KUALA LUMPUR:Keupayaan besar Malaysia dalam kesiapsiagaan dan tindak balas mendepani wabak membantu mewujudkan asas yang stabil bagi tindak balas terhadap pandemik COVID-19 setakat ini, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Wakil WHO di Malaysia, Brunei dan Singapura Dr Ying-Ru Jacqueline Lo berkata ,infrastruktur dan tenaga kerja terlatih untuk menawarkan jagaan kesihatan berkualiti tinggi yang dimiliki negara ini turut menyumbang kepada perkara itu.
Dalam ruangan komentar laman sesawang WHO bertajuk "Sebuah negara bersatu mendepani pandemik", beliau berkata, pada tahun-tahun sebelum pandemik, kerajaan serta pihak berkuasa kesihatan mengambil langkah untuk memperkukuh jaminan kesihatan Malaysia serta keupayaan tindak balas pelbagai sektor bagi kecemasan kesihatan dan kesediaan menghadapi bencana.
"Langkah-langkah ini termasuk persiapan dan penyertaan dalam Penilaian Luaran Bersama mengenai keupayaan teras Peraturan Kesihatan Antarabangsa dengan WHO pada penghujung 2019 bagi membantu mengenal pasti jurang paling kritikal di antara sistem kesihatan manusia dan haiwan serta pembendungann bahaya alam sekitar
"Pengenalpastian jurang membolehkan penyusunan keutamaan keperluan dan peluang bagi meningkatkan kesiapsiagaan dan tindak balas. Kesemua komponen ini memainkan peranan penting dalam tindak balas awal Malaysia terhadap pandemik," katanya.
Dr Lo berkata, pada peringkat awal penularan wabak pada Februari 2020, Malaysia meningkatkan akses kepada pengujian berkualiti, jumlah katil bagi jagaan kritikal dan ventilator.
Perkhidmatan kesihatan dipertingkat dengan pantas bagi memenuhi permintaan baharu dan yang dijangka sambil pada masa sama kerajaan mengoperasikan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) di peringkat nasional dan negeri, serta menggerakkan pengambilan dan penghantaran petugas kesihatan berdasarkan kawasan yang mempunyai beban kerja yang tinggi.
Beliau berkata, Malaysia juga mengambil langkah segera untuk mengekang penularan virus termasuk dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan serta beberapa fasa dan lelarannya yang berjaya mengurangkan bilangan kes COVID-19 kepada separuh pada April.
"Susulan syor utama WHO untuk "uji, rawat dan kesan" penduduk, Malaysia melaksanakan strategi 'kesan, uji, asing, rawat dan kuarantin" bagi mengesan kes dalam masyarakat. Ia juga melaksanakan langkah-langkah ketat berhubung kuarantin dan pengasingan kes yang disahkan dan disyaki," katanya.
BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)
Beliau berkata, Pejabat Wakil WHO turut bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan (KKM) serta rakan kongsi bagi menyediakan sokongan kritikal dalam bidang penyelarasan rakan kongsi, maklumat dan perancangan, kepakaran teknikal, sokongan operasi dan logistik, contohnya WHO membekalkan kit ujian awal sebelum peralatan itu tersedia secara komersial dan menyediakan protokol ujian bagi diagnosis sepanjang Mac 2020.
Dr Lo berkata, langkah-langkah signifikan diambil oleh kerajaan Malaysia bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat secara proaktif.
"Kerajaan Malaysia berusaha memastikan pendekatan menyeluruh terhadap komunikasi risiko dan penglibatan komuniti selain memupuk kepercayaan dalam kalangan penduduk.
"Sejak awal lagi kerajaan mempromosikan sumber-sumber boleh dipercayai bagi memastikan orang awam memperoleh maklumat yang tepat dan pada masanya mengenai perkembangan terkini COVID-19 serta mengimbangi risiko infodemik selain menumpukan kepada kempen media massa dan pemantauan media," katanya.
Menurut Dr Lo, WHO juga menyokong usaha KKM untuk memvisualisasikan dan menentukan matlamat jangka panjang bagi tindak balas dan kelestarian, menyediakan garis panduan untuk mempermudah perancangan, pelaksanaan dan penilaian aktiviti.
Beliau menambah penggunaan model matematik bagi mensimulasikan dinamik penularan virus di Malaysia membantu pengunjuran senario jangkitan pada masa depan berdasarkan perubahan yang dijangka dalam pelaksanaan intervensi bukan farmaseutikal.
"Unjuran-unjuran ini membolehkan pemodel menjangkakan keperluan sistem kesihatan negara seperti hospital dan katil unit rawatan rapi sekiranya berlaku lonjakan semula jangkitan," kata Dr Lo.
Katanya, pada masa depan, usaha-usaha nasional harus terus mendorong rakyat untuk kekal berjaga-jaga memandangkan sikap waspada dan amalan pencegahan yang berterusan hanya satu-satunya cara untuk menghentikan penularan virus hingga vaksin yang selamat dan berkesan dapat disediakan.
Dr Lo berkata, Malaysia perlu meneruskan kejayaannya sekarang dengan mengguna pakai pendekatan jangka panjang termasuk bersedia untuk bertindak balas terhadap sebarang kluster baharu dengan langkah-langkah bersasar dan setempat.
"WHO dan rakan kongsi akan meneruskan usaha membangunkan rawatan dan vaksin COVID-19 yang selamat dan berkesan selain menyelaraskan agihan yang adil ke seluruh dunia apabila semua ini tersedia kelak," katanya.
Beliau juga berkata, semasa berusaha mengekang penularan COVID-19, Malaysia turut menghadapi wabak polio yang disahkan pada Disember 2019 dan jangkitan itu merupakan yang pertama sejak negara diisytiharkan bebas polio pada 1992.
"WHO, Unicef dan rakan kongsi lain bekerjasama dengan KKM untuk mengawal wabak menerusi pemantauan yang dipertingkat, pengesanan kes, komunikasi risiko dan penyambungan semula program pelalian ... negara ini merupakan yang pertama menyambung semula kempen pelaliannya," kata beliau.
- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 15 2020
Malaysia juga, kata WHO, mengambil langkah segera untuk mengekang penularan virus termasuk dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan. - Gambar BERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Singapura mahu kukuhkan perkongsian, majukan kepentingan negara, kata PM baharu
Wong berkata kerajaannya akan memperkukuhkan perkongsian "dekat dan jauh" sambil memajukan kepentingan negara di tengah-tengah persaingan dan ketegangan yang meningkat di arena antarabangsa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.
Kadar rizab tenaga di Semenanjung diunjur 28-36 peratus bagi tahun 2024-2030
Kadar rizab margin tenaga di Semenanjung bagi tahun 2024 hingga 2030 diunjurkan antara 28 hingga 36 peratus.
LADA sasar ketibaan tiga juta penumpang ke Langkawi tahun ini
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan untuk meningkatkan ketibaan penumpang ke Langkawi kepada tiga juta tahun ini, selepas mencapai kira-kira 2.82 juta ketibaan penumpang pada 2023.
Jumlah pelancong Turki ke Malaysia meningkat 10.8 peratus
Jumlah pelancong Turkiye yang datang ke Malaysia dari Januari hingga November 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8 peratus atau 15,623 orang berbanding 14,096 bagi tempoh sama pada 2019.
UMNO junjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah
UMNO menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, hari ini.
PM yakin rakyat rasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah
Anwar yakin bahawa seluruh rakyat merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh semua sepanjang pemerintahan Seri Paduka.