BERNIAGA menjadi sumber rezeki buat mereka, saban hari, saban minggu malah ada yang sanggup tidak bercuti demi memastikan dapur sentiasa berasap, lauk tidak dicatu.
Hidup di ibu kota, cabarannya pasti lebih besar kerana di sini, serba-serbi mahal dan kos kehidupan kadangkala menyesakkan poket dan fikiran.
Mungkin kerana hikmah pandemik, lebih 4,000 peniaga di Kuala Lumpur mendapat lesen sementara, dibenarkan berniaga di kawasan sesuai di bawah Skim Wilayah Bebas Berniaga.
Dimulakan pada 2020, skim tersebut disambung sehingga hujung tahun ini, menghadirkan bukan saja kelegaan malah kegembiraan buat peniaga di ibu kota.
BACA: Wilayah Bebas Berniaga diteruskan hingga 31 Dis - DBKL
Astro AWANI pada Jumaat melaporkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan inisiatif Program Wilayah Bebas Berniaga (WBB) untuk Lesen Sementara KL Prihatin yang tamat pada 30 Jun akan diteruskan hingga 31 Disember ini dengan beberapa penambahbaikan diperkenalkan.
Pemegang Lesen Sementara KL Prihatin diberi tempoh mulai sekarang hingga 15 Julai ini untuk mengemukakan permohonan pembaharuan secara dalam talian melalui laman sesawang DBKL atau hadir ke Kaunter Lesen Berpusat Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan.
Ternyata, berita terbaharu itu membawa khabar gembira buat beberapa peniaga di Setapak yang ditemui Astro AWANI pada Sabtu.
BACA: Kesesakan trafik: DBKL teliti semula kebenaran Skim Wilayah Bebas Berniaga
Mereka sebenarnya tidak tahu berita tersebut, hanya mengetahuinya ketika disampaikan kepada mereka maklumat terkini itu dan sebaik mendengar khabar tersebut, terpancar kelegaan dan kegembiraan di wajah mereka.
Peniaga minuman, Suraya Nor Shamsudin atau mesra disapa Kak Su pernah melalui pelbagai rintangan ketika berniaga, termasuk barangnya dirampas namun inisiatif daripada DBKL itu membuatkannya tersenyum lebar.
“Alhamdulillah sangat-sangat. Duk fikir juga, lepas ini berniaga di mana, ini dah dengar macam ini, alhamdulillah, boleh berniaga dengan aman.
“Seronok sangat-sangat, alhamdulillah, boleh berniaga lagi, takut jugalah kan, bandaraya (DBKL), dia jalankan tugas saja,” katanya.
Keseronokan, kelegaan, kegembiraan sama turut diluahkan ‘jiran’ Kak Su, Hirliyana Halim yang sudah tujuh tahun berniaga di tapak sama.
“Alhamdulillah. Kita nak cari tempat lain pun dah tiada tempat,sini dah lama, tujuh tahun berniaga sini, ini pun Tan Sri Annuar Musa (bekas Menteri Wilayah Persekutuan) bagi lesen.
“Alhamdulillah, terima kasih banyak. Seronok, lega dapat khabar hari ini, lega sangat,” ujarnya.
Bukan hanya mereka berdua, beberapa peniaga lain di sana turut senada dengan mereka malah mungkin ribuan peniaga di bawah skim itu juga berkongsi rasa yang sama.
“Alhamdulillah, itu yang kita nak. Dah lama tunggu kan, rasa selesa sikit berniaga, tiada fikir apa kan. Kita dah biasa, selesa di sini, Kalua nak cari-cari pun, tempat baru tiada orang.
“Nak angkat barang lagi, ini pun kebetulan dekat kan. Jadi senanglah, di sinilah selesa,” kata peniaga minuman, Wan Nur Annis Abdul Rahman.
Peniaga maknan, Nadia Katip pula berkata: “Alhamdulillah. Selama PKP, berniaga sini memang seronoklah. Sebelum ini saya berniaga pasar malam, macam sibuk sikitlah.
“Bila berniaga sini, rumah pun dekat. Seronok bila dapat disambungkan lagi, Alhamdulillah," katanya.
Adakah skim tersebut akan disambung lagi pada tahun depan?
Sejujurnya, mereka tidak tahu jawapannya namun buat masa ini, mereka meraikan khabar gembira itu, sekurang-kurangnya sampai ke penghujung tahun ini.
Ridauddin Daud
Sat Jul 02 2022
Mungkin kerana hikmah pandemik, lebih 4,000 peniaga di Kuala Lumpur mendapat lesen sementera, dibenarkan berniaga di kawasan sesuai di bawah Skim Wilayah Bebas Berniaga.
Peneraju baharu FAM mampu bawa Harimau Malaya ke peringkat lebih tinggi - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh optimis sekiranya Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayob dipilih peneraju baharu FAM.
Malaysia tekan kepentingan kerangka industri mineral di FMF25 - Nik Nazmi
Malaysia menekankan kepentingan kerangka industri mineral yang lestari dan keperluan untuk dunia menangani ketegangan geopolitik pada "Future Minerals Forum 2025" nanti.
Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar berlangsung di Langkawi
Luqman Hariz membawakan perkembangan semasa Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN di Langkawi .
Gencatan senjata Gaza: Semua pihak diseru ambil kesempatan bantu rakyat Palestin - Mujahid
Semua pihak diseru mengambil kesempatan daripada perjanjian gencatan senjata di Gaza dengan bersiap sedia membawa misi bantuan kemanusiaan ke Palestin.
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka lengkap dalam tempoh enam bulan
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka dilengkapkan dalam tempoh enam bulan.
Warga emas rugi RM500,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian RM500,000 apabila terpedaya pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan.
AWANI Ringkas: Polis sahkan ada dadah dalam darah empat mangsa maut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Imigresen serbu penempatan pekerja asing, tahan 76 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 76 pendatang tanpa izin dalam serbuan di penempatan pekerja asing di Shah Alam dan Kajang.
Suatu pembaziran jika ASEAN gagal kerjasama mendepani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
Op Sky: Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM
Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM pada Jumaat berhubung sindiket pinjaman membabitkan mangsa penjawat awam.
DBKL perlu ambil tindakan tegas penganjuran Havoc Food Festival - Nik Nazmi
DBKL diharap dapat mengambil tindakan tegas ke atas penganjur Karnival Havoc Food Festival kerana tidak menghentikan penganjuran walaupun telah diarah berbuat demikian.
DBKL arah henti penganjuran Havoc Food Festival di Setapak
Penganjuran Karnival Havoc Food Festival yang diadakan di tempat letak kereta Sama Square di Setapak sejak 9 Jan dan dijangka tamat esok (12 Jan), diarah dihentikan bermula hari ini.
PM Anwar gesa DBKL baiki kawasan perniagaan uzur di sekitar Jalan Masjid India
Perdana Menteri meminta DBKL untuk turun padang meninjau kawasan perniagaan yang usang, uzur di sekitar Jalan Masjid India.
PA Desa Rejang: Satu lif beroperasi, dua lagi dalam proses penggantian - Zaliha
Satu daripada tiga lif di Blok D Perumahan Awam (PA) Desa Rejang yang sebelum ini mengalami kerosakan sudah pun diperbaiki dan boleh digunakan.
Jalan Masjid India dibuka sepenuhnya kepada orang awam - Datuk Bandar
Jalan Masjid India di sini yang terlibat dengan insiden tanah jerlus Ogos lepas, dibuka sepenuhnya kepada orang awam hari ini.
Proses penggantian lif di PA Desa Rejang telah bermula - DBKL
DBKL menerusi kenyataan memaklumkan proses penggantian lif di PA Desa Rejang telah bermula secara berperingkat oleh kontraktor yang dilantik.
DBKL lanjut tempoh permohonan tapak bazar Ramadan
Ia bagi memberi peluang kepada lebih ramai penjaja yang berkelayakan untuk mengambil bahagian.
Isu papan tanda: Penguatkuasaan dilaksana untuk pastikan peraturan dipatuhi - Dr Zaliha
Tindakan penguatkuasaan terhadap papan tanda premis perniagaan yang tidak menepati undang-undang dibuat bukan atas desakan mana-mana pihak atau individu.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
Papan tanda: Tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
DBKL menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.