KUALA LUMPUR: Tokoh teknologi digital dan industri perusahaan terkemuka, Datuk Yasmin Mahmood akan meletak jawatan sebagai Pengerusi Pos Malaysia Bhd berkuat kuasa 1 April selepas berkhidmat selama dua tahun.
Dalam kenyataan hari ini, penyedia perkhidmatan penghantaran pos itu berkata syarikat telah melantik salah seorang ahli Lembaga Pengarah semasanya, Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar, untuk menggantikan Yasmin.
Syed Faisal Albar kini merupakan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Bhd dan pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Pos Malaysia dari 2008 hingga 2011.
Pos Malaysia berkata Yasmin telah menyatakan hasratnya untuk meletak jawatan berikutan tanggungjawabnya yang semakin meningkat di Malaysia dan di rantau ini.
Menurut makluman kepada Bursa Malaysia, peletakan jawatan beliau berikutan “komitmen dalam usaha lain.”
“Beliau telah menjadi anggota Pos Malaysia, telah menerajui Lembaga Pengarah dan pengurusan untuk menerapkan inisiatif digital, merasionalisasi tarif pos dan meletakkan syarikat di landasan yang tepat ke arah pelan pemulihan yang kukuh,” katanya.
Pos Malaysia turut mengumumkan pelantikan Datuk Jezilee Mohamad Ramli sebagai pengarah bukan eksekutif.
Katanya beliau pernah berkhidmat di Pos Malaysia sebagai Ketua Kumpulan, Perkhidmatan Korporat dan kini merupakan Ketua Pegawai Operasi, Perkhidmatan Korporat DRB-Hicom Bhd.
--- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 29 2021
![Yasmin Mahmood letak jawatan sebagai Pengerusi Pos Malaysia Yasmin Mahmood letak jawatan sebagai Pengerusi Pos Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-11/41541168254_DatukYasminMahmood.jpg)
Selepas berkhidmat dua tahun sebagai Pengerusi Pos Malaysia, Datuk Yasmin Mahmood akan meletak jawatan berkuat kuasa 1 April depan, dan posisinya akan diganti Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar. - Gambar Fail
10 Berita Pilihan - (07 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Acara bola tampar atas air di Slovenia tarik perhatian
Pemain bola tampar dari pelbagai negara turun ke gelanggang terapung di Slovenia untuk bermain sukan mereka dalam persekitaran yang agak luar biasa.
Kawasan gunung Etna masih lagi tidak selamat
Letusan Gunung Etna dilaporkan masih lagi memuntahkan abu sehinggakan menjejaskan kawasan ruang udara yang kini dikaburi dengan asap hitam pada Ahad.
![Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153 Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719304919_TBisraelairstrike.jpg)
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.
Empat terbunuh serangan ketika parti hari lahir
Pemeriksaan di rumah itu mendapati tujuh mangsa yang mana empat daripadanya telah meninggal dunia.
Rafah kini dilitupi debu, runtuhan bangunan memenuhi bandar
Dulunya Rafah sibuk dengan urusan seharian penduduk namun kini ia umpama bandar hantu yang diliputi debu, sunyi hampir sepanjang masa.
Kiswah Kaabah ditukar, petanda permulaan Tahun Baharu Hijri
Meneruskan tradisi turun-temurun, penutup baharu untuk Kaabah, dikenali sebagai Kiswah dipasang pada Ahad, menandakan Tahun Baru Hijrah di Mekah, Arab Saudi.
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027.
Sentimen Islam, perkauman punca kekalahan di Sg Bakap
Isu sentimen agama Islam terancam dan perkauman yang dimanipulasi parti pembangkang dilihat sebagai antara punca utama kekalahan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Bakap pada Sabtu.
KPM pastikan tiada pelajar cemerlang tercicir - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan isu pelajar cemerlang 10A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian akan diselesaikan.
![Pos Malaysia capai 96 peratus prestasi penghantaran dijamin Pos Malaysia capai 96 peratus prestasi penghantaran dijamin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693817603_PosMalaysia.jpg)
Pos Malaysia capai 96 peratus prestasi penghantaran dijamin
Pos Malaysia memantau prestasi perkhidmatannya setiap hari untuk memastikan pengalaman pelanggan yang lancar.
![Rugi bersih suku pertama Pos Malaysia berkurangan kepada RM27.66 juta Rugi bersih suku pertama Pos Malaysia berkurangan kepada RM27.66 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51633579696_PosMalaysia.jpg)
Rugi bersih suku pertama Pos Malaysia berkurangan kepada RM27.66 juta
CEO kumpulan, Charles Brewer berkata prestasi Pos Malaysia adalah lebih baik dalam seluruh aspek berbanding pada suku pertama tahun kewangan 2022.
![Dua bekas pegawai kanan Pos Malaysia didakwa terima rasuah Dua bekas pegawai kanan Pos Malaysia didakwa terima rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61661344404_JudgeHammer.jpg)
Dua bekas pegawai kanan Pos Malaysia didakwa terima rasuah
Kedua-dua tertuduh membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim.
![Pos Malaysia sambung semula perkhidmatan penghantaran antarabangsa Pos Malaysia sambung semula perkhidmatan penghantaran antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51633579696_PosMalaysia.jpg)
Pos Malaysia sambung semula perkhidmatan penghantaran antarabangsa
Penyedia perkhidmatan pos itu berkata, secara keseluruhan, ia telah beroperasi semula ke 145 negara sehingga kini.
![Bekas ejen 'Pos Rider' diutamakan untuk khidmat sambilan - Pos Malaysia Bekas ejen 'Pos Rider' diutamakan untuk khidmat sambilan - Pos Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71625306146_Poslaju.jpg)
Bekas ejen 'Pos Rider' diutamakan untuk khidmat sambilan - Pos Malaysia
Pos Malaysia akan mengutamakan bekas ejen 'Pos Rider' untuk berkhidmat secara sambilan dengan syarikat itu, sekiranya terdapat peningkatan jumlah bungkusan kelak.
![Pejabat pos, Pos Laju tetap beroperasi di sekitar Kota Setar - Pos Malaysia Pejabat pos, Pos Laju tetap beroperasi di sekitar Kota Setar - Pos Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81599914990_PosMalaysia.jpg)
Pejabat pos, Pos Laju tetap beroperasi di sekitar Kota Setar - Pos Malaysia
Semua pejabat pos dan pusat perkhidmatan Pos Laju sekitar Kota Setar, Kedah, akan dibuka seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Pentadbiran.
![Guru wanita rugi RM333,000 ditipu 'Inspektor Mazlan' Guru wanita rugi RM333,000 ditipu 'Inspektor Mazlan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/71594199197_scam.jpg)
Guru wanita rugi RM333,000 ditipu 'Inspektor Mazlan'
Seorang guru wanita kerugian RM333,000 selepas terpedaya dengan penipuan panggilan dari nombor yang tidak dikenali.
![Pos Malaysia naikkan kadar pos komersial Pos Malaysia naikkan kadar pos komersial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/81475644587_PosMalaysia.jpg)
Pos Malaysia naikkan kadar pos komersial
Langkah itu seiring dengan peningkatan kos operasi dan peningkatan struktur kadar antarabangsa oleh Kesatuan Pos Sedunia (UPU).
![Pos Malaysia tunggu butiran rasmi mengenai kenaikan tarif pos daripada kerajaan Pos Malaysia tunggu butiran rasmi mengenai kenaikan tarif pos daripada kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/51466516526_PosMalaysia.jpg)
Pos Malaysia tunggu butiran rasmi mengenai kenaikan tarif pos daripada kerajaan
Sumber itu berkata perubahan harga tidak akan memberi kesan terhadap kadar bayaran pos untuk pengguna bukan komersil dalam negeri.
![Siri setem 'Makanan Kita' sempena Hari Malaysia Siri setem 'Makanan Kita' sempena Hari Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/71528982997_JuadahRaya.jpg)
Siri setem 'Makanan Kita' sempena Hari Malaysia
Pemilihan setiap makanan di dalam siri ini adalah berdasarkan kepada populariti makanan tersebut serta cadangan dari orang awam.