KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran untuk tidak leka semasa musim perayaan keagamaan yang bakal menjelma.
Menurut Wakil WHO di Malaysia, Brunei dan Singapura, Dr Ying-Ru Jacqueline Lo, wabak itu masih belum selesai dan penting untuk mengetahui kaedah menyambut perayaan keagamaan dalam norma baharu yang dipraktikkan sekarang bagi melindungi diri dan orang lain.
"COVID-19 merupakan ancaman nyata dan kita harus sentiasa berwaspada mempraktikkan semua langkah perlindungan ketika musim perayaan.
"Ini termasuk penjarakan fizikal, elak berhubung secara rapat, hadkan masa atau elakkan berada di tempat tertutup atau sesak, memakai pelitup muka, menutup bersin menggunakan siku, amalan kebersihan dan tinggal di rumah jika tidak sihat.
"Kerajaan meletakkan langkah-langkah kesihatan untuk mencegah penularan virus ketika musim perayaan, walaupun tradisi keagamaan mungkin kelihatan berbeza kerana langkah-langkah ini namun kita masih dapat menjaga semangat setiap perayaan secara bersama bagi memastikan kita semua kekal sihat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Mengulas lanjut, Dr Lo berkata, aktiviti keagamaan bagi tahun ini mungkin hanya boleh diadakan secara dalam talian, menyambut dengan individu tinggal serumah dan menghadiri perjumpaan di ruang terbuka dengan penjarakan fizikal tambahan sekiranya perlu diadakan.
"Dalam era inovasi sosial dan teknologi baharu ini lebih mudah untuk kita bersama-sama walaupun kita terpisah dan kita perlu memanfaatkan sepenuhnya semasa cuti perayaan akan datang.
"Bagi memastikan perayaan keagamaan disambut dengan selamat, WHO menerbitkan nasihat untuk orang ramai dilengkapi tips untuk para pemimpin agama mengenai amalan agama semasa COVID-19.
"Ini termasuk garis panduan aktiviti keagamaan yang melibatkan perhimpunan besar dan beberapa poster serta kenyataan media berkaitan amalan selamat semasa bulan Ramadan, Wesak dan perayaan keagamaan utama yang lain," jelasnya.
Tambah Dr. Lo, agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berharap perayaan keagamaan dapat disambut dengan cara yang lebih tradisional dan vaksin COVID-19 memainkan peranan penting untuk mencapainya.
"Kami menggesa orang ramai untuk mendapatkan vaksin berdasarkan jadual vaksinasi di negara mereka walaupun semasa musim perayaan. Penting untuk dimaklumkan bagi mereka yang menyambut Ramadan, vaksin COVID-19 dan bahan-bahannya sesuai dengan fatwa keagamaan dikeluarkan dan suntikannya tidak membatalkan amalan puasa setiap hari.
"Sangat mengembirakan vaksin mula menjangkaui kumpulan prioriti tetapi sehingga vaksin tiba kepada semua orang, kita semua mesti meneruskan langkah-langkah perlindungan ketika melakukan perjalanan, beribadah dan meraikan dalam kehidupan harian kita.
"Kami menggesa orang ramai untuk terus mendengarkan nasihat pihak berkuasa kesihatan dan mematuhi panduan tempatan kerana tingkah laku individu dan masyarakat masih merupakan senjata paling ampuh untuk melawan wabak ini dan tanggungjawab yang ada pada kita semua," ujar beliau lagi.
Afiezy Azaman
Tue Apr 13 2021

Menurut Wakil WHO di Malaysia, Brunei dan Singapura, Dr Ying-Ru Jacqueline Lo, wabak itu masih belum selesai dan penting untuk mengetahui kaedah menyambut perayaan keagamaan dalam norma baharu yang dipraktikkan sekarang bagi melindungi diri.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.

90 peratus penduduk Syria hidup dalam kemiskinan selepas bertahun-tahun perang saudara
Perang saudara selama 14 tahun di Syria telah menyebabkan 618,000 nyawa terkorban dan 13,000 orang hilang secara paksa.

Malaysia komited perkukuh kerjsama antarabangsa demi kesejahteraan bersama
Malaysia komited untuk terus bekerjasama dengan rakan antarabangsa dalam merealisasikan pembangunan yang lebih adil, mampan dan berdaya tahan demi kesejahteraan bersama.

Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah
Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke-16 yang berakhir hari ini tidak membincangkan sebarang persiapan menghadapi pilihan raya negeri Sarawak akan datang.

Tiada rancangan rombakan Kabinet Sarawak - Abang Johari
Tiada rombakan Kabinet negeri akan dilakukan susulan keputusan pemilihan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Abdul Karim gagal pertahan jawatan Naib Presiden PBB, Ibrahim Baki raih undi tertinggi
Abdul Karim Rahman Hamzah gagal mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden sayap Bumiputera PBB pada pemilihan semalam.

PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Ahad menyambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan yang diterajui Perdana Menteri Nawaf Salam serta berikrar menyokong keutamaan pentadbiran itu.

Trump mahu Gaza: Gunakan mekanisme bidang kuasa universal dakwa Netanyahu, Israel - CENTHRA
Mekanisme bidang kuasa universal boleh digunakan untuk mendakwa dan memastikan tindakan undang-undang dikenakan kepada Benjamin Netanyahu serta pegawai-pegawai Israel.

AS tarik diri Majlis Hak Asasi Manusia PBB, henti dana untuk pelarian Palestin - Laporan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka menandatangani perintah eksekutif pada Selasa untuk menarik diri daripada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.