PUTRAJAYA: Sebuah portal yang memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) akan diwujudkan, untuk membantu rakyat mengesahkan maklumat yang diterima, menangkis berita fitnah serta melawan penipuan atau scam, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Portal itu katanya diperluaskan dari segmen khas 'Biar Betul!' yang ditayangkan di saluran Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), memandangkan segmen yang berdurasi kurang daripada seminit itu tidak memadai dan perlu dirancakkan bagi menangani isu tersebut.
"Masih di peringkat awal, tapi ada keperluan supaya rakyat secara amnya tidak perlu ragu-ragu tentang bahan yang dibaca. Sekiranya ada syak wasangka boleh rujuk (kepada portal itu).
"Hari ini kita boleh tonton episod 'Biar Betul!' dalam pelbagai platform termasuk di RTM, di mana setiap hari bongkar bahan scam, kandungan palsu, berita fitnah tapi kita lihat belum memadai dan perlu dirancakkan," katanya selepas melancarkan program Jom Baca Bersama 10 Minit peringkat Kementerian Komunikasi, di sini hari ini.
Fahmi berkata platform baharu itu, akan menggembeleng kemampuan bersama platform sedia ada antaranya SEBENARNYA.MY di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan MyCheck.My, diuruskan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan 'Biar Betul!' untuk memudahkan rakyat membuat pencarian dan mengesahkan sebarang maklumat yang diterima.
Fahmi berkata kementerian juga akan bekerjasama dengan platform media sosial, supaya maklumat yang diterima pengguna melalui proses pengesahan seperti yang diamalkan di platform X yang melampirkan Community Notes dalam sesuatu hantaran, membolehkan pengguna memberi maklum balas pada hantaran tersebut.
Selain itu, sejumlah 1,878 komuniti Madani seluruh negara juga boleh dimanfaatkan sebagai ejen 'Biar Betul!' dan barisan hadapan untuk menangkis fitnah, memperbetul persepsi serta menyemak fakta dengan kementerian bagi memastikan penyampaian maklumat kepada masyarakat dilakukan dengan lebih jelas dan tersusun.
Beliau berkata perkara itu dipandang serius memandangkan maklumat MCMC menunjukkan hampir 80 peratus kandungan yang diturunkan sehingga April adalah bersifat scam, termasuk penipuan iklan serta judi dalam talian.
Terdahulu, Fahmi dalam ucapan berkata tema program Jom Baca Bersama 10 Minit 'Pembacaan Melestarikan Perpaduan' amat bertepatan dengan konsep Madani, yang mencerminkan penekanan ke arah pembentukan masyarakat bertamadun, saling memberi pandangan dan memupuk perpaduan.
Anjuran bersama Pusat Sumber Kementerian Komunikasi dan Pusat Sumber dan Foto Jabatan Penerangan Malaysia (Japen), program itu diadakan bersempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia disambut seluruh dunia pada 23 April setiap tahun.
Turut menjayakan progam itu ialah Pusat Maklumat dan Perpustakaan (Infolib) Bernama, Pusat Sumber Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Perpustakaan RTM serta Pusat Sumber Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 22 2024
Fahmi (dua, kiri) bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program Jom Baca Bersama 10 Minit bertemakan "Pembacaan Melestarikan Perpaduan" Peringkat Kementerian Komunikasi hari ini. - Foto Bernama
Insiden kematian kucing: Pihak universiti jalankan operasi dalaman tangani anjing liar
ACP Ku Mashariman berkata, pihak universiti itu sentiasa memaklumkan kepada polis mengenai tindakan mereka untuk membasmi anjing liar.
PABM tekad pastikan sukan angkat berat kekal bebas isu doping
Pemeriksaan mengejut oleh ADAMAS adalah antara inisiatif berterusan persekutuan itu bagi memastikan insiden doping tidak berulang.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama pendidikan di bawah perkongsian strategik baharu
Anwar dan Ishiba membincangkan pelbagai inisiatif dalam sektor pendidikan termasuk penubuhan kampus cawangan University Tsukuba di Malaysia.
Empat lelaki cedera diserang sekumpulan individu bersenjatakan parang di Nilai
Kejadian membabitkan empat lelaki berumur 44 hingga 59 tahun diserang pada kira-kira pukul 10 malam.
Anwar anjur majlis makan tengah hari raikan Perdana Menteri Jepun
Hubungan Malaysia-Jepun bertambah kukuh dengan peningkatan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Disember 2023.
Raja Permaisuri Perak berkenan lancar buku 'Women In Energy'
Buku itu bertujuan untuk meraikan sumbangan wanita dalam membentuk peralihan tenaga di Malaysia.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Ahad
Kawasan yang terlibat adalah Rompin, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
AWANI Ringkas: Mula dibayar 13 Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Indonesia sedia pemeriksaan kesihatan percuma bermula Februari
Kementerian Kesihatan Indonesia akan menyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk rakyat negara itu yang dijadual akan dilaksanakan pada Februari ini.
Penyanyi Rasathi Unna Kanatha Nenju, Jayachandran meninggal dunia
Penyanyi legenda India, P Jayachandran yang terkenal sebagai Bhava Gayakan meninggal dunia akibat kanser di Hospital Amala, Kerala pada usia 80 tahun.Jayachandran, meninggal dunia, kanser, penyanyi india, Buletin AWANI
Wujud portal bantu rakyat lawan scam, tangkis fitnah - Fahmi
Sebuah portal yang memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) akan diwujudkan, untuk membantu rakyat mengesahkan maklumat yang diterima, menangkis berita fitnah serta melawan penipuan atau scam.