SEGAMAT: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melalui KD Sultan Ismail di Pengerang, Johor buat pertama kalinya diatur gerak bagi membantu mangsa banjir di Segamat di sini.
Pegawai Waran II Teknisyen Marin Kuasa Gerak KD Sultan Ismail Pengerang Johor, Mohd Shahriman Saim berkata setakat ini, dua pasukan yang masing-masing terdiri daripada 12 dan 14 anggota, ditempatkan di Segamat dalam tempoh empat hari bagi satu pasukan, bermula Rabu lepas.
Menurutnya, sebelum ini pasukan 'wira laut' itu membantu mangsa banjir di Kota Tinggi dan kali pertama ditempatkan di daerah ini.
"Kami tidak tahu selok-belok kawasan Segamat dan memerlukan bantuan penduduk setempat dalam operasi banjir kali ini.
"Cabaran kami kali ini perlu berhadapan dengan arus deras dan perlu berhati-hati dalam mengendalikan bot untuk memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS)," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.
Mohd Shahriman berkata setiap pasukan dilengkapkan dengan sebuah bot, lori tiga tan dan dua set menyelam.
Beliau berkata operasi banjir kali ini termasuk mengeluarkan mangsa terkandas ke PPS, menghantar bantuan makanan dan bantuan logistik.
Sebelum ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan ketika melawat mangsa banjir di sini mengumumkan seramai 1,500 anggota tentera dikerah bagi membantu mangsa banjir di Johor melibatkan aset sebanyak 28 bot, lapan lori dan 25 trak termasuk pasukan Kor Perubatan ATM, Kor Jurutera Diraja ATM dan bahagian teknikal.
Susulan kejadian banjir teruk di Johor, pihaknya turut menghantar anggota tentera laut buat pertama kali bagi membantu mangsa banjir bersama agensi kerajaan lain di Segamat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 06 2023
Pekerja sebuah premis perniagaan melakukan kerja-kerja pembersihan selepas terjejas ekoran banjir yang melanda baru-baru ini, di sekitar Jalan Dato Sia Her Yam, Bandar Seberang, Segamat, 5 Mac 2023. --fotoBERNAMA
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
'Wira laut' diatur gerak bantu mangsa banjir di Segamat
Setakat ini, dua pasukan yang masing-masing terdiri daripada 12 dan 14 anggota, ditempatkan di Segamat.