Siasatan awal Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai punca kebanjiran ribuan pekerja asing di Cameron Highlands mendapati wujudnya penipuan sindiket pekerja tersebut yang berleluasa sejak kebelakangan ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata lantaran itu, agensi-agensi di bawah kementerian telah dikerah menjejaki ejen sindiket tersebut yang dipercayai menawarkan pelbagai pekerjaan bagi menipu pekerja asing.
"Sekarang pasukan kita sedang mencari ejen-ejen ini kerana kita tidak mahu pemerdagangan manusia (terhadap pekerja asing) ini berlaku.
"Ejen-ejen seperti ini bukan saja menipu pekerja, malah mengambil keuntungan yang banyak," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Beliau juga telah meminta Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia meneruskan pemantauan setiap masa, bukan sahaja di kawasan berkenaan malah di beberapa lokasi lain yang menjadi tempat pertemuan dan pengumpulan pekerja asing yang permit kerja mereka telah tamat tempoh.
Ahmad Zahid berkata jika ejen berkenaan didapati terbabit membawa pekerja ini secara haram, tindakan segera perlu dilakukan, termasuk pendakwaan di mahkamah.
"Saya juga tidak akan berkompromi jika ada unsur-unsur dalaman (agensi penguatkuasaan) bekerjasama dengan ejen-ejen berkenaan, lebih-lebih lagi jika ada dokumen-dokumen yang telah dikeluarkan untuk pekerja-pekerja tanpa izin ini.
"Kepentingan negara perlu diutamakan terutamanya apabila sesuatu kawasan itu tidak mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri ataupun Pejabat Tanah Daerah (untuk aktiviti perladangan)," katanya.
Ahmad Zahid juga menyeru mana-mana agensi termasuk anggota penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ejen dan sindiket ini supaya tampil memberikan bukti dan membantu menumpaskan sindiket tersebut.
Bernama
Mon Nov 10 2014
ZAHID: Wujud sindiket penipuan pekerja asing di Cameron Highlands - Gambar fail
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiriā¦
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Tiga kali ditipu ejen, Awie putus asa ...?
Penyanyi dan pelakon Datuk Awie mengambil keputusan untuk tidak menggunakan ejen tiket sacara dalam talian bagi Konsert Laksamana Metal 2 Generasi Wings dan Bunkface.
Agensi lepas tangan, 10 ejen pakej umrah dakwa jadi 'kambing hitam'
Agensi ini dikatakan berpangkalan di Johor dengan satu cawangannya beroperasi di Sungai Petani, Kedah yang baru beroperasi selama tiga bulan bermula 1 Oktober lalu.
Wujud sindiket penipuan pekerja asing di Cameron Highlands - Zahid
KDN mengenai punca kebanjiran ribuan pekerja asing di Cameron Highlands mendapati wujudnya penipuan sindiket pekerja tersebut yang berleluasa sejak kebelakangan ini.