KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran mewujudkan bank pokok tempatan sebagai satu langkah strategik yang bukan sahaja membantu dalam usaha mitigasi perubahan iklim, tetapi juga menyediakan penyelesaian yang mampan terhadap isu pokok tumbang.
Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) Prof Dr Nor Atiah Ismail berkata keistimewaan pokok tempatan terletak pada daya tahan, pengadaptasian terhadap cuaca, kualiti kepada flora fauna serta ekologi persekitaran, mampu mengurangkan risiko pokok tumbang yang mengancam keselamatan awam dan kerosakan harta benda.
"Dengan adanya bank pokok tempatan (apabila) sebarang kejadian tidak diingini berlaku, 'penggantian pokok' dapat berfungsi dan menyelesaikan isu pokok berisiko tinggi di Kuala Lumpur. Jadi, kita perlukan pokok tempatan dan sebaiknya datang dari hutan kita.
"Penggunaan pokok dalaman (dalam negara) adalah tidak mencukupi kerana pokok yang sihat dan cantik telah dieksport ke Singapura manakala kita menerima pokok yang dikatakan murah dari Thailand contohnya pokok bucida namun ia tidak sesuai dengan ekologi negara kita kerana sifat akarnya yang menjalar agresif," katanya ketika menjadi tetamu program Reaksi di Bernama Radio semalam.
Menurut Nor Atiah, dalam mendepani isu pokok tumbang khususnya sekitar ibu kota, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) khususnya perlu mengambil tindakan tegas dengan memeriksa pokok secara visual bagi mengenal pasti keadaan dan menilai tahap kesuburan pokok.
"Di Kuala Lumpur, pokok terletak di antara bangunan yang tinggi. Apabila angin kencang, bangunan berkenaan menghasilkan 'terowong angin' dan menyebabkan pokok tumbang lebih-lebih lagi jika pokok itu sudah lama dan akarnya sudah mereput," katanya.
Beliau berkata pemeriksaan boleh dibuat secara visual seperti keadaan daun banyak gugur atau kuning, ranting atau dahan patah, pokok merekah atau ada cecair keluar dari akar dan berdasarkan analisis keputusan perlu dibuat sama ada pokok berkenaan perlu dirawat atau dicadangkan untuk ditebang.
"Kita sebenarnya ada pangkalan data kawasan yang perlu penggantian pokok, mitigasi, penyelenggaraan dan sentiasa bergerak serta menganalisis dari semasa ke semasa," katanya sambil menambah setiap pokok yang ditebang perlu diganti bagi memastikan keseimbangan ekologi.
Nor Atiah turut menyatakan rasa gusar dengan keadaan ibu kota yang hanya mempunyai 10 peratus jaringan kawasan hijau, iaitu masih tidak mencukupi berbanding Putrajaya yang memiliki 30 hingga 40 peratus kawasan sedemikian.
"Berdasarkan kapasiti rakyat dan pembangunan bertingkat tinggi yang ada, jumlah itu (10 peratus) tidak mencukupi. Memandangkan kota ini tepu bina, kita kena lihat kawasan-kawasan yang pocket spaces yang boleh digunakan sebagai kawasan hijau.
Nor Atiah berkata keterlibatan polisi daripada kerajaan merupakan satu perkara yang baik dan wajib dilakukan agar alam sekitar dan tumbuhan dalam keadan baik dan berkualiti.
Pada 15 Mei, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan DBKL menanam semula 100 pokok baharu bagi menggantikan setiap pohon yang terpaksa dipotong.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2024
Keadaan kereta yang mengalami kerosakan selepas dihempap sebatang pokok tumbang di Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 13 Mei lalu. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (26 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Gempur Teknikal | Sebat di Khalayak Awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight 26 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Thousands mark 20 years since deadly tsunami
Survivors and families of victims across countries gathered on Thursday to mark the 20th anniversary of the deadly tsunami that killed over 230,000 people.
AWANI Tonight: Driving growth with tax education, compliance
AWANI 7:45 [26/12/2024] - 20 tahun tragedi tsunami | Siap siaga banjir di Kelantan Ahad ini | Hukuman sebat di masjid | Seleweng bahan kawalan
- Mengenang 20 tahun tragedi tsunami, siren dibunyikan di Banda Aceh
- Kelantan siap siaga, ramalan banjir sembilan jajahan Ahad ini
- Hukuman sebat pesalah khalwat dilaksana di masjid esok
- Kapal angkasa Nasa cipta sejarah, terbang hampiri matahari
- Kelantan siap siaga, ramalan banjir sembilan jajahan Ahad ini
- Hukuman sebat pesalah khalwat dilaksana di masjid esok
- Kapal angkasa Nasa cipta sejarah, terbang hampiri matahari
Lima wartawan terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza
Tentera rejim mengebom sebuah kenderaan penyiaran televisyen di hadapan Hospital Al-Awda di kem Al-Nuseirat.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 Disember 2024
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
Kimchi, yogurt buatan Malaysia jadi sumber pendapatan ibu tunggal
Setakat ini, seramai 35 ibu tunggal diberi tunjuk ajar cara menghasilkan dua produk makanan berasal dari luar negara itu.
Majlis Peguam gesa Terengganu, Kerajaan Pusat pertimbang semula sebatan di khalayak ramai
Presiden Majlis Peguam Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai melebihi had bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Pemindahan pokok tidak disaran kerana ia memudaratkan sistem ekologi - Pakar
Tambahnya lagi, pemindahan untuk satu pokok juga bukanlah sesuatu perkara yang murah dan ia sekali gus memerlukan satu teknikaliti yang sangat tinggi.
Mujur Nora Danish selamat...
Mujur pelakon popular, Nora Danish tidak terlibat dalam sebarang kejadian yang tidak diingini selepas berjam-jam terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Tapah - Cameron Highlands pada Selasa
Tren komuter di laluan Pelabuhan Klang-KL Sentral tergendala
Perkhidmatan komuter di laluan Pelabuhan Klang ke KL Sentral tergendala pagi ini, berikutan kejadian pokok tumbang antara Klang-Jalan Kastam, dekat Pelabuhan Klang, pagi tadi.
'Pulau haba' di KL mungkin penyebab hujan air batu - Pakar
Proses pembangunan di KL yang pesat serta perubahan iklim menghasilkan fenomena hujan ribut luar biasa.