menjadi ‘tong sampah’ negara maju.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan lebih memberikan fokus dalam pengurusan penghantaran semula 110 kontena sisa plastik ke negara berkaitan.
Isabelle Leong
Mon Feb 17 2020
Isnaraissah (ketiga dari kiri) juga berkata Yayasan ROSE telah menggabungkan prinsip sains, teknologi dan reka bentuk dalam menyampaikan pemeriksaan serviks yang inovatif dan telah disahkan melalui kajian saintifik. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Harga emas terus meningkat
Harga emas meneruskan rekod kenaikan apabila pelabur terus mencari aset selamat di tengah-tengah kebimbangan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China dan kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi.
Inflasi perubatan naik punca tuntutan insurans kesihatan naik
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata peningkatan berterusan inflasi kos perubatan menyebabkan kadar tuntutan insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) semakin meningkat
Risiko eksport semikonduktor ke AS minimum - Tengku Zafrul
Menteri berkenaan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata risiko negatif terhadap eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat adalah pada tahap minimum.
Tiga penjawat awam antara lima individu ditahan rasuah balak libatkan RM1 juta
Lima individu termasuk tiga penjawat awam yang disyaki memberi dan menerima rasuah melibatkan nilai RM1 juta bagi mendapatkan kawasan pembalakan.
Kemunculan AI bahari jadikan Malaysia hab pusat data neutral - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kemunculan teknologi AI yang pelbagai ini membolehkan Malaysia menjadi pusat data yang neutral untuk syarikat AI dari Barat dan Timur seperti China.
KPM kerjasama dengan KKM, PDRM bendung trend vape pelajar sekolah
Kementerian Pendidikan memandang serius isu peningkatan trend penggunaan rokok elektronik atau vape melibatkan 20,000 pelajar sekolah tahun lalu.
Satu sesi persekolahan di seluruh negara menjelang 2030
Kementerian Pendidikan menyasarkan semua sekolah di seluruh negara melaksanakan sistem satu sesi persekolahan menjelang 2030.
Tiga ladang babi di Selangor disita, sah dijangkiti demam babi Afrika - Exco
Tiga ladang ternakan babi di Selangor disita selepas disahkan dijangkiti penyakit African Swine Fever (ASF) atau demam babi Afrika.
Mangsa dipercayai terkena libasan kipas utama - Polis
Seorang warga Indonesia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden helikopter di Jalan Lama KL - Bentong akibat terkena bilah kipas.
Nahas helikopter: Pengawal keselamatan selamatkan juruterbang
Tindakan pantas seorang pengawal keselamatan berjaya menyelamatkan juruterbang helikopter yang terhempas di Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur hari ini.
Yayasan dan Makmal ROSE memacu pencegahan kanser serviks di Malaysia
Menerusi pelancaran Yayasan dan Makmal ROSE, Malaysia boleh diletakkan seiring dengan negara-negara lain yang telah menerima dan mengguna pakai ujian HPV yang lebih efektif untuk saringan serviks.