KECIL namun cekap -- itulah pujian yang diberikan kepada haiwan pintar ini.
Berbakti tanpa kenal penat lelah, anjing K9 merupakan watak utama dalam usaha pencarian yang memerlukan kepakaran yang tiada tandingnya, malah berbanding peranti moden sekalipun.
Terbaharu, ia digelar 'hero' dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali.
Namun, apa keistimewaan anjing K9? Jom kenali dengan lebih dekat!
Dianggarkan bernilai RM110,000 seekor, setiap anjing K9 mempunyai kemampuan deria bau luar biasa dengan kelebihan 10,000 hingga 100,000 kali ganda lebih kuat berbanding manusia.
Dengan bantuan anjing unit K9, pasukan penyelamat dapat mengurangkan masa mencari dan menyelamatkan mangsa di lokasi bencana.
Anjing pengesan ini juga mengurangkan risiko terhadap petugas semasa operasi menyelamat.
English Springer Spaniel
Anjing K9 baka English Springer Spaniel sering digunakan oleh pasukan bomba dalam siasatan kes kebakaran.
Saiz badan anjing lebih kecil dan mampu bergerak laju serta boleh menyelit di ruang sempit.
Dikenali sebagai salah satu baka yang memiliki deria bau paling kuat.
Border Collie
Anjing yang paling pintar di dunia. Bijak menerima arahan baharu, juga tangkas dan memiliki stamina yang tinggi.
Pada asalnya ia dibiak untuk menggembala kambing biri-biri.
Labrador Retriever
Memiliki kaki berselaput dan handal berenang. Anjing ini mempunyai lapisan bulu tebal dan kalis air.
Labrador mempunyai personaliti sosial yang menjadikan ia anjing pandu paling popular.
Berwarna kuning hitam, Labrador mudah dilatih dan kurang agresif berbanding labrador coklat.
German Shorthaired Pointer
Anjing baka ini mahir berenang dan mempunyai kaki berselaput.
Anjing buruan yang versatil dan sangat berdikari serta cekal.
Belgian Malinois
Belgian Malinois boleh bekerja dalam apa jua cuaca kerana keadaan bulunya yang sesuai.
Anjing ini juga digunakan sebagai anjing servis untuk warga emas dan orang kurang upaya (OKU).- BFM
Faida Rahim
Mon Dec 26 2022
Setiap anjing K9 mempunyai kemampuan deria bau luar biasa dengan kelebihan 10,000 hingga 100,000 kali ganda lebih kuat berbanding manusia. -Wikipedia
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Wira tak didendang... kenali anjing unit K9 lebih dekat
Berbakti tanpa kenal penat lelah, anjing K9 merupakan watak utama dalam usaha pencarian yang memerlukan kepakaran yang tiada tandingnya, malah berbanding peranti moden sekalipun.