Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berangkat ke Istana Anak Bukit di sini untuk memberi penghormatan terakhir kepada Raja Puan Muda Kedah yang mangkat pada Isnin.
Raja Puan Muda Kedah Tunku Hajah Raudzah binti Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah, 86, mangkat pada 10.15 pagi di Hospital Sultanah Bahiyah akibat gering.
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit kira-kira 4.30 petang dan berada kira-kira 15 minit memberi penghormatan terakhir kepada almarhumah Tunku Hajah Raudzah.
Jenazah almarhumah disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit selama satu jam bermula 4 petang bagi membolehkan istiadat penghormatan terakhir dilakukan.
Raja Muda Kedah Tunku Abdul Malik ibni Almarhum Sultan Badlishah turut berangkat memberi penghormatan terakhir kepada almarhumah isteri baginda.
Yang turut berangkat memberi penghormatan terakhir termasuk Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tunku Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah dan anggota jemaah, Tunku Panglima Besar Kedah Tunku Puteri Intan Shafinaz Sultan Abdul Halim.
Kerabat diraja lain termasuk Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.
Antara orang kenamaan yang hadir ialah Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, barisan exco kerajaan negeri serta pegawai-pegawai kanan negeri.
Sebelum itu, Mufti Negeri Kedah Datuk Paduka Syeikh Muhammad Baderudin Ahmad mengimamkan solat jenazah di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit.
Tepat 5 petang, pedati khas membawa jenazah almarhumah meninggalkan Istana Anak Bukit menuju ke Makam Diraja Langgar dan istiadat pemakaman selamat disempurnakan kira-kira 7.15 malam.
Bernama
Mon Sep 21 2015
![Yang di-Pertuan Agong ziarah jenazah Raja Puan Muda Kedah Yang di-Pertuan Agong ziarah jenazah Raja Puan Muda Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/51442832770_RajaPuanMuda.jpg)
Tunku Hajah Raudzah, 86, mangkat pada 10.15 pagi di Hospital Sultanah Bahiyah akibat gering.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Yang di-Pertuan Agong ziarah jenazah Raja Puan Muda Kedah Yang di-Pertuan Agong ziarah jenazah Raja Puan Muda Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/51442832770_RajaPuanMuda.jpg)
Yang di-Pertuan Agong ziarah jenazah Raja Puan Muda Kedah
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah beri penghormatan terakhir kepada Raja Puan Muda Kedah yang mangkat pada Isnin.
![Agong rasmi sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan Agong rasmi sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/81383639675_295x200.jpg)
Agong rasmi sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang diiringi Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, berkenan merasmikan sambutan itu.
![Permaisuri Agong rai anak yatim sempena Hari Keputeraan Permaisuri Agong rai anak yatim sempena Hari Keputeraan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-12/41356927103_295x200.jpg)
Permaisuri Agong rai anak yatim sempena Hari Keputeraan
Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan meraikan 360 anak yatim sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
![Raja Permaisuri Agong sertai Kejohanan Golf Diraja Raja Permaisuri Agong sertai Kejohanan Golf Diraja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/71360990370_295x200.jpg)
Raja Permaisuri Agong sertai Kejohanan Golf Diraja
Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan menyertai kejohanan Golf Diraja sempena Hari Wilayah Persekutuan 2013 di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGC).
![Agong bertitah Wasatiyyah dihayati perpaduan dapat dicapai Agong bertitah Wasatiyyah dihayati perpaduan dapat dicapai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/41359009243_295x200.jpg)
Agong bertitah Wasatiyyah dihayati perpaduan dapat dicapai
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah sekiranya pendekatan wasatiyyah dapat dihayati, maka perpaduan boleh dicapai serta kecemerlangan akan menjadi kenyataan.
![Permaisuri Agong sampaikan bantuan persekolahan kepada anak yatim Permaisuri Agong sampaikan bantuan persekolahan kepada anak yatim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-12/41356927103_295x200.jpg)
Permaisuri Agong sampaikan bantuan persekolahan kepada anak yatim
Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan menyampaikan bantuan persekolahan kepada 306 orang anak yatim dari empat daerah di Kedah