Pegawai kedutaan Malaysia di Moscow telah cuba mendapatkan akses kepada pelajar Malaysia yang tidak dibenarkan masuk ke negara itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Domodevo tetapi tidak diberi kebenaran sehingga pelajar berkenaan di dihantar pulang.
Wisma Putra dalam kenyataan malam, ini, berkata pihak berkuasa Rusia tidak menyatakan sebab-sebab tidak membenarkan M. Murugan Pillai memasuki negara itu dan penghantaran pulang itu tertangguh kerana tiada tempat duduk untuk penerbangan pulang ke Malaysia.
Ia berkata pelajar di National Research Medical University di Rusia yang tidak dibenarkan memasuki negara itu pada 2 Sept, ditahan di lapangan terbang tersebut dan seterusnya dihantar pulang pada Ahad lepas.
Dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Isnin lepas.
Wisma Putra berkata kedutaan tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai perkara ini tetapi sebaik sahaja menerima berita itu, pihak kedutaan cuba menghubunginya di lapangan terbang tersebut.
"Oleh kerana dia tidak didakwa, pegawai dari Kedutaan Malaysia tidak dapat berhubung dengannya tetapi dapat menghubungi pihak berkuasa Rusia," kata kementerian itu.
Ia berkata para pegawai kedutaan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Rusia untuk memastikan bahawa hak pelajar itu dijaga dan dilindungi.
"Malah, makanan dihidangkan tiga kali sehari semasa dia menunggu untuk menaiki penerbangan seterusnya pulang ke Malaysia," katanya.
Kenyataan itu menyebut Jabatan Kawalan Sempadan Rusia mengeluarkan arahan kepada Murugan yang menyebut bahawa "menurut Bahagian 8 Perkara 26 Undang-undang Persekutuan bertarikh 15 Ogos 1996 No.114 - FZ, dia tidak dibenarkan memasuki Persekutuan Rusia sehingga 02.07.2016."
"Ia merupakan amalan antarabangsa bahawa setiap negara mempunyai hak untuk tidak membenarkan sesiapa memasuki wilayahnya," tambah kenyataan itu.
Murugan mendakwa bahawa walaupun beberapa kali cuba mendapatkan bantuan daripada Kedutaan Malaysia di Moscow, tiada bantuan diterima sejak hari dia ditahan pada 2 Sept.
Dia juga mendakwa diberi makan hanya satu hidangan sehari.
Bernama
Thu Sep 11 2014
Murugan mendakwa bahawa walaupun beberapa kali cuba mendapatkan bantuan daripada Kedutaan Malaysia di Moscow, tiada bantuan diterima sejak hari dia ditahan pada 2 Sept. Gambar Fail
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Wisma Putra jelaskan sebab-sebab mengenai penghantaran pulang pelajar dari Moscow
Pegawai kedutaan Malaysia di Moscow telah cuba mendapatkan akses kepada pelajar Malaysia yang tidak dibenarkan masuk ke negara itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Domodevo.