Pendakwah dari negara luar perlu melalui proses tapisan keselamatan pihak polis, sebelum dibenar memberi syarahan di negara ini bagi memastikan fahaman ekstrem termasuk berunsur militan tidak disebarkan di Malaysia.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman SAC Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata sehubungan itu satu mekanisme perlu diwujudkan bagi menapis pendakwah dari negara luar.
Katanya berdasarkan pengalaman lalu, ideologi berunsur militan dan ekstremisme dibawa oleh orang asing ke negara ini, antaranya Jemaah Islamiah dan Jemaah Anshorut Tauhid (JAT).
"Kalau boleh setiap pendakwah atau penceramah asing yang datang untuk bagi syarahan agama perlu melalui tapisan keselamatan polis terlebih dahulu...iaitu Jabatan Agama rujuk kepada kita dahulu dan kita buat tapisan sebelum mereka (Jabatan Agama) membuat pentauliahan kepada penceramah berkenaan.
"Aspek yang penting ialah untuk kawal atau kekang kemasukan individu yang kononnya pendakwah, walhal membawa fahaman ekstremisme dan bertentangan dengan landasan Islam sebenar," katanya kepada Bernama di sini.
Bolos
Ayob Khan berkata terdapat beberapa keadaan, jabatan agama tidak merujuk kepada pihak polis dalam isu kemasukan (pendakwah), sebelum ditauliah untuk memberi syarahan dalam negara sedangkan ia merupakan langkah pencegahan awal dalam mengekang ideologi militan, ektremisme dan sebagainya.
"Sebagai contoh, sebelum ini terdapat beberapa individu yang tidak dibenarkan memberi syarahan di negara-negara Arab dan juga beberapa negara Barat seperti Amerika Syarikat dan sebagainya namun mereka dibenarkan masuk dan memberi syarahan yang kononnya syarahan agama di negara ini.
Beliau juga menegaskan, terdapat beberapa kes, pendakwah asing ini cuba untuk menggunakan sokongan golongan ternama untuk mendapatkan status penduduk tetap (PR) bagi membolehkan mereka menyebarkan fahaman mereka.
Berhubung pembentangan Kertas Putih 'Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan Islamic State (IS)' oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, beliau berkata pihaknya menyokong sepenuhnya sama ada kerajaan ingin menggubal undang-undang baharu mahupun memperkukuh Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
"Dalam keadaan ancaman militan ketika ini, kita perlu memperkemas lagi Sosma bagi memudahkan pengemukaan bukti di mahkamah," kata Ayob Khan.
Semasa membentangkan Kertas Putih itu, Najib bagi pihak kerajaan merayu sokongan rakyat terhadap usaha membendung ideologi kumpulan militan IS dan mencadangkan undang-undang baharu bagi membanteras penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti sedemikian.
Najib berkata kerajaan bercadang membentangkan undang-undang baharu itu pada sesi Dewan Rakyat akan datang.
Dalam perkembangan lain, Ayob Khan berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan badan bukan kerajaan (NGO) terlibat dalam membantu kumpulan militan di negara berkonflik termasuk di Syria.
Bernama
Fri Dec 05 2014
![Wujudkan mekanisme tapis pendakwah asing, elak sebar fahaman ekstremis Wujudkan mekanisme tapis pendakwah asing, elak sebar fahaman ekstremis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-10/51413181093_295x200.jpg)
Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay
![JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719746052_TBVapingjpg.jpg)
JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini
JKNT keluarkan 5,431 notis bernilai RM1.3 juta berkaitan pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan ke atas 15,356 premis melalui 831 operasi penguatkuasaan di seluruh negeri Terengganu.
![Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723719935_tbPekSumberKebajik.jpg)
Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan
DVS bangunkan pek sumber kebajikan haiwan sebagai bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran di semua prasekolah di bawah KPM seluruh negara.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
!['Berhemah, adil, integriti, amanah dan tegas' jadi pegangan Ayob Khan 'Berhemah, adil, integriti, amanah dan tegas' jadi pegangan Ayob Khan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41641111238_DatukSeriAbdulJa.jpg)
'Berhemah, adil, integriti, amanah dan tegas' jadi pegangan Ayob Khan
Ayob Khan, 56, dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berkuat kuasa 25 Januari ini.
![Sindiket ketum diketuai bekas penjawat awam tumpas Sindiket ketum diketuai bekas penjawat awam tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81640587025_sindeketketumjoho.jpg)
Sindiket ketum diketuai bekas penjawat awam tumpas
Dua serbuan susulan di sekitar Kulai dan Johor Bahru turut menahan 12 yang lain termasuk lapan penjawat awam.
![Tiada laporan diterima berhubung dakwaan bekas pekerja ATA IMS dipukul polis Tiada laporan diterima berhubung dakwaan bekas pekerja ATA IMS dipukul polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51631603103_AyobKhanMydinPitc.jpg)
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan bekas pekerja ATA IMS dipukul polis
Pekerja terbabit mendakwa dipukul semasa disoal siasat kerana berkongsi maklumat mengenai keadaan kilang.
![Pencemaran di Sungai Tawakal: Polis Johor bantu JAS kenal pasti punca bahan buangan Pencemaran di Sungai Tawakal: Polis Johor bantu JAS kenal pasti punca bahan buangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51631863749_ayobkhanmydinpitc.jpg)
Pencemaran di Sungai Tawakal: Polis Johor bantu JAS kenal pasti punca bahan buangan
Soal siasat terhadap sembilan suspek termasuk pemilik premis terbabit masih dijalankan.
![Polis Johor tahan 10 individu, rampas dadah bernilai lebih RM1 juta Polis Johor tahan 10 individu, rampas dadah bernilai lebih RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61631863876_AyobKhanMydinPitc.jpg)
Polis Johor tahan 10 individu, rampas dadah bernilai lebih RM1 juta
Sindiket itu telah beroperasi sejak sebulan lepas dan dadah yang diproses akan diedar untuk kegunaan pasaran tempatan dan antarabangsa.
![Polis Johor tumpaskan sindiket edar dadah bernilai RM2 juta Polis Johor tumpaskan sindiket edar dadah bernilai RM2 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71627116413_AYOBKHAN.jpg)
Polis Johor tumpaskan sindiket edar dadah bernilai RM2 juta
Dadah yang dirampas dipercayai untuk tujuan pasaran tempatan bagi kegunaan pusat hiburan dan parti persendirian.
![Euro 2020: 70 individu ditahan dalam judi 'online' libatkan nilai pertaruhan lebih RM44 juta Euro 2020: 70 individu ditahan dalam judi 'online' libatkan nilai pertaruhan lebih RM44 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61619707860_AYOBKHAN.jpg)
Euro 2020: 70 individu ditahan dalam judi 'online' libatkan nilai pertaruhan lebih RM44 juta
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, operasi bermula selama sebulan sejak 12 Jun lalu.
![Peras ugut: Anggota dan pegawai polis terlibat, dah macam pemungut cukai - Ayob Khan Peras ugut: Anggota dan pegawai polis terlibat, dah macam pemungut cukai - Ayob Khan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41618375369_AyobKhan.jpg)
Peras ugut: Anggota dan pegawai polis terlibat, dah macam pemungut cukai - Ayob Khan
Susulan laporan dibuat oleh mangsa, tangkapan dibuat terhadap kesemua suspek berusia dalam lingkungan 26 hingga 46 tahun.
![Op Bersepadu: Warga India miliki lesen memandu palsu ditahan Op Bersepadu: Warga India miliki lesen memandu palsu ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/61597229709_KetuaPolisJohorDa.jpg)
Op Bersepadu: Warga India miliki lesen memandu palsu ditahan
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan awal mendapati pemandu tersebut mendapat lesen secara sah di Jabatan Pengangkutan Jalan di Selangor.
![Lapan hadiri parti liar dalam tempoh PKP di JB, diberkas Lapan hadiri parti liar dalam tempoh PKP di JB, diberkas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/81584950986_TBPCPOLIS.jpg)
Lapan hadiri parti liar dalam tempoh PKP di JB, diberkas
Kesemua suspek berusia lingkungan 24 hingga 31 tahun itu ditahan dalam serbuan pada 12.30 tengah malam oleh sepasukan polis.